Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, June 16, 2007

Cerita Saja




Hari ni hari Sabtu, anak2 kena pergi sekolah ganti, bapa deme keje, Makcik (adik aku) pun OT hari ni.

Apa aku nak buat ek? Kemas rumah? Pergi shopping? Masak? Tidur? Blog? Tengok TV?

OK, basuh baju sambil blogging, ok tak?

***

Syukurlah, ujian selsema ayam burung tu negatif, kalau tidak berpuasa ayam lah anak2 buat sementara waktu. Tapi itu bukan lah perkara yang merisaukan aku sangat, puasa ayam boleh jadi satu latihan yang baik untuk anak2 belajar makan ikan. Kalau tidak ni jangan harap lah deme tu nak menjamah ikan.

Perkara yang aku risau sangat tu kalau selsema burung tu jadi outbreak sekali lagi, even worst kalau jadi pandemic, can't imagine huh?

***

Banyak benda nak cerita ni sebenarnya. Tak tahu nak start kat mana.

Anak Menakan Hubby Kawin
Masa cuti sekolah hari tu, kami bercuti balik Perak 2 kali. Mula2 tu untuk majlis akad nikah dan kenduri sebelah pengantin perempuan. Minggu berikutnya tu pulak kami balik untuk kenduri sebelah pengantin lelaki (anak menakan hubby).

Adik Datang Dari Kampung & Jln Masjid India
Paksu (adik yang bongsu aku) datang hari isnin, sehari selepas kami balik dari Perak. Dia datang dengan pesanan dari mak, kirim beli kain kat Jln Masjid India untuk dijual kat kpg. Itu pasal lah kami pergi ke sana pada hari sabtu sebab malam yang sama adik aku tu dah kena balik ke Perlis. Hari Ahad dia dah kena masuk hostel balik. Aku ambik kesempatan dah belikan mak kain jualan (dengan harga meniaga, kata penjual kain tu) dan beli untuk diri sendiri kain raya, juga dengan 'harga meniaga'. Sepsg tu untuk aku dan sepsg lagi untuk Adik (my daughter).

Sambut Hari Jadi Abang
Patutnya pada 15hb Mei yang lalu tapi kami satu family tak sihat (dah cerita kat sini), so ambik kesempatan pada malam kenduri, selepas pengantin potong kek kawin, Abang pulak potong kek birthday. Terkejut dia sebab tak sangka.


Surprise!!!

8 comments:

  1. kek beli kat sekret resepi ke tu?ada strawberi&anggur pulak tu..sedap giler..

    yeay...kak Ahni masih berkomitmen dengan blog..baguss..teruskan..

    ReplyDelete
  2. k.ahni...wuiyo, best la tengok gambo kek tu. jadi tingin nak mkn kek la pulak. ehhehe.. eh eh, mmg slalu borong kain kat jln mejid india utk buat jualan ek? hehe..

    ReplyDelete
  3. salam,

    kek tu perasa apa? sedapnya..

    err..baju pengantin kaler hijaulah..teringat tema baju pengantin adik ipar kat rumh isteirnya. ijau gak..ijau pucuk pisang.

    ReplyDelete
  4. Kak Luna
    Kek tu memang sedap ya-amat... bukan secret recipe, beli kat satu kedai kek kat ipoh, murah rm38 sekilo


    13May
    La.. aku pun saja la nak jawap komen hang ni


    Umeboshi
    Mak saya yang selalu kirim beli borong kat situ. Balik jual kat kpg. Kalau kain yang dah lama sikit kat sini, kat sana (kpg) tu masih baru dan masih mahal

    ReplyDelete
  5. Helena
    Memang sedap kek tu, tak sangka pulak murah tapi sedap mengalahkan secret recipe


    Bang Gugar
    Salam. Bukan setakat nampak sedap tapi rasanya memang sedap!


    MakLang
    Kek tu rasa coklat yang dicampur dengan cheese... mmm....yummy....

    Tu le, deme yang kawin, org2 lain (adik beradik) pulak yang berabih belanja nak cari baju sedondon

    ReplyDelete