Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, June 19, 2006

Banyak jugak aku hutang entry dengan pembaca blog ini.

Pertamanya entry mengenai movies.

Dalam masa terdekat ini aku dah tonton 3 movies iaitu Ice Age 2, X-Men dan Cars. Kiranya pecah rekod lah aku tengok 3 movies dalam masa 2 bulan sebab biasanya aku menonton satu atau 2 movie setahun.

Ice Age 2- aku tak tahu nak komen apa sebab aku pun tak expect apa2 bila aku pergi tengok. Hubby yang suruh book tiket sebab dia nak bawa anak2 pergi nonton.

X-Men- memang yang ditunggu-tunggu lah. Aku pernah cerita, tak ingat dah dekat blog ini atau dekat blog lama pasal aku suka sangat menonton cartoon X-Men kat Cartoon Network (Channel 62). Aku memang kenal watak2 dalam cerita tu. Bila aku pergi tengok filem ini expectation aku sangat tinggi. Hasilnya ada dua, pertamanya, memang best giler cite ni. Keduanya, aku confused.

Memang best. Memang berbaloi. Memang puas hati. Pada yang tak suka cerita karut @ merepek macam ini memang akan heran dan menyampah habis agaknya. Tak kisahlah, janji aku suka. Aku memang suka tengok cerita tipu macam ni sebab apa-apa hal pun benda tu tipu, tak benar dan direka semata-mata untuk hiburan. Pada aku cerita macam ni memang menghiburkan. Aku memang kedekut sangat nak habiskan duit aku untuk beli tiket movie kecuali kalau pada aku cerita tu memang best dan berbaloi untuk pergi tengok.

Apa yang confused? Mungkin sebab aku dah asyik dok tengok yang cartoon punya, aku sangkakan dalam movie pun character nya sama. Sorry lah dik non, rupa-rupanya tidak. Dalam cartoon, Rogue adalah yang handal sebab dia boleh serap kuasa mutant2 lain tapi dalam movie ni pulak dia jadi neutral a.k.a. normal! What? Dalam movie yang terdahulupun Si Magneto tu sampai tangkap Rogue sebab dia tahu Rogue ni memang power dan boleh tolong dia serap kan semua kuasa untuk dia. Itu lah yang aku jadi suspen sebab tak sangka pulak mutant yang power akan jadi powerless.... mana aku tak confuse? Lepas tu dalam cartoon, si Rogue dan Night Crawler adalah anak Mystique. Dalam movie tak dak pun cerita macam tu, malahan Mystique pun dah jadi normal dah sebab terkena tembak dengan cecair hijau yang dapat meneutralkan genetik mutant.

Sorrylah melalut aku cerita, pada yang tak suka tu sorry lah, ok.

Cars- pada aku best dan sesuai sekalilah untuk anak-anak aku tengok. Memang anak lelaki aku yang sulong tu yang bising sangat nak pergi. Lagipun masa tu cuti sekolah, apa salahnya kan bawa dia orang pergi tengok movie. Rupa-rupanya cerita Cars mengenai kereta racing bernama Lightning McQueen yang sesat ke pekan yang macam tempat jin bertendang dan kerana kesalahan yang ia buat maka ia telah didenda memperbaiki jalan di pekan tersebut. Movie ni memang puas hatilah tengok. Kualiti animation dia memang tip top. Memang aku pujilah.

Aku tak reti nak buat movie review tapi cuma nak kongsi pengalaman aku menonton wayang. Oh ya, semua movie ini aku tonton di TGV Bukit Raja. Movie X-Men aku tonton bersama anak2 dan adik2. Masa nak tengok tu masing2 sibuk nak tengok cerita lain. Anak aku nak tengok Over The Edge. Adik aku nak tengok Pemburu Yamashita (Senario Movie). Aku cakap, boleh. Boleh tapi sendiri bayar la.... X-Men tu aku yang sponsored. Movie Cars tu pulak hubby yang belanja. Kami tengok hari Sabtu, sehari sebelum cuti sekolah habis. Masa tu hubby nak ke T'ganu untuk mengcandat sotong. Dia pergi bawah aktiviti kelab kereta dia lah. Aku cakap kalau nak pergi tu pergilah tapi belanjalah kami ni tengok wayang. So, nak ambik hati aku dan anak2 (sebab bukan ke sepatutnya dia bawa anak2 jalan2 masa cuti sekolah, tapi dia pulak yang pergi berjalan2) dia pun beli lah tiket untuk kami. Lepas tu siap call lagi dari T'ganu nak tanya best ke tak tengok cerita tu.

Movie berikutnya? Ada dua dalam list ni- movie Pirate Jonny Depp dan Superman. Cerita Pirate tu aku confirm akan pergi tengok tapi cerita Superman tu tak sure lagi. Entah, rasa macam nak pergi tapi rasa malas pun ada jugak. Tengoklah macam mana nanti. Kalau aku pergi tengok aku mesti cerita lagi kat sini ya.

4 comments:

  1. KakNi,

    Superman kecoh, dikatakan gay dlm filem tu.

    Tapi kami nak tengok citer Tokyo Drift lah. Tengok VCD pirate udah, tapi tak puas. :D

    Jomm

    ReplyDelete
  2. saya suka cerita cat dog di TV9. Antara dialog yg saya ingat ialah "apa kau cakap ni dog?". ;)

    ReplyDelete
  3. saya pun dolu2 tengok movie 5 tahun sekali, ha ha. dah duduk US ni, ada wayang murah, after 3 bulan wayang2 ni depa tayang kat panggung murah, USD1.50 sj. kalau panggung regular sampai USD7, sorrylah. saya suka citer pirate tu, nak tunggu sampai dia mai kat panggung murah lah

    ReplyDelete
  4. wan;
    ye ke? tapi tengok gazet dia pun macam tak best. Tokyo Drift! Lupa nak cite kat entry ni kan>>> ada dalam list hubby, dia nak bawak anak lelaki yang sulong tu pi tengok

    Loppies;
    Welcome to my blog. TV9 tu TV yang belum masuk astro tu kan.... alahai, rumah saya tak ada arial TV la, serius, tak tipu; so memang tak dapat tengok lagi TV9 tu

    aten;
    Lebih kurang la tu kot, kat sini harga rm6 untuk movie baru

    ReplyDelete