Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, June 28, 2006

Strawberry Cameron Highland


Merahnya buah strawberry ini.
Memang nampak macam sedap sangat.
Geramnya tengok.


Yang ini siap ada 'kembar' lagi.


Rupa-rupanya pokok strawberry ni kecik aje.
Ditanam dalam tanah yang sedikit aje dalam plastik tu.
Tak sangka pokok yang kecik macam tu buahnya banyak dan sedap.

Rupa-rupanya strawberry ni sedap dimakan jika segar, maknanya bila ianya baru dipetik. Kalau dah bawa turun ke bawah (balik rumah kat Shah Alam) dah tak segar, dah mecair dan meleleh air warna merah (rasanya oxidation process). Buah strawberry yang sedap adalah yang gemuk-gemuk (yang besar), yang comel tu agak kurang sedap. Rasa strawberry macam masam-masam manis-manis buah gitu.

Gambar-gambar ini diambil masa kami melawat ladang strawbery di Cameron Highland. Rasa macam tak sabar nak pergi lagi sekali. Anak-anak pun suka pergi ke sana, mungkin sebab cuaca nya yang nyaman. Masa kami pergi tu seharian hujan gerimis, sejuk nya bukan main lagi.

Monday, June 26, 2006

Cantiknya bunga ros ini, hadiah dari hubby yang dibeli di Cameron Highland.


Bunga ni tak tahu apa nama ia tapi cantik dan wangi sangat.
Baunya macam bau bunga kembang cina.
Inipun hadiah dari hubby jugak.


Sarah bersama bunga-bunga.
Kat rumah ni tak biasa ada bunga jadi tak ada bekas bunga.
Tupperware pun jadilah.

Family Day 2006 - Cameron Highland

Assalamualaikum. Tajuk entry family day tapi yang nak cerita kat sini ialah hasil yang dapat.

Family day 24-25 June 2006. Kena pulak pada birthday sarah. 

Happy 6th Birthday Sarah! 




Bunga-bunga ni beli kat cameron lah, hadiah dari en hubby. 
Muah muah muah... sayang...





Merahnya buah strawberry ini.
Memang nampak macam sedap sangat.
Geramnya tengok.




Rupa-rupanya pokok strawberry ni kecik aje.
Ditanam dalam tanah yang sedikit aje dalam plastik tu.
Tak sangka pokok yang kecik macam tu buahnya banyak dan sedap.



Strawberry ni sedap dimakan jika segar, maknanya bila ianya baru dipetik. Kalau dah bawa turun ke bawah (balik rumah kat Shah Alam) dah tak segar, dah mecair dan meleleh air warna merah (rasanya oxidation process). Buah strawberry yang sedap adalah yang gemuk-gemuk (yang besar), yang comel tu agak kurang sedap. Rasa strawberry macam masam-masam manis-manis buah gitu.

Gambar-gambar ini diambil masa kami melawat ladang strawbery di Cameron Highland. Rasa macam tak sabar nak pergi lagi sekali. Anak-anak pun suka pergi ke sana, mungkin sebab cuaca nya yang nyaman. Masa kami pergi tu seharian hujan gerimis, sejuk nya bukan main lagi.

Anak2 sungguh happy, may be sebab kat sana tu cuacanya nyaman dan makanan pun enak. Anak2 tanya "Bila nak pergi lagi?"


Shopping di pasar minggu (tak ingat nama tempat)




Kea Farm,sebelahan dengan equatorial hotel.




Thursday, June 22, 2006

Dalam masa terdekat ini aku dapat jumpa dua orang blogger iaitu Atiza dan Pulut Bakar (PB).

