What? Previous entry on 14 November? Ish ish ish awat aku jadi tak produktif ni?
OK, untuk nak tahu lebih lanjut pasal sakit meroyan, silalah pergi ke sini, satu penerangan dari segi perubatan moden. Perubatan sakit meroyan dari segi tradisional pun ada tapi aku tak tahulah macam mana rawatannya, yang aku tahu mak aku selalu cakap - kena berubat, kena berubat, kena berubat (most probably - air penawar dan air ubat akar kayu).
Syawal dah habis kan? Kenalah tukar lagu dan header blog ni kepada..... kepada tema cuti sekolah...yuhuuu...
Cuti sekolah dah bermula. Adik yang mengajar kat Miri pun dah balik ke semenanjung. Buat masa sekarang ni transit kat rumah aku dulu sebelum balik ke kampung. Seronoknya anak-anak aku dapat main dengan sepupu dia orang walaupun sepupu dia orang tu kecik lagi, baru 2 dan 3 tahun (2 orang) sedangkan anak2 aku dah 6 dan 9 tahun. Kesian adik aku sebab aku tak dapat nak bawa dia berjalan2. Aku tak boleh nak cuti la sebab kat office tengah busy. Pendek kata, 'timing' dia orang tu dengan aku tak betul.
Nak cerita sikit. Semalam aku pergi ke satu function tu kat N9. Aku memang seboleh mungkin tak nak pergi (biasalah aku ni kalau kena pergi mana-mana mesti tak nak pergi punya, teruk!) tapi dek kerana takut kena marah dengan big boss, aku pun 'paksa rela' pergi ke function tu. After all pergi dengan kereta kompeni, apa lagi nak komplen kan?
Bila sampai kat function tu aku dah terlewat, majlis tengah baca doa. Menteri pun dah ada. Aku diberi tempat duduk di satu meja tu, bersama dengan 3 orang budak2 dan seorang perempuan yang cantik jelita. Kerusi yang selebihnya kosong (meja tu untuk sepuluh orang tapi cuma kami berlima yang duduk situ). Tempat duduk aku tu direct aje ngadap menteri yang mejanya selang satu aje dari meja kami tu. Lepas tu perempuan yang cantik jelita tu cakap budak2 tu anak Managing Director. Aku pun terfikirlah, kalau anak2 ni anak MD, hang (perempuan) tu siapa? Bini MD ke? Dah lama duduk barulah aku dapat tanya dia, rupa-rupanya dia tu PA kepada MD, kena babysit pulak anak2 MD. Ooooo... gitu....
Lepas tu ada tarian PGL. Ini yang sebenarnya aku nak cerita. Geli lah aku tengok persembahan tu!
Geli! Geli! Geli!
Mana aku tak geli, cubalah you all bayangkan tarian PGL, kan ke tangan nya tu angkat2 ke atas gaya macam tarian egypt zaman dulu-dulu tu... dan bayangkanlah panari2 lelaki nya bebulu ketiak lebat.... aduhai.....
Kalau tengok kat TV tak pelah, ini live show, duduk meja depan2 pulak! Eeee... geli nyer I.... wekkkk
Wednesday, November 22, 2006
Thursday, November 16, 2006
Konvokesyen Pra Sekolah
Pada hari yang sama dengan penyampaian hadiah untuk Hariz, ada hari konvokesyen pra sekolah untuk Sarah di sekolah yang sama.
Tahniah Sarah!
Pra Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam.
Hari Penyampaian Hadiah
Alhamdulillah pada tahun ini Hariz telah mendapat tempat ke-2 di dalam kelas dia. Hariz di tahun 3 Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. Ayah telah berjanji untuk membelikan dia sebuah basikal.
Syabas Hariz!
Tuesday, November 14, 2006
Kalau sesiapa suspected kakak, adik, isteri atau jiran ada penyakit meroyan, antara simpton nya adalah panas baran macam orang giler tu, tolong lah berubat. Tolonglah jangan biarkan. Jangan lah sampai jadi macam kes yang sedang dibicarakan dan disiarkan di dalam kebanyakkan akhbar harian hari ini, mengenai seorang ibu yang menendang anak nya hingga meninggal dunia.
