Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, September 28, 2006

Kalau ikutkan hati, memanglah aku nak update blog tapi seperti mana ibu2 mithali yang lain, bulan ramadhan ini memang 'schedule penuh' untuk aku. Biasanya masa bukan bulan puasa, aku akan update blog di sebelah malam tapi nampaknya tak ada masa langsung nak sentuh PC sejak mula berpuasa.

Hari ini adalah hari yang agak sedih. Semasa sahur pagi tadi, aku telah mendapat panggilan telefon dari babysitter yang memaklumkan kepada aku mengenai pemergian 'Nek K' yang berjiran dengan nya. Lepas hantar anak ke sekolah dan nak menghantar barang2 anak ke rumah babysitter, aku pun singgah sekejap di rumah Arwah Nek K. Babysitter aku ada kat situ. dari jauh dia terkumat-kamit mulut dia. Dari gerak bibirnya tu aku faham maksudnya, dia tanya aku nak tengok ke tidak wajah Arwah (kalau aku hendak, dia akan singkapkan kain yang menutup muka Arwah). Aku geleng. Aku takut tak boleh tahan sebak dan menangis kat situ. Malahan semasa aku peluk anak Arwah (mak kepada classmate anak aku), airmata aku dah bergenang dah. Puas aku menahan perasaan (menangis ni kalau dah start susah nak stop). Duduk sekejap aje sebab aku nak kena pergi kerja.

Aku pernah cerita pasal Arwah Nek K dulu. Rasa nya dalam sebulan yang lepas dia admit ke hospital. Sebenarnya dia memang selalu keluar masuk hospital. Operation, kemo, fisio etc. Sakit macam dia ni nampaknya macam tak ada kesudahan, kecuali kembali kepada Nya. Begitu lah perginya seorang insan yang telah sekian lama berjuang menentang penyakit Cancer.

Aku rasa sedih sebab dia dah balik ke rumah hari Jumaat yang lepas tapi aku belum berkesempatan nak menjengok dia. Itulah kalau dok bertangguh-tangguh nak menziarah orang sakit, akhirnya tak kesampaian. Ini memang perangai buruk aku. Setakat ini, termasuk arwah Nek K, dah 4 orang yang aku kenal, yang bila sakit kuat aku bertangguh-tangguh nak pergi ziarah dan akhirnya kembali ke Rahmatullah.

Sebenarnya bukanlah semua kenalan yang sakit aku tak pernah pergi ziarah. Ada yang aku immediately pergi ziarah kat hospital bila kena warded tapi setakat ini mereka yang aku pergi ziarah dah sihat dan masih hidup. Mereka yang aku dok bertangguh-tangguh tu yang dah pergi dulu.

Next time kalau ada sesiapa sakit dan aku rasa macam bertangguh-tangguh tu, eloklah aku insaf cepat-cepat. Aku kena ubah sikap dengan menyegerakan menziarah orang sakit.

Petikan dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic31_2003.htm
Menziarahi saudara yang sakit:

Di antara hak seorang Islam yang perlu dilaksanakan oleh saudara Islamnya sendiri ialah menziarahinya ketika dia sakit, sebagaimana hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim (yang lain) ada lima perkara, iaitu menjawab salam, menziarahi ketika dia sakit, mengiringi jenazah, menjawab (menghadiri) undangan dan mendoakan orang bersin.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Menziarah orang yang sakit itu hukumnya adalah sunat muakkadah. Banyak hadits-hadits shahih yang menegaskan mengenai ketetapan hukum tersebut. Antaranya ialah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Al-Barraa’ Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami (melakukan) tujuh perkara dan menegah kami daripada tujuh perkara (iaitu), Baginda menyuruh kami mengiringi jenazah dan menziarahi orang yang sakit..................”



Akhir sekali, AL FATIHAH untuk Nek K.

Monday, September 25, 2006

Kepada semua bloggers yang beragama Islam dan yang telah meletakkan ucapan kepada saya sebelum ini, ingin saya mengucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

Semoga puasa kita semua adalah puasa khusus, sempurna dan mendapat keberkatan dari Allah.

Berikut adalah info yang saya dapat dari email yang ingin saya berkongsi bersama:

Subject: Kesilapan Memberi Salam....

