Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, March 15, 2011

Diari Cuti Sekolah - Jalan-jalan Lumut (Day 1 Part 1)

Diari cuti sekolah Assalamualaikum.

Wah seronoknya cuti sekolah dah bermula. Much awaited holiday trip - Lumut & Pangkor trip!

Pagi sabtu tu kami keluar awal dari rumah, berjumpa dengan kawan2 roomate di R&R Rawang. Saja lah nok konvoi. Dia orang nak balik kampung di penang dan kedah. Punyalah ramai manusia kat R&R Rawang. Yelah bukan kita jer yang balik kampung/cuti-cuti malaysia kan...

Kami sampai swiss garden golf resort and spa, damai laut lebih kurang jam 12 tengahari. Perjalanan nak ke resort ni from the main road, kena masuk simpang dan kena drive through 7km jalan kampung yang sempit dan kiri-kanan nya hutan. Masa tu kita orang semua dah rasa bohsan giler duduk dalam kereta dan asyik lah tertanya-tanya "bila nak sampai ni? bila nak sampai ni?". Bila dah sampai resort entrance pun kena drive another 1.2km baru sampai lobby hotel. Syukur Alhamdulillah boleh check-in awal.

Roomate booked package bilik utk main golf. Biliknya memang lapang. Kalau mintak extra-bed pun muat dan masih luas. Kalau nak jimat bawak tikar dan toto pun bagus... heheheh..... Tapi disebabkan lupa nak bawak tikar atau toto, maka kami berempat tidur atas katil king ni. Sempit2 gitu. Belasah jer...

Nombor bilik kita orang : 123. Kelas gitu. Tapi bilik ni garden view, so tak nampaklah pantai dari bilik dan, kena jalan punyalah jauh nak ke lobi atau beach sebab bilik ni adalah bilik yang hujung sekali dalam bangunan tu... hahahah... exercise ler kami sekeluarga.

Lepas tu kita orang pergi ke Garden Terrace untuk lunch. Mula2 tu waiter kat situ kata tempat tu dah fully booked by group yang buat family day dan buat kursus. What?! Abis tu kat mana kita orang nak makan? Resort ni lebih kurang setengah jam perjalanan (kalau tak silap la) nak ke pekan manjung/pekan lumut. Macam mana guest yang datang bercuti-cuti ni nak makan kalau bukan kat situ? Bukan nya ada gerai2 pun area tu. Adoi.

Then waiter filipina tu panggil supervisor dia, a malay guy, dan Syukur Alhamdulillah, supervisor tu kata memang dia orang ada allocate a few tables for hotel guest. Lega nya, perut dah lapar sangat ni. Bila tengok menu tu paham2 jer lah kan harga makanan kat hotel, so we just ordered 2 dish for 4 of us. Kongsi2 lah makan + simpan perut untuk nak makan seafood kat lumut malam nanti.

Lepas makan, roomate pergi main golf. Sarah pulak sibuk nak ajak main kolam tapi disebabkan hari masih terlalu panas, kita orang rehat kat bilik dulu. Myself dan my son memang terlelap tidur sampai dengkur2... hahahah... Pukul 5 kita orang pun turun ke kolam/beach. Memang cantik pemandangan kat situ.

Yang seronoknya pool kat resort ni x wajib kan pakai baju mandi. Belasah jer lah nak pakai apa, janji x bogel jer... hi hi hi... So, my son and daughter pun mandi lah sepuas-puasnya. Myself pulak tiba2 rasa tak de mood nak mandi, so jadi penonton jer.

Sebelah malam pulak kita orang pergi dinner dekat 'Restoran Ikan Bakar Lumut'. Nak pergi restoran ni senang jer. Bila dah masuk simpang terakhir nak ke jeti lumut, restoran tu di sebelah kanan. Bila dah keluar dari resort tu kan, rasa macam jauh sangat nak sampai restoran tu. Adoyai, rasa macam serik pulak duduk kat resort yang jauh di pendalaman ni... ahaks...




More pics at the resort
(saiz gambar memang kecil supaya senang nak upload)

View from our room.... so called, garden view eh?


The beach, tapi ni bukan untuk mandi-manda.
Yang boleh mandi-manda at the other part of the resort, tak de gambo.

View from the restaurant.


The Garden Terrace, the restaurant....
Supervisor and Philippino waiter.

The pool

The water fall @ the pool

4 comments:

  1. gambar dengan cik abang takde pon? huhu

    ReplyDelete
  2. shafarina, ada, tp malu lah nak letak... heheheh...

    ReplyDelete
  3. cantik gak tempatnya..
    (tapi mesti ongkosnya pun cantik hihi)

    akak..jgn heran eh dayah komen kat entry lama..
    mmg perangai dayah kalau dayah suka baca tulisan seseorang tu dayah tak tgk tahun bila bulan bila dyh tgk tajuk cam menarik hati dayah baca je..
    :)

    ReplyDelete
  4. Eh eh Dayah, mana ada marah, baca entry lama ke baru ke, sila kan lah. akak pun sama je, kdg2 masuk website org baca post lama2. Terima kasih Dayah dtg blog ni.

    ReplyDelete