Wah seronoknya cuti sekolah dah bermula. Much awaited holiday trip - Lumut & Pangkor trip!
Pagi sabtu tu kami keluar awal dari rumah, berjumpa dengan kawan2 roomate di R&R Rawang. Saja lah nok konvoi. Dia orang nak balik kampung di penang dan kedah. Punyalah ramai manusia kat R&R Rawang. Yelah bukan kita jer yang balik kampung/cuti-cuti malaysia kan...
K


Roomate booked package bilik utk main golf. Biliknya memang lapang. Kalau mintak extra-bed pun muat dan masih luas. Kalau nak jimat bawak tikar dan toto pun bagus... heheheh..... Tapi disebabkan lupa nak bawak tikar atau toto, maka kami berempat tidur atas katil king ni. Sempit2 gitu. Belasah jer...
Nombor bilik kita orang : 123. Kelas gitu. Tapi bilik ni garden view, so tak nampaklah pantai dari bilik dan, kena jalan punyalah jauh nak ke lobi atau beach sebab bilik ni adalah bilik yang hujung sekali dalam bangunan tu... hahahah... exercise ler kami sekeluarga.
Lepas tu kita orang pergi ke Garden Terrace untuk lunch. Mula2 tu waiter kat situ kata tempat tu dah fully booked by group yang buat family day dan buat kursus. What?! Abis tu kat mana kita orang nak makan? Resort ni lebih kurang setengah jam perjalanan (kalau tak silap la) nak ke pekan manjung/pekan lumut. Macam mana guest yang datang bercuti-cuti ni nak makan kalau bukan kat situ? Bukan nya ada gerai2 pun area tu. Adoi.

Lepas makan, roomate pergi main golf. Sarah pulak sibuk nak ajak main kolam tapi disebabkan hari masih terlalu panas, kita orang rehat kat bilik dulu. Myself dan my son memang terlelap tidur sampai dengkur2... hahahah... Pukul 5 kita orang pun turun ke kolam/beach. Memang cantik pemandangan kat situ.
Yang seronoknya pool kat resort ni x wajib kan pakai baju mandi. Belasah jer lah nak pakai apa, janji x bogel jer... hi hi hi... So, my son and daughter pun mandi lah sepuas-puasnya. Myself pulak tiba2 rasa tak de mood nak mandi, so jadi penonton jer.

Sebelah malam pulak kita orang pergi dinner dekat 'Restoran Ikan Bakar Lumut'. Nak pergi restoran ni senang jer. Bila dah masuk simpang terakhir nak ke jeti lumut, restoran tu di sebelah kanan. Bila dah keluar dari resort tu kan, rasa macam jauh sangat nak sampai restoran tu. Adoyai, rasa macam serik pulak duduk kat resort yang jauh di pendalaman ni... ahaks...
More pics at the resort
(saiz gambar memang kecil supaya senang nak upload)
gambar dengan cik abang takde pon? huhu
ReplyDeleteshafarina, ada, tp malu lah nak letak... heheheh...
ReplyDeletecantik gak tempatnya..
ReplyDelete(tapi mesti ongkosnya pun cantik hihi)
akak..jgn heran eh dayah komen kat entry lama..
mmg perangai dayah kalau dayah suka baca tulisan seseorang tu dayah tak tgk tahun bila bulan bila dyh tgk tajuk cam menarik hati dayah baca je..
:)
Eh eh Dayah, mana ada marah, baca entry lama ke baru ke, sila kan lah. akak pun sama je, kdg2 masuk website org baca post lama2. Terima kasih Dayah dtg blog ni.
ReplyDelete