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dgn "Akum" dalam sms/email/etc...

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna short form A'kum dalam sms/email/etc...

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran daripada orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

So, mulai sekarang jika ader org hantar shortform "A'kum", kita nasihatlah dia guna "Salam" kerna salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya

Wallahua'lam

Wednesday, September 20, 2006

Bulan September ni ramai blogger atau anak/isteri blogger yang menyambut hari kelahiran. Kalau anda menonton rancangan Astro - World Apart 2-3 minggu yang lepas, ada keluarga omputih tu kena spent time kat rumah panjang. Kebetulan pulak masa tu birthday anak omputih. Orang rumah panjang tu pun pi la tangkap babi dan suruh omputih tu sembelih. Terkedu jugaklah omputih tu nak menyembelih. Lepas tu omputih tu masak kek untuk menjamu semua orang asli kat rumah panjang. Orang asli (Iban) cakap "Kenapa pulak nak ingat hari apa kita dilahirkan?" Rupa-rupanya orang asli tak sambut birthday ek... So, sapa-sapa yang tak sambut birthday tu kira orang asli lah (mmm... apa aku merepek nih?)

Antara birthday boy/girl adalah:
1) My boss
2) Along anakanda AuntyN
3) Abang Akmal anakanda Ordinary Superhero
4) Lollies
5) Anakanda Atiza(dia tak tulis entry tapi saya tahu salah seorang anaknya besday bulan 9)
6) Cyberdad
7) Wan
8) Adik bongsu Ahni
9) Bapa Ahni
10) Ahni
11) Martina Hingis
12) Gloria Estefan
13) Salma Hayek
14) Stephen King
15) Julio Iglesias
16) Bruce Springsteen
17) Will Smith
18) Catherine Zeta-Jones
19) Serena Williams
20) Gwyneth Paltrow


and probably 200 millions more people....

Tuesday, September 19, 2006

Petang tadi aku balik kerja sharp pukul 5 petang. Member aku cakap lawan tokeh. Apa tidak nya minda aku penat. Apa tidaknya dah berapa hari kerja balik lewat. Last friday left the office at 7.15 pm and last night left the office at 7.30 pm. Dah le balik lewat, kena pergi ambik anan2 dulu kat rumah babysitter, lepas tu pergi beli dinner dan lepas tu baru boleh balik rumah. Kat rumah pulak lagi banyak benda nak settle. Macam yang aku cerita kat entry sebelum ni, during weekend pun aku kena settlekan semua amendment ke atas powerpoint presentation yang sebanyak 140 slides tu.

Pagi tadi pun sebelum keluar dari office dengan bosses, kelam kabut jugaklah dok settlekan printing, xeroxing, binding, editing etc. Alhamdulillah company aku dah selesai buat presentation. Hopefully kami akan berjaya ke 'next step'. Ini baru first step, banyak lagi steps yang kena kami lalui sebelum dapat tahu menang ke kalah.

Lama jugaklah kami present. Masa yg diperuntukkan tu 2 jam tapi kami present 2 jam 40 minit, bukan apa banyak soal jawab dari panel. Yang present tu memanglah bukan aku. Big boss lah. Aku jadi tukang picit laptop tu hah. Sebenarnya peranan aku penting tau, kalau aku salah tekan button (for powerpoint slides presentation) tu kan mesti Big Boss aku jadi gelabah sebab tengok slide tu tak seperti yang sepatutnya. Tu la korang, jangan under estimated orang yang kerja tukang picit-picit ni tau...

Lepas tu dapat makan lunch yang sedap2, tak sangka pulak organiser ada budjet untuk belanja participating companies makan lunch. Luch buffet kat hotel kan mahal.. I guess Ministry bagi budget lebih kot. Good for us, dapat makan free. Boss cakap "ni upah untuk kerja keras".... heheheh makan jangan tak makan, makan free........

Tak tahulah sapa yang start benda ni tapi korang baca ajelah ek. Merepek aje lah!


Ten Top Trivia Tips about Ahni!

