Semalam mengantuk sangat sampai tertidur depan lap top, ingat kan nak update blog.
Aku nak cerita pasal aktiviti aku pada hari Ahad yang lepas.
Pagi tu kami sekeluarga telah pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Di situ ada Tilawah Al-Quran Saudara Kita. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok dewan serbaguna tu hampir lengang. Orang yang hadir tu kebanyakkannya peserta tilawah dan orang yang mengiringi mereka, samada ustaz/ustazah atau ahli keluarga.
Memang jelas tiada publisiti meluaspun mengenai tilawah ini. Pemandu teksi yang bawa aku dari Masjid tu ke KL Sentral pun cakap tak tahu menahu pasal event tu. Biasanya pemandu2 teksi peka pada event sekitar KL ni, maklumlah boleh lah target area yang ada event tu.
Aku lupa nak bawa kamera. Kesudahannya aku hanya mampu merakam bacaan ibu dalam handphone. Bila mendengar alunan suara ibu menyampaikan bacaan al-quran, aku rasa sungguh terharu, rasa tak percaya pun ada sebab suara yang aku dengar tu berlainan sama sekali.
Keputusan tilawah bukan pada hari yang sama tetapi keesokkan harinya 30/7/07 di Plenary Hall, KL Convention Center. Aku tak pergi masa tu. Susah sikit sebab hari Isnin aku kerja dan tak nak travel ke KL masa trafik sesak tu. Lagipun mak datang dengan rombongan jabatan agama islam negeri. Tak pe rasa nya dia dengan 'geng' dia.
Keputusan nya – ibu dapat nombor-3 kategori qariah terbuka (memeluk islam sebelum 2002). Alhamdulillah dan tahniah untuk ibu.
Nota: Aku dah surf internet nak cari pasal upacara penyampaian hadiah tu, at least nak le copy gambar ke, baca keputusan penuh ke tapi hampeh. Sedih betul.
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
Hmmm,
ReplyDeletedekat Paper pun tak nampak..
congratulations to your ibu! :)
ReplyDeleteya la, tahniah untuk ibu puan gonchaq...
ReplyDeleteni saya baru tau ada tilawah Al-Quran lpas masuk blog ni...
woh, ibu k.ahni pun masuk pertandingan tilawah tu ek. tahniah utk dia!! ume ada gak tertengok iklan pasal tilawah sedara kita ni kat rtm hari tu. tapi tak ingat bila tarikhnye. dah lepas rerupa nye...
ReplyDeletesetinggi tahniah kepada ibu ahni, anaknya tumpang gembira jugak, kan?
ReplyDeletesemoga sihat berkekalan
congrats kak ni buat ibu tersayang :)
ReplyDeleteps: akak nye script tu mmg ar ... nak scroll down tokleh... :)
Tahniah....
ReplyDeletedan betul la...bab2 camni memang publisiti dan promosinya kurang...
tatau la pasaipa...
hmmm....
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
ReplyDelete