Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, November 8, 2008

Jakun a.k.a. peghak



Inilah 'makhluk' ke-3 dalam umah aku.
Nama dia "Momo".

Sebenarnya aku tak minat pada kucing,
dan aku memang tak setuju dgn roomate nak bela dia ni.
Sebab aku lagi prefer buat baby dari bela kucing.

Kalau roomate duduk di sini okay lah jugak.
Kalau dia nak bela, dia ajelah yg uruskan 'anak tiri' dia tu.
Ni dia dok sinun kat N9,
aku yg kat sini pulak yg kena jaga.

Mula2 tu mmg tension,
tapi bila dah ambik tu terpaksa jugaklah jaga.

Tak jaga pun kira berdosa gak sbb seksa makhluk Allah.

Kucing spesis ni boleh dikatakan spesis 'bengap'
(maaf bahsa ada kasar sket).
Kalau spesis kampung tu mmg lah lasak dan berdikari pulak tu.

Ni lagi bg aku pening kepala.
Last week masa hujan lebat yg amat kat area shah alam tu,
si Momo ni dah jakun semacam,
dok panik dalam sangkar dia,
entah apa lar dia buat,
bila aku balik petang tu dari keje,
barang2 dlm sangkar dia tunggang langgang.

Pastu 2-3 hari dia tak nak mkn dan suka menyendiri.

Bila bawak pegi ke pet shop seksyen 9,
barulah org tu beritau aku gigi dia patah,
gusi pun bengkak dan badan demam.

Huh... jakun betul... sbb hujan lebat hari tu lah.
Agaknya dia melompat macam nak gila dlm sangkar tu sbb takutkan hujan lebat,
sampai patah gigi siong dia tu!
Hidung pun luka.

Ish... kena lah pulak bg antibiotik selama 7 hari.

Dah lar aku mmg tak reti nak handle kucing,
entah macam mana lah aku nak tonyoh ubat tu masuk dlm mulut dia.

Sib baik org pet shop tu demo dulu.
Korang ingat sekali demo tu aku terus terror ke nak bg ubat tu?

Fuh... malas ar nak cite.

Hari ni Alhamdulillah, Momo dah sihat.
Lps kejadian hari tu aku dah pindah kan dia dari bawah porch ke blkg umah.

Sejak dok kat blkg umah ni, dia jadi lagi 'peghak'.
Cuma berani duduk dkt2 dgn sangkar dia aje.

Sekian kisah makhluk ke-3....

12 comments:

  1. I hate cats. Kalau nampak kucing berlegar kat depan rumah, sure saya akan baling selipar (harap-harap mengena) untuk halau dia. Bukan apa, takut dia berak kat laman rumah je. Bau dah la busuk. Actually, bulu kucing tu agak merbahaya pada kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. salam...
    itukah mahkluk ke3..
    kita harus berbaik dgn setiap makhluk allah.. walaupon kita tak suka padanya...

    ReplyDelete
  3. postkan kat roomate hang kat N9.biar dia bau busuk ek ek kucing tuh..

    ReplyDelete
  4. Expensive. Takmoh bela. Full Stop.

    ReplyDelete
  5. neeza suka tengok je kucing ni.. bela tak suka.. ada dalam rumah pun tak suka.. dekat pun tak nak.. bulu tak elok neeza kesihatan...

    tapi kalau tengok dia buat gelagat.. suka aje.. dari jauh je la.. hehehhh...

    ReplyDelete
  6. hehehehe kelako le kak..
    tapi takpe.. murah rezeki akak sekeluarga tu nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. k.ahni,
    kucing rupa nye..ehehhe..
    sabo je le. macam ayu kata, moga k.ahni sekeluarga semakin murah rezqi nye!!

    ReplyDelete
  8. sy pun tgh wat 'proposal' nk membela makhluk ketiga nih....cdg2nya nk bela bugs bunny..hehehe

    ReplyDelete
  9. Jubeiz
    Syhh... jgn cite kat org tau, sy pun ada perasaan camtu jugak... tp selalu dok ingat dlm hati je, nak buat x berani, lg pun berdosa nanti...





    Faridmw
    Betul tu, dah ambik bawak balik ke rumah ni, kenalah saya jaga betul-betul...






    Atiza
    'ek ek' dia x busuk kalau bagi makanan yg mahal... harga makanan yg mahal tu lagi mahal dari beras taj mahal yg manusia makan... hu hu hu....

    ReplyDelete
  10. Shafarina
    Betol... macam lah sekrg ni duit byk sgt... huh! Kalau kucing kpg tu boleh la jugak bg makan lauk/nasi kita yg lebih...






    Neeza
    Saya mmg kurang suka kucing sbb kucing2 liar suka berak kat laman rumah, tu salah satu sebab kenapa sebelum ini saya nak beli rumah apartment... hu hu hu...






    Ayu
    InsyaAllah... doakan lah ye Ayu...

    ReplyDelete
  11. Umeboshi
    Setakat ni mmg saya sabar dan redha... tu kan kesukaan suami, kenalah bagi peluang...






    Luna
    Tu pun kos tinggi jugak tu tau...

    ReplyDelete
  12. ini ngupe makhluk ke-3tuh...susah sbnrnye bela binatang nih sis...kite penah gak bela bunny...mula2 hepi sakanlah tapi bile smpi nak balik kg kena carik animal hotel utk dia...trus tak mo bela lagik...sbnrnya bkn stkt nak carik animal hotel jek,nak kena cuci mana2 yg patut, nak kena bersihkan bulu dia, nak kena beli mknn spesel dia, check-up doktor...perghh...last2 serikkkkkkkkk sgt...

    ReplyDelete