  1. 68 percent of all UFO sightings are by ahni.
  2. The Church of Scientology was founded in 1953, at Washington D.C., by ahni.
  3. Ahni, from the movie of the same name, had green blood.
  4. By tradition, a girl standing under ahni cannot refuse to be kissed by anyone who claims the privilege.
  5. Ahni has three eyelids.
  6. Antarctica is the only continent without ahni.
  7. Ahni once lost a Dolly Parton lookalike contest!
  8. The average duration of sexual intercourse for ahni is two minutes!
  9. Ahni never said 'Play it again, Sam'!
  10. Ahni was declared extinct in 1902.
I am interested in - do tell me about

Sunday, September 17, 2006

Pertama sekali, blog template yang cantik ini bukanlah hasil tangan aku. Ini adalah hasil kreativiti Caz. Pada mereka yang berminat nak tukar template/background tu bolehlah browse website Caz. Senang aje, cuma muat turun template yang berkenan dan lepas tu copy code nya ke dalam template blog dan siap. Di website Caz terdapat pelbagai template yang cantik dan termasuklah template 18SX. Kalau nak pergi ke sana tu atas tanggungjawab sendiri tau. (BTW, 18SX bukan XXX)

Banyak yang berlaku minggu lepas, yang paling ketara adalah kesibukan yang melanda. Hampir setiap hari seludup balik laptop boss ke rumah untuk buat kerja. Company aku ni dah hantar submission untuk participate dalam satu award tu dan nanti kena pergi buat presentation untuk panel. So, boss yg prepare slide untuk presentation dan tunjuk kepada Jawatankuasa. Lepas tu apa2 yang kena komen tu aku pulak yang repair. Hari Jumaat presented lagi sekali dan ada lagi komen, banyak jugaklah nak kena repair. Kenalah aku buat during weekends sebab final presentation akan dibuat hari Isnin pukul 9.00 pagi.

Masalahnya bila aku duduk depan PC during weekend, bukanlah aku dok buat kerja tu pun, lagi banyak aku dok blogging dari buat kerja.Kalau ikut peratusan la, dalam 90%-10% begitulah kalau nak compare blogging dan kerja.

Harapan aku, lepas hari Selasa (lepas present pada panel) nanti legalah sikit. Bukan apa bila dok buat kerja untuk award ni, kerja2 aku yang rutin tu dah tertinggal. Banyak nak kena cover balik wei..... Alahai letihlah camni...

Wednesday, September 13, 2006

Memang sepatut-patutnya aku nak update blog. Dari semalam dah dok berlegar-legar beberapa perkara yang nak diceritakan. Background Jalur Gemilang ni sempena sambutan hari kemerdekaan yang rasanya akan habis 15/9 ini. Maaflah ya Dr. Izhal, sebenarnya saya teramatlah buzy hari ni, pagi2 dah dapat call dari Boss, lepas tu Big Boss, lepas tu suppose kena jumpa bigger boss kat HQ. Aku kena jadi donkey ni pasal boss tak ada, dia outstation, patutnya dia lah yang pergi jumpa bigger boss tu.

Sebenarnya aku nak cerita pasal tukar template blog. Rasa-rasanya sejak aku menulis blog ni dah berapa kali dah aku tukar background dan template blog. Template asal memanglah ambik yang blogspot offer punya, lepas tu adjust sana adjust sini sampai puas hati.

Walau macam mana aku adjustpun masihlah tak canggih sangat blog aku ni kalau nak compare dengan Dr. Izhal, Alex Lacey atau Pulut Bakar. Sebabnya aku masih terikat dengan template asal, kalau nak lawa kena buat template yang baru, from scrash.

Kenapa aku suka sangat tukar template.

Kata Joe Penang, orang perempuan memang suka buat kerja repair2 macam ni tapi secara peribadinya aku enjoy buat semua ni. Itu pasal aku tak kisah tolong member hubby, adik dan kawan aku buat website. Aku sanggup la dok berjam-jam kat rumah tu dok pomen sana pomen sini. Tidur lewat pun aku sanggup. Ada tu sampai lupa nak masak untuk anak2 sebab ralit sangat dok depan PC.

