Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, September 2, 2006

Bila dah letak background bendera tu dan dengan komen yang diterima, rasanya eloklah aku tulis entry pasal background.

Ramai bloggers dah tahu macam mana nak tukar background tapi tak rugi kalau aku tulispun.

Cara-cara nak menukar background senang sahaja. Mula2 kita kenalah ada gambar dekat Internet. Tak kisahlah gambar tu kat blogspot ke kat lycos ke kat geocities ke. Bila dah ada url gambar tu, kita cuma perlu tukar kat template, dekat command untuk background. Biasanya command untuk background, tanpa gambar begini:

background:#fff;

Ini untuk background putih, kalau background hitam pulak:

background:#000;

Ada juga template yang guna command seperti ini untuk background warna putih:

bgcolor="#FFFFFF"

Biasanya kalau html guna code macam tu.

Biasanya command ini ada di awal template iaitu selepas perkataan ini:

Body {
background:#fff;

Jadi, jika kita hendak menukar background tersebut supaya ada gambar ini , urlnya: http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/stripemess.gif maka kita pun tulislah command seperti ini:

background:#fff url("http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/1600/stripemess.gif");

Gambar ini saya gunakan untuk background blog saya ni sebelum tukar ke gambar bendera! Gambar Jalur Gemilang ni sementara sahaja, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan. Blog saya yang lagi satu, Sejenak Bersama masih guna background stripe yang colourful ini.

Begitu jugaklah, kalau kita nak pulak gambar ini,urlnya: http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/pwgpasteltn.gif maka kita pun tulislah command seperti ini:

background:#fff url("http://photos1.blogger.com/blogger/2162/2041/320/pwgpasteltn.gif");

Untuk memilih warna, biasanya saya akan refer website ini:
Webmonkey Reference Color Codes

Selamat Mencuba!

7 comments:

  1. power betul kecekapan IT ahni... saya kalau code dah berlambak2 tu tutup je komputer...

    sementara saja jalur gemilang ni??? lepas ni gambar apa plak??? bubuh la gambar maya karin satuuuuu... yang gambar dia pakai bikini tu okay apa... ;)

    ReplyDelete
  2. aaah suatu hari yang tenang kak teh akan tukar background blog kak teh dengan berbackgroundkan chocolates! thanks

    ReplyDelete
  3. Niat nak tukar background tu sentiasa ada. Tapi nampak complicated aje...so biarlah dulu.

    ReplyDelete
  4. Tenkiuuu, oooh so very much.

    Kwan nok cuber niiii..

    Tetapi tuu kengkadang tuu takot bila, nak bukak, dia lambat sangat..

    ReplyDelete
  5. saya pun tak mahir nak tukar gambar as background kat blogspot..kalau tukar color tu insyaAllah lah, tapi kalau kat efx2 senang je..sebab dah ada table..tahu color codes je dah..lebih user friendly. Kalau kat efx2..primarybasic.efx2.com tu memang terer giler..layout buat sendiri, tak payah guna template langsung! table ke, kotak ke, gambar ke..isk memang terer lah PB ni..

    ReplyDelete
  6. selalunya bab2 pedo & pekin ni serah pada kaum wanita la ye... Anyway thanks so much 4 ur info. keep it up.

    p/s: AH Ni kan ramai member? So saya cadang buat satu blog yg berkaitan it tips. Semua blogger bleh sumbang tips. Insya Allah saya pun boleh menyumbang

    ReplyDelete
  7. izhal;
    tak dak power apa eh... itu cuma basic aje la.Kalau yang canggih manggih tu idak le saya tahu

    kakteh;
    background chocolate- so tempting!

    superhero;
    Selamat Mencuba!

    Joko;
    Cuber cepat, nanti kabo ek

    onde;
    betullah blogspot ni tak berapa userfriendly in term of blog layout, dia cuma boleh pilih template aje tapi tak boleh nak adjust template tu tukar color ke apa ke. Kalau ada masa nak jugak saya berkenalan dengan PB yang satu lagi tu...

    Joe;
    Biasalah nak 'menghias rumah' memang projek org pompuan. Psl tips tu nak kena tanya pendapat orang lain jugak...

    ReplyDelete