7hb yang lepas, kami tiga beranak telah menghadiri majlis berbuka puasa di tempat kerja saya. Hampir setiap tahun saya mesti datang kalau ada majlis berbuka puasa. Cuma masa baru-baru kerja dulu saya tak datang sebab anak-anak masih kecik. Lagi pun rasa macam makan kat rumah lagi best. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau orang dah bagi makan free, kenapa tak nak datang pulak. Rumah saya pun bukan nya jauh beno dari tempat kerja ni. Lebih kurang 10-15 minit je pun. Tak luak pun petrol dalam tangki keta kancil tu kalau setakat nak datang untuk berbuka puasa di sini. Sejak dari itu, memang saya tak pernah miss majlis berbuka puasa, rasa-rasanya dah 5 atau 6 kali dah.
Takut depan rumah jem punya pasal, awal-awal lagi saya dah datang.
Masa ni tak ramai lagi orang yang sampai. Malu lah pulak datang awal.
Komen saya pasal majlis berbuka puasa ni?
Syukur Alhamdulillah di atas rezeki berbuka puasa ni. Dapat jugak saya tapau kuah masak lemak tu sikit untuk buat kuah masa bersahur.
Alahai... saban tahun mesti berubah konsep, menu dan caterer, tempat pun berubah. Cuma yang saya nak puji, majlis berbuka puasa pada tahun 2010 adalah yang terbaik sebab ianya diadakan di dewan yang terletak di Wisma PKPS. Caterer nyer pulak bukan calang2 caterer, nama nyer tu Kuzie Catering, tokeh nyer lebih dikenali sebagai Pak Engku. Ni caterer and wedding planner untuk artis tau, Dato' Siti Nurhaliza pun panggil caterer ni. Memang kelas lah berbuka puasa tahun tu, maklum lah dapat makanan catering bertaraf bintang. Namun, zaman itu telah berlalu ye dek non, sekarang ni company terpaksa budget. Dah nak bagi bonus pun tak mampu, boleh buat majlis berbuka ni pun dah cukup bagus dah. Redho jer lah.
Tahun ni majlis berbuka puasa paling budget!!!
Nah amik kau, ni lah komen ikhlas saya.
*Update: hari ni (jumaat) anak saya berbuka puasa di masjid, dia kata lagi sedap dari berbuka di tempat kerja mak... adoi...
tak pe lah.. sekurang2nya masih dia nak bagi makan ye.. heee..
ReplyDeleteYa, betul, syukur Alhamdulillah.
DeletePetang Khamis lepas pun ckLah berbuka di asrama sekolah. Pukul 6.45 kami mulakan majlis dengan bacaan Yaasin dan tahlil untuk rakan sekerja kami yang baru meninggal. Lepas solat Maghrb ada tazkirah...terus Isyak dan berterawikh, serta moreh. Dah 2 hari berturut tak berbuoa di rumah....
ReplyDelete:-)
Sekali sekala berbuka kat luar memang best kan? tapi kalau selalu tak nak lar sebab penat nak kejo balik umah sebab takut terlepas teraweh
Deleteakak pun pergi gak berbuka puasa kat luar dengan member hb..makanan banyak tapi tak larat nak rasa semua
ReplyDeletekak ina, kalau berbuka buffet memang rugi lah saya rasa sebab tak termakan semua makanan tu...
DeleteRezeki jangan ditolak kan....
ReplyDeleteBetul betul betul Bung Muzaffar
Deletekehkeh keh ...suke bace komen ikhlas akak tu...ape2 pun seronok sebab berbuka ramai2 kan kak....lieya tahun ni takde buka ramai2 kat luar...member dtg umah ade lah.....
ReplyDeleteLieya, best nyer dapat berbuka dengan kawan2 kat rumah. tahun ni kita orang tak de langsung berbuka ramai2 macam tu.
Deleteekekeke...mmg komen paling ikhlas...
ReplyDeletetakde tapis2 dah nih...kot boss nak kecik ati pun nasib la boss..
hehehe..
tapi tu la..
akak ada jugak majlisnya..
kompeni dayah nih ha...
huurmmmmppppp...'nan hado lah kak'
........
;)
bos x tau tau pun blog saya nih... hahahah...
DeleteHahaha... tak tahan gelak baca anak akak punya komen :)
ReplyDeletekomen dia paling ikhlas!
Delete