Jumpa Atiza ni kira mendadak jugak. Last minute confirmation. Jumpa dia masa bawa adik2 dan anak2 meronda Mesjid India. Orangnya putih melepak dan senyum tak lekang dari bibir. Kesian pulak aku kat dia sebab terpaksa bawa kami ronda-ronda sekitar Mesjid India. Kebetulan masa tu lunch time dia. Harap-harap tak mengganggu dia. Maklumlah hari tu hari kerja tapi kalau bukan hari kerja mungkin tak dapat nak jumpa pulak. Tak pasal lah pulak dia nak turun dari rumah dia pergi ke Mesjid India tu jumpa aku. Kalau hari kerja senanglah sebab Mesjid India tu dekat aku aje dengan office dia.

Aku ni dah lama tak pergi situ dan dah ingat2 lupa dah nak beli apa kat mana. Aku harap dapat jumpa lagi dengan dia. InsyaAllah kalau ada kerja lagi nak kena pergi KL ke, aku akan call dia. Dapat jugaklah tips dari dia pasal kedai mana yang murah, kedai mana yang barang elok. Aku rasa macam tak sabar nak pergi lagi sekali ke sana tapi dengan syarat poket penuh lah. Kalau tengah fulus kering tak payah lah. Hari tu pergi pun tengah kering jugak tapi sebab adik nak pergi aku bawa jugaklah. Sebelum aku pergi tu aku dah cakap dah yang beli atas duit sendiri, buka duit aku. Aku sponsored makan dan tambang aje.

PB pulak aku dapat jumpa dia sebab office dia dekat dengan office aku. Tapi malu gak la nak cakap. Office aje dekat, janji punya janji punyalah lama tapi asyik tak jadi aje. Atiza yang dok kat KL tu pulak yang aku dapat jumpa dulu. Yelah, belum ada jodoh kata orang.

So hari tu aku ambik PB kat office dia dan lepas tu kami pergi lunch kat satu restoran beriani. Tak tahulah sebab tekak aku ke atau makanan tu sendiri yang tak sedap tapi aku rasa dulu2 makanan kat restoran tu lagi sedap. Dulu-dulu tu macam dalam 3-4 tahun yang lepas lah. Agaknya bertukar tukang masak kot. Rasa tak puas jumpa PB sebab sekejap sangat. Pada perasaan aje yang sekejap tapi pada hakikatnya lama jugak kami berjumpa. Seronok berbual tak sedar masa berlalu.

Dulu masa Lollies balik ke Mesia, ada jugak buat hajat nak jumpa dia tapi tak kesampaian. Lollies cakap tunggulah lagi lain tahun. InsyaAllah ada rezeki jumpalah kita ya Lollies.

Blogger yang lain macam mana? Aku memang teringin nak jumpa. Kalau ada nak turun ke Shah Alam ni email lah in advance kepada aku ya, bolehlah kita buat date.

Monday, June 19, 2006

Banyak jugak aku hutang entry dengan pembaca blog ini.

Pertamanya entry mengenai movies.

Dalam masa terdekat ini aku dah tonton 3 movies iaitu Ice Age 2, X-Men dan Cars. Kiranya pecah rekod lah aku tengok 3 movies dalam masa 2 bulan sebab biasanya aku menonton satu atau 2 movie setahun.

Ice Age 2- aku tak tahu nak komen apa sebab aku pun tak expect apa2 bila aku pergi tengok. Hubby yang suruh book tiket sebab dia nak bawa anak2 pergi nonton.

X-Men- memang yang ditunggu-tunggu lah. Aku pernah cerita, tak ingat dah dekat blog ini atau dekat blog lama pasal aku suka sangat menonton cartoon X-Men kat Cartoon Network (Channel 62). Aku memang kenal watak2 dalam cerita tu. Bila aku pergi tengok filem ini expectation aku sangat tinggi. Hasilnya ada dua, pertamanya, memang best giler cite ni. Keduanya, aku confused.