Yes, aku memang suka dan enjoy buat kerja ini. Websites yang aku buat tu simple aje sebab ilmu aku baru basic. Kalaulah aku terror, mesti aku buat yang canggih giler. Baru-baru ni aku dok buat animation untuk website adik aku tapi tak tahulah pasal apa tak jadi. Dulu aku dok buat animated button dengan Flash version lama tapi bila PC aku kong hari tu, software tu pun dah hilang. Akupun suruhlah hubby belikan CD pirate Flash kat Lau Yat tapi dia beli kan yang latest version, Flash 6 ke Flash 7 entah (rasa-rasanya version lama dah tak jual lagi kot). May be ada command yang tertinggal sebab tu tak jadi. Ada tak expert Flash kat sini? Please say something.

Contoh animated button yang aku pernah buat ialah button ini dan header ini.

Simple ajelah. Jangan lah hangpa gelak kat aku pulak.

Lagi sebab kenapa aku suka buat kerja2 macam ni.

Sebenarnya bila aku dah enjoy, hilang rasa stress aku. Seronok rasa nya mencuba itu dan ini. Badan tak letih tapi rasa macam energetic aje. Ya betul, kalau kena masak mesti aku malas sebab aku tak pandai masak. Bila masak tak sedap aku frust. Kalau duduk depan PC dan dok try itu ini, kalau yang aku try tu tak jadi aku tak frust langsung. Aku rasa lagi teruja.

Kata orang kalau dah minat tu memang nak seribu daya. Kalau dah benci pun tak nak seribu daya.... *pepatah zaman sekarang*

Saturday, September 9, 2006

Entry hari ini sikit sebanyak ada kaitan dengan entry sebelum. Cerita ni memang sepatutnya sesuatu yang tidak patut dilakukan tetapi telah menjadi lumrah. Pergi ke mana-mana pun mesti akan dengar cerita sebegini. Aku, semoga Allah jauhkan aku dari jadi 'yang buat' atau 'yang kena buat'.

Masa raya tahun bila entah, hubby ada ajak kawan dia datang beraya kat rumah. Dengar cerita nya kawan hubby ni berpangkat jugak lah, tak tahulah pangkat apa, GM kot. Aku dah jumpa dia ni dah banyak kali jugaklah sebelum itu tapi first time aku jumpa bini dia.

Aku ni sedarlah aku ni siapa kan, so walaupun tuan rumah memang aku low profile habih. Kalau nak compare rumah apartment aku ni dengan rumah depa yang ada swimming pool tu memang tak boleh le. BTW aku tak pernah pergi rumah depa, cuma dengar cerita saja.

Sebagai tuan rumah aku memang tak cukup tangan, sibuk dok refill apa yang patut. Memang kelam kabut aku dibuatnya. Ramai jugaklah kawan hubby bawa family datang beraya kat rumah hari tu. So, satu-satunya masa yang aku dapat berbual dengan bini kwn hubby ni ialah masa dia nak balik dah. Masa tu depan pintu, dia beritahu kat bini lagi sorang kwn hubby (pun yang berpangkat jugak) - dia cakap tekak dia sakit sebab dia asyik dok jerit kat staff dia kat office. Yang bini lagi sorang ni cakap -apasal la you dok jerit dekat staff you bla bla bla.... sempat lagi la depa dok berbual depan pintu rumah aku.

Aku ni pulak bila dengar dia cakap macam tu, dah mula dok fikir negatif. Ish ish ish garang sungguh mem sorang ni no... maklumlah boss boss ni memang garang2 belaka.

Baru-baru ni aku dapat satu berita mengejut, which tak lah aku terkejut sangat bila mendengarnya... Hubby cerita wife kawan dia tu dah berhenti kerja sebab sakit. Akupun tanya sakit apa. Teka la sakit apa....

Sakit kena buatan orang.

Aku terdiam sekejap bila hubby cakap macam tu. Lepas tu aku cakap yang aku tak terkejut sangat sebab kalau dia garang sangat dok maki2 staff dia, mestilah orangpun berdendam dengan dia. Agaknya ada orang yang tak tahan sangat dengan perangai dia tu ambik jalan mudah dengan guna sihir.

Latest info yang aku dapat dari hubby pasal 'mem besar' tu ialah dia dah pergi berubat dgn anak buah Ustaz Harun Din (apa title dia ek, sorrylah tak ingat Datuk? Dr?) Anak buah dia tak dapat nak ubatkan dia dan recommend suruh dia jumpa tuk guru depa direct (Harun Din sendiri). Aku andaikan penyakit dia tu dah serius.