Aku pernah baca mengenai seorang ibu (orang putih) yang rajin beranak dan rajin jugak membunuh anak2 nya. Lepas dia bersalin anak2 dia tahanlah sehingga 2-3 tahun, lepas tu mati kerana cot death. Lepas tu dia mengandung lagi dan bunuh lagi anak dia. Tak silap aku sampai 4 atau 5 orang anak dia, semuanya dikatakan mati kerana 'cot death'. Akhirnya suami nya terjumpa diari yang menceritakan perihal isterinya 'men-silent-kan' anak2 nya dan terbongkarlah kisah pembunuhan anaknya seorang demi seorang apabila anaknya 'started making noise and I can't stand it any more and I had to make him/her silent'. Dia membunuh anak2 nya dengan mengoncang anak2 dia sekuat hati. Herannya perempuan tu tak serik2, naluri ibunya tu sungguh kuat sebab lepas tu dia mengandung lagi sebab dia memang suka pada anak2, cuma dia tak boleh dengar dia orang tu nangis. Dia jadi naik hantu bila dengar dia orang meragam.
Lagi satu case ialah case ini.
Semuanya kerana post-natal depression atau dalam bahasa kita ni - sakit meroyan. So, please lah, jangan biarkan, berubatlah.
(Kadang2 bila aku dengar anak2 aku bergaduh tu nak naik hantu jugaklah aku dibuatnya, adakah aku ni pun sakit meroyan jugak, oh tidak!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih di atas keprihatinan anda semua yang telah menulis komen di dalam entry yang lepas. InsyaAllah saya akan cuba mencari penyelesaian di dalam hal ini. Pokok pangkalnya bila ada masalah mestilah kita sendiri yang kena usaha untuk selesaikannya dan jangan sekali-kali melupakan memohon kepada Allah Yang Maha Esa.
Kelemahan aku ni kan, cuma berharap, berharap dan berharap. Fikir, fikir dan fikir. Action? Tiada.
Padan muka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Last week aku dah pergi kursus seminggu. Boring betul lah. Dah le aku tak nak pergi kursus tu, pergi pun kira paksa rela, sekarang ni kena buat report pulak. Bukan itu aje, kena ada evaluation pulak by Boss in the next 3 months on my 'progress achievement' resulting from the training.
Siapa yang cakap dengan aku last week tu, yang cakap kata pergi ajelah kursus tu, makan free, paid vacation?
What to do.
Nak bekerja kena ikhlas, baru berkah rezeki.
BTW, cerita pasal last week ni kan. 5 hari aku kena kursus area KL, puas jugaklah aku check phonebook dalam handphone aku ni kan. How come tak adapun kawan2 dari area KL kecuali Atiza? Why? Takkanlah sepanjang 5 hari tu aku asyik nak call Atiza ajak jumpa. Tak ada kerja kemakcik kakak tu asyik nak jumpa aku aje.
Apa nak jadi dengan aku ni? Takkanlah tak ada seorang kawanpun (selain Atiza) yang aku ada kat area KL ni? Really?
See. Aku ni memang teruk kan. Dah berapa kali cakap nak berubah tapi tak berubah jugak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya ni kan, kat rumah PC dah kong. Ada satu hari tu hubby dok browsed 'wayar limau', tup tup padam teruih PC tu. Dah cakap dah tak boleh buka wayar limau. Ada hantu!
Lepas tu aku pun pulun lah nak buat recovery lah, nak re-format lah tapi semuanya tak berjaya. Rasanya ini bukan masalah pasal sistem tapi masalah hardware. Probably swindle (betoi ke aku eja ni) hard disk tu jem. Alah.... just imagine piring hitam zaman dulu2 tu, kan ke kalau nak dengar piring hitam tu kita kena letak benda yang macam ada pointer kat atas piring tu, lepas tu bila piring hitam tu berpusing, jarum tu akan 'baca' info kat atas piring hitam tu dan translate kepada music. OK, sekarang ni jarum yang suppose ly membaca hard disk aku tu dah jem. Kenalah hantar repair. Ini teori aku aje lah. Belum hantar repair pun lagi sebab fulus kureng gitu.
Aku ni ada hal nak guna PC (selain baca email, bloghop dan update blog) last thursday and friday tu aku singgah cc. Ish ish ish best betul lah pergi cc sebab connection dia laju giler. Kat opis ni lembap-lembap keldai tapi kat rumah tu lembap-lembap siput babi teruih. Tengah syiok nak ke cc dah tiba2 cc tu tutup pulak 3 hari sebab nak buat maintenance konon. Ada dua cc, dua-dua tu pulak tutup! Potong stim betul lah!
Bila duduk dalam cc tu kan, aku sorang aje lah pangkat 'makcik' heheheh... lantak lah. Duduk aje kat situ terus taip address blog. Biasalah cc dipenuhi oleh budak-budak, main game lah apa lagi. Bising jugak tapi aku tak kisah. Lagipun tak lama aku duduk kat cc. Paling lama pun cuma RM1.50.
Harap-harap petang ini cc tu bukak le sebab aku nak update and print resume ni. Nak hantar dekat P*******s.
