Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, August 13, 2012

Tempahan Raya Bahagian 1

Bila pergi shopping kat pasar minggu di parking stadium shah alam pagi semlm, geram betul tengok banyak nyer tudung yang cantik2, yg terkini dan yg hot di pasaran. Adoi, kenapa lah ek aku ni tak beli je tapi gatal sangat nak menjahit? Tu la pasal, pan-ngang (pandai tapi bangang) sangat. Kalau beli kan senang, tak yah fikir apa2 dah. Bayar dan pakai jer.





Tengok ni, kain2 tudung ni masih berstatus kain
dan belum bertukar jadi tudung lagi,
padahal lagi berapa hari lagi nak raya dah!!!
Arghh!!! Panic mode panic mode panic mode!!!





Sebenarnya nak cerita pasal tempahan baju raya tahun ni.  Cerita nyer begini. Tahun lepas, ada sorang kawan saya tu rekomen kan satu kedai tailor ni. Katanya jahitan baju kurung kat kedai ni memang elok sangat, sebab tu lah wife dia memang hantar situ tiap2 tahun. Wife kawan saya ni pulak, bukan calang2 orang, dia seorang doktor veterinar. Jadi, saya pun teringin lah nak mencoba. Maka nyer, bulan 5 yang lepas saya pun pergi lah ke kedai tu. Tailor kat situ ada dua orang iaitu pasangan suami isteri ni lah. Yang suami akan jahit pakaian lelaki dan yang isteri akan jahit pakaian perempuan. Baju yang saya nak tempah ni untuk Sarah. Bila dah siap ukur bagai, saya pun dapat lah slip tempahan dari tailor perempuan tadi. Saya tengok delivery date nyer 30 June. Masa tu saya terfikir, amboi lama nyer, lebih sebulan tu baru nak siap.

Bila dah sampai 30 Jun tu saya tak pergi sebab hari tu hari sabtu. Saya tunggu 2-3 hari lepas tu baru pegi. Sayang nyer masa saya pergi tu, tailor perempuan tak ada, yang ada tailor lelaki dan bila dicari baju yang ditandakan dengan nombor slip tempahan saya tu tak ada lah pulak. So, dia (tailor lelaki) bagi saya nombor telefon isteri dia dan minta saya telefon. Adoi, malas lah saya nak telefon. So saya pun tunggu sehingga lebih kurang seminggu kemudian dan pegi lagi ke kedai tu. Masa tu tailor perempuan ada. Masa tu kemain lega lagi hati saya tapi, kelegaan saya tu tak lah selama mana sebab dia kata dia belum buat lagi baju tu. InsyaAllah jumaat ni siap, katanya. Dengan hati yang kecewa saya balik rumah. Jumaat tu saya tak pergi pun kedai tu, saya tunggu lagi seminggu, lepas tu baru pergi balik.


Kali ni, tailor perempuan tak ada, yang ada tailor lelaki. Saya bagitahu dia yang kakak kata hari jumaat lepas siap. Yang tailor lelaki ni pun cari lah punya cari tapi tak jumpa baju tu. Saya pun tolong cari jugak tapi memang tak nampak. Lepas tu tailor lelaki ni pun call wife dia, lepas tu pas handphone tu kat saya. Rupa2 nya, baju tu belum jahit lagi!!! Adoi!!! Dipendekkan cerita minggu ke-2 bulan puasa (kalau tak silap saya), baru lah saya dapat baju yang ditempah tu. Saya bengang jugak sebab seminggu sebelum bulan puasa tu saya ada pergi mencari kain tudung tapi disebabkan tak berapa pasti warna baju tu, maka tak dapat lah saya membeli.

Kalau macam ni lah gaya nyer, saya tak akan tempah lagi tahun hadapan walau bagaimana elok sekali pun jahitan nyer. Bukan apa, saya terfikir, kalau lah ada keperluan yang urgent untuk pakai baju tu, dah janji bila tarikh yang siap tapi sebenarnya tak dapat deliver, so macam mana? Bukan setakat frust, malah rancangan kita boleh tergendala tau.

.... bersambung di bahagian 2.....

12 comments:

  1. jahit sendiri ler kak.. akak kan dah reti jahit tudung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jahit pun... tapi jahit fesyen yang biasa jer... hu hu hu... yang canggih manggih tu ku tak mengerti loh

      Delete
  2. Beberapa bulan lepas kakcik ada tempah pakaian untuk 20 orang dari seorang tukang jahit. Setiap kali tanya, katanya 'akan siap', tapi sampai sekarang belum ada khabar beritanya lagi... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi! teruk tu kakcik... susah lah bila kita harap kan orang kan...

      Delete
  3. wah kak.... jahit tudung seniri!! hebat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ila, tudung biasa2 jer, yg mcm tudung ariani tu...

      Delete
  4. boleh jahit tudung...??? boleh tempah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, jgn lah tempah mulan, untuk diri sendiri pun tak berapa lepas nih... hahahah....

      Delete
  5. hehehe...ngeri dayah kak..
    sebab tu dayah suka beli siap..
    carik sampai jumpa walaupun sehari..dua hari..takpe..
    daripada dah beli kain ...htr tempah jadi cam gini..
    huhu...dayah serik kak..
    mujur jugak lagi sempat siap bajunya..
    hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dayah, saya terpaksa hantar tempah sebab badan tu comel sgt... hahahah

      Delete
  6. Nilah antara sebab utama, saya tak suka tempah baju. Takpelah, cari dah siap lagi senang. Puas hati boleh belek-belek then bayo je. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cari saiz lah reena... heheheh... al maklum saya sangat comels

      Delete