Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, August 17, 2012

PANIC SANGAT!

Ok, dalam panic mode ni pun, saya nak bagi diri saya masa untuk bertenet sampai kul 8.30. Lepas tu, apa yang sempat saya buat, saya akan buat. Kalau dah tak larat, kena rehat + tido. Tak kira lah macam mana pun mesti settle everything sebelum sabtu pagi. Kalau perlu, mungkin tak yah tido malam ni.

Padan muka saya.


Biasanya setiap tahun saya akan ambil cuti sehari sebelum raya untuk mengemas rumah dan packing + apa2 persediaan untuk balik kpg. Tahun ni saya cuti awal 3 hari sebab ingat banyak sangat benda yang nak disettlekan (lagipun cuti banyak lagi). Ada yang dah settle ada yang belum. YANG PALING TAK SETTLE ADALAH.... tudung raya belum potong dan belum jahit... manik tok sah cakap, tutup kes. Kain tudung tu saya beli kat gulatis. Ada tudung siap dengan corak dan warna yang sama di gulatis, apa kata singgah je sana beli, ok tak? TAK OK! Sebab nyer tudung siap tu pendek, elok2 je tutup my upper chest, tak sesuai u.... Mesti korang tak perasan kan, gambar tudung dalam entry sebelum ni sama dengan tudung dalam brochures raya gulatis yang dia org sumbat masuk dalam peti surat rumah kita tu....

Ni antara perkara yang saya nak buat hari ni, ada yang WAJIB - mesti buat, ada yang SUNAT - kalau sempat, buat, kalau tak sempat, buat lepas raya. Saya nak buat puding buah (wajib), nak pergi kedai dobi collect toto (dah berapa hari pergi asyik timing tak betul, kedai tu pun kata jam sekian2 bukak tapi bila saya pergi ikut time tu, tutup pulak, hampeh - yg ni WAJIB sebab nak bwk toto blk kpg), nak basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, packing (wajib), nak jahit tudung raya (sunat - giler kalau boh status wajib, ni bukan 15 minit boleh siap, mau 3-4 jam), nak gi collect contact lense kat kedai spek (wajib), nak hantar kucing ke tempat boarding (wajib), nak bersedia utk iftar (wajib), nak bersedia utk sahur esok (wajib), apa lagi apa lagi apa lagi...

Tahun ni baju raya tak sedondon sebab dah banyak hari ronda shah alam cari baju yang sesuai dengan warna baju anak tapi yang ada saiz tak berkenan, yang tak de saiz ada a few yang berkenan. Fenat!

Orang lain dah la la la dam dam dum dok ingat raya, aku ni jer dok panic mode tak habih habih...



Korang, pergi umah mak angkat (pet boarding) nanti jangan buat hal ok. 
Seminggu korang kena tinggal, padan muka ......


2 comments:

  1. Selamat hari raya Cik Ni.

    Banyak lagi senarai yang nak dibuat tu. Harap semuanya sempat dibuat, InsyaAllah. :)

    Mudah2an pet boarding yang Cik Ni pilih itu adalah yang memberikan perkhidmatan yang terbaik. Masih teringat kes tahun lepas tu, sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik, pet boarding saya tu so far ok lah. Saya dah biasa hantar kat orang tu. Terima kasih kakcik. Selamat Hari Raya pada kakcik jugak.

      Delete