Officemate aku cakap "Persoalannya, kau nak keluar ke tak nak?"
Kalau nak keluar buat macam nak keluar. Hantar resume banyak2.
Kalau nak stay....
Aku pernah baca mengenai seorang ibu (orang putih) yang rajin beranak dan rajin jugak membunuh anak2 nya. Lepas dia bersalin anak2 dia tahanlah sehingga 2-3 tahun, lepas tu mati kerana cot death. Lepas tu dia mengandung lagi dan bunuh lagi anak dia. Tak silap aku sampai 4 atau 5 orang anak dia, semuanya dikatakan mati kerana 'cot death'. Akhirnya suami nya terjumpa diari yang menceritakan perihal isterinya 'men-silent-kan' anak2 nya dan terbongkarlah kisah pembunuhan anaknya seorang demi seorang apabila anaknya 'started making noise and I can't stand it any more and I had to make him/her silent'. Dia membunuh anak2 nya dengan mengoncang anak2 dia sekuat hati. Herannya perempuan tu tak serik2, naluri ibunya tu sungguh kuat sebab lepas tu dia mengandung lagi sebab dia memang suka pada anak2, cuma dia tak boleh dengar dia orang tu nangis. Dia jadi naik hantu bila dengar dia orang meragam.
Lagi satu case ialah case ini.
Semuanya kerana post-natal depression atau dalam bahasa kita ni - sakit meroyan. So, please lah, jangan biarkan, berubatlah.
(Kadang2 bila aku dengar anak2 aku bergaduh tu nak naik hantu jugaklah aku dibuatnya, adakah aku ni pun sakit meroyan jugak, oh tidak!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih di atas keprihatinan anda semua yang telah menulis komen di dalam entry yang lepas. InsyaAllah saya akan cuba mencari penyelesaian di dalam hal ini. Pokok pangkalnya bila ada masalah mestilah kita sendiri yang kena usaha untuk selesaikannya dan jangan sekali-kali melupakan memohon kepada Allah Yang Maha Esa.
Kelemahan aku ni kan, cuma berharap, berharap dan berharap. Fikir, fikir dan fikir. Action? Tiada.
Padan muka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Last week aku dah pergi kursus seminggu. Boring betul lah. Dah le aku tak nak pergi kursus tu, pergi pun kira paksa rela, sekarang ni kena buat report pulak. Bukan itu aje, kena ada evaluation pulak by Boss in the next 3 months on my 'progress achievement' resulting from the training.
Siapa yang cakap dengan aku last week tu, yang cakap kata pergi ajelah kursus tu, makan free, paid vacation?
What to do.
Nak bekerja kena ikhlas, baru berkah rezeki.
BTW, cerita pasal last week ni kan. 5 hari aku kena kursus area KL, puas jugaklah aku check phonebook dalam handphone aku ni kan. How come tak adapun kawan2 dari area KL kecuali Atiza? Why? Takkanlah sepanjang 5 hari tu aku asyik nak call Atiza ajak jumpa. Tak ada kerja ke
Apa nak jadi dengan aku ni? Takkanlah tak ada seorang kawanpun (selain Atiza) yang aku ada kat area KL ni? Really?
See. Aku ni memang teruk kan. Dah berapa kali cakap nak berubah tapi tak berubah jugak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya ni kan, kat rumah PC dah kong. Ada satu hari tu hubby dok browsed 'wayar limau', tup tup padam teruih PC tu. Dah cakap dah tak boleh buka wayar limau. Ada hantu!
Lepas tu aku pun pulun lah nak buat recovery lah, nak re-format lah tapi semuanya tak berjaya. Rasanya ini bukan masalah pasal sistem tapi masalah hardware. Probably swindle (betoi ke aku eja ni) hard disk tu jem. Alah.... just imagine piring hitam zaman dulu2 tu, kan ke kalau nak dengar piring hitam tu kita kena letak benda yang macam ada pointer kat atas piring tu, lepas tu bila piring hitam tu berpusing, jarum tu akan 'baca' info kat atas piring hitam tu dan translate kepada music. OK, sekarang ni jarum yang suppose ly membaca hard disk aku tu dah jem. Kenalah hantar repair. Ini teori aku aje lah. Belum hantar repair pun lagi sebab fulus kureng gitu.
Aku ni ada hal nak guna PC (selain baca email, bloghop dan update blog) last thursday and friday tu aku singgah cc. Ish ish ish best betul lah pergi cc sebab connection dia laju giler. Kat opis ni lembap-lembap keldai tapi kat rumah tu lembap-lembap siput babi teruih. Tengah syiok nak ke cc dah tiba2 cc tu tutup pulak 3 hari sebab nak buat maintenance konon. Ada dua cc, dua-dua tu pulak tutup! Potong stim betul lah!