Memang best. Memang berbaloi. Memang puas hati. Pada yang tak suka cerita karut @ merepek macam ini memang akan heran dan menyampah habis agaknya. Tak kisahlah, janji aku suka. Aku memang suka tengok cerita tipu macam ni sebab apa-apa hal pun benda tu tipu, tak benar dan direka semata-mata untuk hiburan. Pada aku cerita macam ni memang menghiburkan. Aku memang kedekut sangat nak habiskan duit aku untuk beli tiket movie kecuali kalau pada aku cerita tu memang best dan berbaloi untuk pergi tengok.

Apa yang confused? Mungkin sebab aku dah asyik dok tengok yang cartoon punya, aku sangkakan dalam movie pun character nya sama. Sorry lah dik non, rupa-rupanya tidak. Dalam cartoon, Rogue adalah yang handal sebab dia boleh serap kuasa mutant2 lain tapi dalam movie ni pulak dia jadi neutral a.k.a. normal! What? Dalam movie yang terdahulupun Si Magneto tu sampai tangkap Rogue sebab dia tahu Rogue ni memang power dan boleh tolong dia serap kan semua kuasa untuk dia. Itu lah yang aku jadi suspen sebab tak sangka pulak mutant yang power akan jadi powerless.... mana aku tak confuse? Lepas tu dalam cartoon, si Rogue dan Night Crawler adalah anak Mystique. Dalam movie tak dak pun cerita macam tu, malahan Mystique pun dah jadi normal dah sebab terkena tembak dengan cecair hijau yang dapat meneutralkan genetik mutant.

Sorrylah melalut aku cerita, pada yang tak suka tu sorry lah, ok.

Cars- pada aku best dan sesuai sekalilah untuk anak-anak aku tengok. Memang anak lelaki aku yang sulong tu yang bising sangat nak pergi. Lagipun masa tu cuti sekolah, apa salahnya kan bawa dia orang pergi tengok movie. Rupa-rupanya cerita Cars mengenai kereta racing bernama Lightning McQueen yang sesat ke pekan yang macam tempat jin bertendang dan kerana kesalahan yang ia buat maka ia telah didenda memperbaiki jalan di pekan tersebut. Movie ni memang puas hatilah tengok. Kualiti animation dia memang tip top. Memang aku pujilah.

Aku tak reti nak buat movie review tapi cuma nak kongsi pengalaman aku menonton wayang. Oh ya, semua movie ini aku tonton di TGV Bukit Raja. Movie X-Men aku tonton bersama anak2 dan adik2. Masa nak tengok tu masing2 sibuk nak tengok cerita lain. Anak aku nak tengok Over The Edge. Adik aku nak tengok Pemburu Yamashita (Senario Movie). Aku cakap, boleh. Boleh tapi sendiri bayar la.... X-Men tu aku yang sponsored. Movie Cars tu pulak hubby yang belanja. Kami tengok hari Sabtu, sehari sebelum cuti sekolah habis. Masa tu hubby nak ke T'ganu untuk mengcandat sotong. Dia pergi bawah aktiviti kelab kereta dia lah. Aku cakap kalau nak pergi tu pergilah tapi belanjalah kami ni tengok wayang. So, nak ambik hati aku dan anak2 (sebab bukan ke sepatutnya dia bawa anak2 jalan2 masa cuti sekolah, tapi dia pulak yang pergi berjalan2) dia pun beli lah tiket untuk kami. Lepas tu siap call lagi dari T'ganu nak tanya best ke tak tengok cerita tu.

Movie berikutnya? Ada dua dalam list ni- movie Pirate Jonny Depp dan Superman. Cerita Pirate tu aku confirm akan pergi tengok tapi cerita Superman tu tak sure lagi. Entah, rasa macam nak pergi tapi rasa malas pun ada jugak. Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku pergi tengok aku mesti cerita lagi kat sini ya.
Tolonglah maafkan saya.

Saya kurang ataupun tidak interaktif sejak akhir-akhir ini.

Nak kata pasal world cup, saya tidaklah ikut dan minat sangat pasal bola nih.

