Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 31, 2007

Semalam, jam 2.05 petang aku telah mendapat miss call dari nombor babysitter. Masa tu aku pergi surau. Lantas akupun menalipon beliau. Berita mengejutkan yang aku terima; ‘anak aku melanggar kereta!’ Heran jugak macam mana dia yang langgar kereta dan bukan kereta yang langgar dia….. Lepas tu bercakap dengan anak, sambil menangis-nangis dia bercakap dengan aku. Pipi dan mata bengkak.

“Sakit ke?”

“Sakitttt”

Sms ayah dia suruh call anak, kesian budak tu tengah trauma dan sakit.

15 minit lepas tu aku call balik dan tanya pada babysitter samada keadaan anak aku tu perlu mendapat rawatan klinik atau tidak. Babysitter agak risau dengan keadaan mata yang bengkak dan merah. Lantas aku pun bergegas menjemput anak untuk dibawa ke klinik.

Masa aku sampai rumah babysitter tu bengkak nya dah surut sedikit, suami babysitter dah sapukan minyak. Kemudiannya aku minta anak tunjukkan ‘tempat kejadian’ supaya aku paham macam mana dia boleh langgar kereta yang sedang parking dan tidak pulak jatuh (peliknya, macam mana tu).

Rupa-rupanya dia melanggar Unser yang diparking di simpang jalan. Agaknya dia tak perasan Unser tu sebab betul2 di-parking dekat simpang dan dia pun mesti kayuh basikal dengan laju tu sebab tengah mengejar kawan. Disebabkan yang dilanggarnya tu Unser, yang tinggi sebab itulah dia tak jatuh, sebaliknya kepala (to be specific – muka) dia yang terhantuk dekat Unser tu, terhantuk atas sedikit dari tempat letak plate kereta.

Dalam kereta dalam perjalanan ke klinik dia menangis.

“Ayah kata nanti balik nak pukul”

Hah?! Nape pulak ayah dia nak pukul…. Ish ish ish niat aku masa sms hubby tu nak suruh dia tenangkan sikit anak yang tengah trauma, lain pulak jadinya nih!

Sambil menunggu giliran kat klinik aku pun mengambil kesempatan untuk sms hubby. Takkanlah tak sensitive kot, anak tengah sakit ni nak dipukul pulak. Itu nasib baik tak ada apa-apa, kalau pecah kepala ke apa ke macam mana?

Hubby jawab katanya anak aku tu bila ditanya tak nak jawab, lepas tu cakap “saja jer, tak ada apa2”
Agaknya lah sebab takutkan hubby, anak aku ni macam nak tak nak aje jawab bila hubby tanya dia, apa lagi naik anginlah bapa dia, ingatkan budak ni main2 ke apa…

Alhamdulillah, doctor kata tak ada apa yang serius, yang bengkak tu cuma tisu (pipi) nya sahaja, tiada fracture dan tiada pendarahan di dalam mata.

Dalam perjalanan balik aku berkali-kali pesan pada anak suruh berhati-hati bila naik basikal. Naik basikal tu jangan lupa baca Bismillah dan doa naik kenderaan. Kemudian aku cakap ini Allah baru nak tunjuk sikit aje kepada orang yang tak nak dengar cakap ibu bapa (sebenarnya kami tak suka dia naik basikal ke sekolah agama sebab hubby babysitter boleh hantarkan, adik dia dan anak2 jagaan babysitter yang lain pun dihantar oleh suami babysitter tu. Lagipun babysitter pun melarang dia pergi terlalu awal ke sekolah sebab sekolah start pukul 2.45 ptg, buat apa dia nak pergi awal – pukul 2 ptg padahal sekolah dekat aje, dalam 5 minit masa berkayuh basikal).

Sekian. Kisah anak aku eksiden.

Aku ingin mengucapkan terima kasih untuk Joe Penang di atas entry beliau yang bertajuk Penawar Di Kala Kepenatan. InsyaAllah banyak keberkatannya.

Aku juga berharap agar tiada yang salah mengerti dengan entry aku, apa yang aku ingin sampaikan adalah kesunyian dan kebosanan yang menghantui hidup aku dan bukan nya kepenatan membuat kerja rumah dan menjaga anak. Pun begitu aku amat menghargai sebarang kata-kata semangat dan nasihat. Terima kasih daun keladi.

3 comments:

  1. Ler.. pulak dah.

    Anak kita, sejak pindah rumah 'bertanah' ni, asik hilang jek ke taman. Takut jugak la kalau ada apa2 jadi.

    ReplyDelete
  2. biasala budak-budak..

    tapi aku kekadang tak gemor jugak bila abah depa rotan/pukul depa. bila fikir2 balik, kalau abah depa tak displinkan anak-anak, then sapa lagi? mak ni manjakan anak2..tak jalan bila marah2 pun

    ReplyDelete
  3. lorrr... siannya. nasib takde apa2 yang serius. anak2 dgn bapak dia memang takut betol, dgn kita main2 je walau marah bagai nak rak pun..

    ReplyDelete