Aku pesan kat hubby (dan pada diri aku juga), nanti kalau dah berpangkat janganlah ingat diri tu besar sangat, staff pun kena kita hormat. Kena berhati-hati, kita tak tahu hati budi orang.

Dekat tempat kerja aku ni jugak ada kejadian orang pengsan kat office dan kena masuk hospital. Doktor dah check darah, jantung dan macam-macam lagi lah tapi tak ada apa2 penyakit serius pun. Aku call dia dan bagilah hint may be sakit dia ni ada unsur2 lain. Rupa-rupanya dia cakap sejak dia pindah ke office baru, setiap pagi sebelum kerja mesti kena mengaji dan berdoa setakat yang termampu. Dalam setahun sampai sempat khatam 2-3 kali. Bila dia cerita macam tu aku pun paham2 sendirilah. Korang paham tak?

Akhir sekali, aku doakan adik beradik, sedara mara dan kawan2 aku (kawan2 blogger pun) semoga dijauhkan dari sihir. Amin.
Aku tahu weekends tak ramai orang log-in, so aku belasah ajelah tulis benda ni kat sini.

Hari Khamis lepas, masa time lunch and to be exact - 1.30pm, masa tu aku tengah makan, dengan tangan bukan dengan sudu. Tengah2 aku dok menyuap tu bosspun terjerit-jerit panggil nama aku dari bilik dia. Aku pun dari kejauahan menjerit balik "saya tengah makan la puan" tapi atas dasar pengecut aku, aku pergi jugak le ke bilik dia sebab takut kena maki.

Sampai depan bilik dia aku pun cakap "sorry puan saya tengah makan"

Dia pun sambil tergelak cakap "Sorry sorry sorry"

Guess what happened after that?

Dia pun terus la berbincang dengan aku pasal something bla bla bla bla bala!

Aku ni ingat bila dia akan cakap "U pergilah makan dulu, nanti jumpa I"

tapi.....dah dasar orang macam tu...!

Sampai keringlah jari2 aku ni dengan kuah lauk melekat, bila nak sambung balik mkn pun dah rasa kecut + sejuk aje jari2 tu, selera tu memang dah padam la...

Korang bayangkanlah macam mana aku tak tension kerja dengan dia. Kalau aku nak cerita dekat kawan2 atau org2 dari jabatan lain pasal boss aku ni, orang mesti tuduh aku buat fitnah sebab boss aku ni memang lemah lembut orangnya, bila bercakap tu kan jantan2 semua boleh cair dengan kelembutan dan kemesraan yang ditunjukkan.

Maaf aku mengumpat, dok simpan dalam hati ni rasa macam nak meletup. Semalam urat2 leher ni rasa macam tegang sikit, stress lah tu....

Saturday, September 2, 2006

Nampaknya anak-anak dapat cuti sekolah lagi sekali dengan peperiksaan UPSR diadakan minggu ini. Anak2 aku bercuti Isnin-Rabu. Kesian, 3 hari terperap lagi kat rumah babysitter. Bila difikirkan lebih baik sekolah dari cuti sekolah. Sekurang-kurangnya anak2 aku ni dapat jugak berjumpa dengan kawan-kawan dia orang. Sebab itulah walaupun aku selalu kesempitan wang tapi kalau cuti sekolah mesti aku nak ajak adik2 aku datang ke rumah. Kalau dah adik2 aku ada kat rumah, barulah seronok sikit anak2 aku, boleh jumpa dgn pak dan mak menakan depa. Tapi, bila depa datang ke rumah, kos perbelanjaan meningkat. Al maklumlah makan-minum dia orang terpaksalah aku sponsor, termasuklah makan-minum anak2 aku. Kebiasaannya anak2 makan kat rumah babysitter dan kos tu dah masuk dalam bayaran bulanan pada babysitter.