Yang sebetulnya tiada alasan, saya memang tidak interaktif. Maaflah tiada update buat sementara waktu sehingga saya kembali menjadi peminat ICT.

Friday, June 9, 2006

Setelah membaca entry Kak Teh mengenai pengalaman beliau menemani ibu yang tidak sihat di hospital, aku pun terkenangkan kisah mak 2-3 tahun yang lepas.

Masa tu mak terpaksa dibedah bagi membuang ketumbuhan di dalam rahim. Sebenarnya doktor bukan buang ketumbuhan tu tapi doktor buang rahimnya terus. Selepas mak keluar dari bilik pembedahan, mak diberikan sejenis pain killer yang dimasukkan ke dalam badan melalui tiub. Macam biasa orang masuk hospital tu lah, yang dekat pergelangan tangannya dicucuk dengan jarum dan kemudiannya disambung dengan tiub ke ubat yang nak diberi tu.

Masa botol pain killer yang mula-mula tu diberi kepada mak, aku tengok mak macam ok aje, memang dia sangat letih dan hanya mampu baring tapi dari riak muka dia tu nampak dia tenang. Bila botol yang kedua diletakkan mak mula lah nampak gelisah semacam. Sekejap cakap dahagalah, sekejap nak alih2 kat badan (sepatutnya kena baring diam2), dan macam2 hal lagilah. Akupun naik heran dan kelam kabut jugaklah dengan keadaan mak. Bila panggil misi, dia kata tak ada apa-apa tapi aku tak puas hati dan rasa lain macam aje dengan keadaan mak. Aku nak cerita dengan terperinci apa yang berlaku pada hari tu pun tak boleh, pertamanya, sebab kisah ni dah lama, keduanya, sebab ingatan aku ni kan ada kureng sikit (pernah cerita dulu dalam blog lama) tapi yang aku paling ingat ialah kesudahan ceritanya:

.... kemasukan ubat pain killer ke dalam badan mak dikawal oleh sebuah mesin, yang mana ubat tu dimasukkan ke dalam mesin dan kadar pengaliran ubat ke dalam badan mak akan diprogramkan pada mesin tu oleh misi yang bertugas.

So, cuba lah bayangkan sepatutnya misi tu program kan 6.0 ml per minit (ini aku bagi contoh ajelah sebab aku tak ingat dah jumlah sebenarnya) tapi bila botol pertama habis, dia kena off kan machine tu dan masukkan botol ubat baru dan key-in balik nombor tu. Malangnya dia bukan key-in 6.0 tapi dia key-in 0.6.

Hello! Itu adalah pain killer dan mak pulak baru keluar aje lepas operation, bayangkanlah kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh mak bila kesilapan sebegini terjadi! Kesian dekat mak.... Ubat yang masuk dalam badan dia sikit sangat, cuma 0.6 iaitu 10 kali kurang dari yang sepatutnya.

Kesian betul dekat mak. Aku rasa macam nak lempang aje misi tu. Dah buat silap tu satu hal, sebelum tu pun sikit punya susah aku nak dapat kan perhatian dari pihak misi-misi. Depa macam tak acuh aje bila aku cerita mak aku ni lain macam aje keadaannya. Eksyen sangat, geram aku dibuatnya. Mentang-mentanglah spital gomen, mentang-mentang lah free (mak guna kad pencen ayah). Masa tu mak masuk wad kelas 3 sebab wad kelas 1 & 2 penuh. Layanan kelas 3 macam tu lah..... Bila masuk hari ke-2 atau ke-3 baru mak dapat naik wad 2, dan pada hari akhir baru mak dapat masuk wad kelas pertama. Kat sana baru nampak layanan yang berbeza, tapi buat apa... mak pun dah elok sikit, dah boleh keluar dah pun....

Alhamdulillah mak sihat sekarang. Aku bersyukur di atas kesihatan mak yang semakin pulih dan juga pengalaman yang aku dapat semasa menjaga mak di spital.

