Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, June 16, 2007

Wedding Anak Sedara dan Birthday Hariz


Anak Menakan Hubby Kawin
Pada 26 Mei yang lalu, anak saudara Hajizi, Asrul telah pun melafazkan akad nikah dengan si gadis manis yang juga berasal dari Ipoh iaitu Hajar. Kenduri di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 27 Mei dan kenduri di sebelah pengantin lelaki (sebelah kami) ialah pada 2 Jun.


Hariz dan sepupu tengah makan kenduri sebelum tetamu2 datang (deme pulun dulu).



Hariz, Sarah dan sepupu. Tema baju untuk kenduri kali ni - warna hijau.



Dari kiri, Kak Long (tuan rumah), Kak Shimah, Kak Ita, Hajizi, Sally dan Nurul (adik pengantin).



Sofyiah pun join kami pergi kenduri. Gambar ni 2-in-1, gambar Sofyiah dan Sarah dan jugak gambar lauk kenduri, menunya dari kiri daging rendang (ke masak merah? dah lupa lah), masak lemak ikan masin, acar buah, sambal belacan/air asam dan ayam goreng special dan yang kat tengah tu buah tembikai le......



Hariz dengan sepupu, Haziq.



Kami, pengantin lama tumpang sekaki... heheheh....





Pengantin bersama bapa-bapa sedara 




Pengantin bersama mak-mak sedara dan sepupu-sepapat 



Sambut Hari Jadi Hariz
Patutnya pada 15hb Mei yang lalu tapi kami satu family tak sihat (dah cerita kat sini), so ambik kesempatan pada malam kenduri, selepas pengantin potong kek kawin, Hariz pulak potong kek birthday. Terkejut dia sebab tak sangka.

Happy 10th Birthday Hariz!!!




Gambar kek dalam blog ni semua mesti dah ada kesan potong... hu hu hu...

No comments:

Post a Comment