Bercerita pasal cuti sebab peperiksaan UPSR ni, patutlah ramai ibu bapa yang bercuti panjang. Mula dari 31 Ogos hinggalah 6 September. Cuti ni ada 2 jenis, pertamanya cuti sebab anak dia periksa UPSR dan lagi satu cuti nak pergi melancong sebab anak2 cuti panjang. Aku? Tak boleh cutilah, kat office tengah busy giler. Pening kepala aku dibuatnya. Nak stayback tak boleh sebab cukup masanya aku kena pergi jemput anak2 dari rumah babysitter. Kesianlah dekat babysitter kalau aku ambik anak lewat sebab dia terpaksa menjaga seramai 8 orang semuanya! Asalnya hanya 4 orang iaitu anak aku 2 orang dan cucu jiran sebelah seramai 2 orang. Anak2 akupun bukannya full time kat situ sebab dah bersekolah. Anak yang sulong cuma transit tengahari dan anak yang kedua tu pulak lepas tadika baru pergi rumah dia, lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi.

Yang cucu jiran sebelah tu aje yang full time sebab belum sekolah. Yang boleh jadi sampai 8 orang tu sebab baru2 ini kawan hubby dalam kesusahan sebab maid berhenti (betul ke maid berhenti? entah2 maid lari!). Dia orang pun mintaklah jasa baik makcik babysitter ni untuk jaga anak dia orang yang seramai 4 orang tu, "sementara aje" katanya. Tengok gayanya tak adalah 'sementara' lagi sebab dia dah register pun anak dia kat sekolah depan rumah babysitter tu (sama dengan sekolah anak aku), tahun depan anak dia yang sulung masuk darjah satu.

Masalah dengan anak2 kawan hubby ni ialah dia orang lambat balik. Selalu dalam pukul 7-8 mlm baru diambik oleh mak dia orang. Mak nya pulak kerja kat KL. Memang tak dapat nak sampai awal lagilah sebab jauh dan jalan pulak jem. Anak2 kawan hubby tu yang sulong tu baru 6 tahun, jadi adik2nya tu mungkin berumur 5, 3 dan 1 tahun lebih!!! Makcik babysitter cakap "Ambik lambat tu tak kisah lah kalau seorang saja tapi ini 4 orang!!! Pening kepala makcik... makcik ni dah la ada darah tinggi..."

Adoi, makcik, nampaknya aku lah yang kena sacrifice ambik anak cepat supaya makcik tak pening kepala. Biasanya aku ambik pukul 6 petang, sebaik sahaja anak aku yang sulong balik dari sekolah.

*Update: Aku memang tak nak tukar babysitter lain sebab babysitter aku memang OK, betul lah macam komen Joe Penang. Makcik tu memang sangat prihatin dan penyayang orangnya. Rugi aku tukar babysitter lain. Aku rasa dia jaga anak lagi baik dari aku jaga anak aku.
Bila dah letak background bendera tu dan dengan komen yang diterima, rasanya eloklah aku tulis entry pasal background.

Ramai bloggers dah tahu macam mana nak tukar background tapi tak rugi kalau aku tulispun.

Cara-cara nak menukar background senang sahaja. Mula2 kita kenalah ada gambar dekat Internet. Tak kisahlah gambar tu kat blogspot ke kat lycos ke kat geocities ke. Bila dah ada url gambar tu, kita cuma perlu tukar kat template, dekat command untuk background. Biasanya command untuk background, tanpa gambar begini:

background:#fff;

Ini untuk background putih, kalau background hitam pulak:

background:#000;

Ada juga template yang guna command seperti ini untuk background warna putih:

bgcolor="#FFFFFF"

Biasanya kalau html guna code macam tu.

Biasanya command ini ada di awal template iaitu selepas perkataan ini:

Body {
background:#fff;

Jadi, jika kita hendak menukar background tersebut supaya ada gambar ini , urlnya: http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/stripemess.gif maka kita pun tulislah command seperti ini:

background:#fff url("http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/1600/stripemess.gif");

Gambar ini saya gunakan untuk background blog saya ni sebelum tukar ke gambar bendera! Gambar Jalur Gemilang ni sementara sahaja, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan. Blog saya yang lagi satu, Sejenak Bersama masih guna background stripe yang colourful ini.

Begitu jugaklah, kalau kita nak pulak gambar ini,urlnya: http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/pwgpasteltn.gif maka kita pun tulislah command seperti ini:

background:#fff url("http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/pwgpasteltn.gif");

Untuk memilih warna, biasanya saya akan refer website ini:
Webmonkey Reference Color Codes

Selamat Mencuba!