Tuesday, June 6, 2006

  • 28 Mei, ahad, 5.30 pagi; adik no. 5 (girl, form 5) dan adik no. 6 (boy, form 2) sampai ke stesen bas Shah Alam
  • Bagi depa rehat sekejap, tidur2, baring2, solat subuh, sarapan- lepas tu bawa depa & anak2 pi pasar minggu, kat mana lagi kalau bukan kat parking stadium shah alam; panas terik, org pun ramai> time gaji la katakan. Adik2 tak beli apa2 pun sbb "nanti nak beli kat KL". Suka hati hangpalah!
  • Tengahari kami pi makan kenduri kat Klang. Dah makan kenyang2 tuan rumah bagi ole2 lagi untuk bawa balik ke rumah. Ole2 tu banyak, lebih dari cukup untuk kami buat lauk untuk dinner
  • 29 Mei- aku kerja; anak2 & adik2 lepak kat rumah. Lunch pun suruh depa beli sendiri kat restoran bawah tu
  • 30 Mei- jalan2 KL; dari Shah Alam naik komuter. Jumpa Atiza kat KL. Amboi2, memang tokoh wanita korporat betul la kawan kita ni. Tenkiu Atiza belanja minum. Ish ish ish silap le aku dah 'sumbat' bebudak tu kenyang2 sebelum keluar, kalu tidak boleh le 'pow' Atiza satu round muahahah.
  • Lepas tu ronda2 area Masjid India dan Central Market; sama jugak le tak beli apa2 pun adik2 aku tu. Konon nak shopping sakan tapi hapah pun tidak. Penat je aku bawa ke sana-sini. Takpelah sekali sekala kan... Apa-apa hal kami enjoy.... Sebelah malamnya pulak hubby bawa adik2 pi uptown damansara. Dah dekat midnight depa keluar, pukul 1 lebih baru balik- tapi serupa jugaklah- apapun tak beli.....
  • 31 Mei- Bawa bebudak ni sume pergi menonton X-Men.. ulasan filem... tunggu...next entry kot. BTW, sapa rakan blogger yang dah tengok filem ini?
  • 1&2 Jun- bebudak tinggal kat rumah, main PC dan PS dari pagi sampai ke petang. Aku kerja - menghadiri konvensyen ICC kat Sheraton Subang.
  • 3 Jun- hantar adik2 balik kat stesen bas jln duta, padahal kat shah alam pun ada stesen bas; silap aku sebab beli tiket lambat. Tiket dari shah alam ke kangar dah habis. Nasib baik KL-Kangar ada lagi. Kesian, bas nya buruk... adik aku cakap "tak percaya..." Percayalah adik woi... Lepas depa naik bas, kami sekeluarga pun meneruskan perjalanan balik ke kampung hubby katTR
  • 4 Jun- rombongan meminang dan majlis pertunangan anak sedara hubby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cerita2 lanjut nanti kalau tak ada apa2 hal aku tulis la dlm entry2 yang berikut nya, kalau belum basi la... Kepada yang masih cuti-cuti Malaysia tu- Selamat Bercuti!

Monday, June 5, 2006

Takkanlah disebabkan cuti sekolah maka blog update dan bloghopping pun cuti jugak?

Sememangnya aku sibuk. Sibuk melayan karenah adik-adik yang datang bertandang dari kampung dan melayan anak-anak yang gumbira dengan kedatangan pak dan mak menakan depa.

Aku akan update secepat mungkin, sebab akupun dah balik ke rutin harian yang asal. Adik-adik pun dah balik ke Perlis pada sabtu 3 jun yang lalu. Majlis pertunangan anak sedara hubby pun dah berjalan lancar semalam. Nanti aku cerita ya.

Untuk update tipu hari ini silalah melayari blog yang menarik ini:

ISQIM