Kepada rakan bloggers yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada saya di dalam komen untuk entry 19 Oct 2006, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.
Sebagai balasan terimalah pantun-pantun yang saya terima melalui sms tempohari untuk tatapan semua:
I
Ramadhan Al Mubarak telah berlalu
Ibadah puasa menambah taqwa
Semoga ukhuwah bertambah padu
Rahmah Allah kekal dipelihara
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
II
Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
III
Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di AidilFithri
Nak hantar kad raya posmen dah cuti
SMS sahaja boleh ku beri
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
IV
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Cara SMS pun dah kira oklah
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
V
Kain sutera baju kebaya
Cantik dipakai anak dara
SMS diutus pengganti kad raya
Tanda ingatan lembaran menjelma
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
*gantikan SMS dengan ‘blog entry’ baru sesueiii
PAKAI TONGKAT DAH
1 month ago
Ini SMS yang saya terima sehari dua sebelum hari raya.
ReplyDeleteTersalah kata ku ucap sorry
Tersalah laku jgn dimarahi
Hendak ku ucap salam aidilfitri
Rupa2nya baru deepavali...!!
kak teh terima yang ini:
ReplyDeleteBuat rendang dalam kuali
makan ketupat dengan sekaya,
kalau tak posa, raya deepavali,
kalau posa, selamat hari raya.
pantun jgn tak pantun...ahni
ReplyDeleteOS;
ReplyDeleteYg itu hubby saya dapat muahahah
kak teh;
ReplyDeleteSaya posa tak cukup hari
Org baru depavali saya dah raya!
Ajzie;
Mana pantun awak...