Bila duduk dalam cc tu kan, aku sorang aje lah pangkat 'makcik' heheheh... lantak lah. Duduk aje kat situ terus taip address blog. Biasalah cc dipenuhi oleh budak-budak, main game lah apa lagi. Bising jugak tapi aku tak kisah. Lagipun tak lama aku duduk kat cc. Paling lama pun cuma RM1.50.
Harap-harap petang ini cc tu bukak le sebab aku nak update and print resume ni. Nak hantar dekat P*******s.
Officemate aku cakap "Persoalannya, kau nak keluar ke tak nak?"
Kalau nak keluar buat macam nak keluar. Hantar resume banyak2.
Kalau nak stay....
Wednesday, November 8, 2006
Selalunya bila aku ada masalah aku tak boleh nak cerita kat sesiapa. Terutamanya kalau masalah peribadi. Tak ceritapun susah sebab tak tahu macam mana nak settle. Nak ceritapun susah sebab aku rasa orang lain tu bukan dalam situasi aku. Bukannya depa pahampun apa yang aku hadapi. Apa yang nanti depa nasihat kat aku mungkin tak sesuai dengan masalah aku. Ataupun kalau depa nasihat kat aku buat penat je. Bukannya aku ikut pun. Kalau aku ikut pulak nasihat tu tapi tak berjaya menyelesaikan masalah, hah lagilah buat aku stress. Bertambah-tambah stress.
Kadang-kadang aku rasa berseorangan sungguh dalam hal ini. Masalah2 lain boleh gak cite kat orang. Masalah duit ke, masalah kerja ke... tak boleh tolong pun tak kisah, janji dapat luahkan perasaan.
Cuma kalau masalah peribadi nih... entah lah ...susah lah.

Monday, November 6, 2006
Minggu ini dari Isnin ke Jummat ada kursus kat KL.
Boring nyer....
Boring sebab aku seboleh mungkin tak nak pergi kursus tu.
Protes tapi tak berjaya.
Kena pergi jugak.
Tak nak pergi sebab rasa tak perlu.
Bukan sebab aku dah pandai tapi itu bukan bidang aku.
Kalau nak buat kerja tu boleh sub-con, tak payah buat sendiri.
Kalau buat sendiri pun tak boleh, tak recognized by the law.
Tak nak pergi sebab lama sangat, seminggu!
Tak nak pergi sebab jauh - kat KL nun. Leceh lah!
Kawan2 cakap "Pergi ajelah, relaks dan dapat makan free"
Ok lah.

Thursday, November 2, 2006
Kepada rakan bloggers yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada saya di dalam komen untuk entry 19 Oct 2006, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.Sebagai balasan terimalah pantun-pantun yang saya terima melalui sms tempohari untuk tatapan semua:
I
Ramadhan Al Mubarak telah berlalu
Ibadah puasa menambah taqwa
Semoga ukhuwah bertambah padu
Rahmah Allah kekal dipelihara
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
II
Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
III
Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di AidilFithri
Nak hantar kad raya posmen dah cuti
SMS sahaja boleh ku beri
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
IV
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Cara SMS pun dah kira oklah
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
V
Kain sutera baju kebaya
Cantik dipakai anak dara
SMS diutus pengganti kad raya
Tanda ingatan lembaran menjelma
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
*gantikan SMS dengan ‘blog entry’ baru sesueiii
Wednesday, November 1, 2006
Masa raya macam ni kalau tetamu datang ke rumah memang sesuei sangat menghidangkan juadah ini:Puding Aneka Rasa
20 g agar-agar
6 cawan @ 1200 ml air
2 cawan gula
2 biji kuning telur
2 cawan @ 400 ml susu cair
2 camca besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campur dicincang/dipotong kecil-kecil
½ tin laici dicincang kecil-kecil (optional)
1 tin @ 248 g jagung berkrim
1 camca teh esen vanilla
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar tu larut. Kemudian masukkan gula dan kacau perlahan-lahan sampai larut.
Di dalam bekas lain, satukan kuning telur, susu cair, tepung kastard dan kacau sehingga larut/sebati. Tapis campuran ini sebelum dimasukkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar dan gula larut tadi tu.
Masukkan pula buah-buahan campur dan laici yang dicincang/dipotong kecil, esen vanilla dan jagung krim.
Kacau dan biar mendidih sekejap dan kemudian tuang ke dalam bekas dan biarkan sejuk. Lepas tu nak hidang kat tetamu potonglah dalam saiz yang bersesuaian.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)