Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, July 23, 2007

Legaaa.....

Leganya rasa.

Game tennis dah lepas pada hari sabtu yang lalu. Walaupun tak sihat, walaupun tak larat, aku cuba jugak yang terbaik. Alhamdulillah, 3 games mix-double aku menang. Keseluruhannya pun rumah sukan aku menang. Tapi harus diingat, menang tu bukan maknanya pandai main pun, ini kan sukan dalam syarikat aje. Kiranya game tu antara yang tak tahu main dengan yang tahu main sikit… heheheh…

Leganya rasa.

Lepas ni boleh concentrate merawat sakit tekak aku ni. Dah lama sangat dah. Pergi klinik pun macam tak pergi klinik aje. Takpe, malam ni aku nak pergi lagi sekali. Nak pergi dengan anak2 sekali sebab last week pun dia orang batuk, dah pergi klinik pada hari sabtu (7hb) tapi belum kebah, ubat pun dah habis. Kalau lepas ni tak sembuh jugak, InsyaAllah aku dengan anak2 akan pergi ke medical center yang kat seksyen 9 tu. Sebelum ni memang kami selalu pergi ke medical center tu sebab klinik luar kat situ panel klinik. Sekarang ni medical center tu bukan panel klinik lagi. Syarikat tempat aku kerja ni dah ambik insuran untuk medical benefit. Sekarang ni kami terpaksa cari klinik yang covered by syarikat insuran tu. Ramai staff yang tak puas hati tapi apa nak buat sebab HR kata guna insuran better dari diuruskan oleh HR (ke deme yang malas buat kerja?).

Harap2 cepatlah sembuh sebab nanti aku nak ganti puasa pulak. Ramadhan dah dekat, puasa belum habis ganti nih. Ya Allah, semoga cepat sembuh, Amin.

5 comments:

  1. dalam sakit2 pon leh menang sukan lagi tuh... makan ubat rerajin k? :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ahni..

    Dulu pB pun pernah macam nie.
    Batuk , batuk , demam .
    Hilang kejab, then datang balik.
    Tiap tiap minggu ke klinik. Doktor kata batuk biasa jer. Dok bagi ubat . Kejab hitam , kejab merah.

    Last last , pB ke hospital besar. Buat x ray. Last last depa diagnosis pB dah kena paru paru berair. Terus masuk ward sebulan. Dua minggu kat Penang. Dua minggu kat Kota Bharu.

    Kesimpulannya, baik Ahni p buat pemeriksaan yang mendalam.
    Bukan apa, takut pulak , ada yang serius dalam darah kita tu ..

    Sorry, terpanjang lebar ...

    ReplyDelete
  3. mungkin nasihat pB tu ada baiknya..cuba check detail; semoga lekas baik; dah jumpa ker rumah yang berkenan?

    ReplyDelete
  4. 13May
    Amin.


    Diyana
    Masa sukan tu tak rasa sakit lah pulak... heheheh


    PB
    InsyaAllah, saya dah check dah sampel kahak tu, tak ada apa2 cuma kuman yang biasa aje.


    Onde
    Thanks Onde.

    ReplyDelete