Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, June 22, 2006

Dalam masa terdekat ini aku dapat jumpa dua orang blogger iaitu Atiza dan Pulut Bakar (PB).

Jumpa Atiza ni kira mendadak jugak. Last minute confirmation. Jumpa dia masa bawa adik2 dan anak2 meronda Mesjid India. Orangnya putih melepak dan senyum tak lekang dari bibir. Kesian pulak aku kat dia sebab terpaksa bawa kami ronda-ronda sekitar Mesjid India. Kebetulan masa tu lunch time dia. Harap-harap tak mengganggu dia. Maklumlah hari tu hari kerja tapi kalau bukan hari kerja mungkin tak dapat nak jumpa pulak. Tak pasal lah pulak dia nak turun dari rumah dia pergi ke Mesjid India tu jumpa aku. Kalau hari kerja senanglah sebab Mesjid India tu dekat aku aje dengan office dia.

Aku ni dah lama tak pergi situ dan dah ingat2 lupa dah nak beli apa kat mana. Aku harap dapat jumpa lagi dengan dia. InsyaAllah kalau ada kerja lagi nak kena pergi KL ke, aku akan call dia. Dapat jugaklah tips dari dia pasal kedai mana yang murah, kedai mana yang barang elok. Aku rasa macam tak sabar nak pergi lagi sekali ke sana tapi dengan syarat poket penuh lah. Kalau tengah fulus kering tak payah lah. Hari tu pergi pun tengah kering jugak tapi sebab adik nak pergi aku bawa jugaklah. Sebelum aku pergi tu aku dah cakap dah yang beli atas duit sendiri, buka duit aku. Aku sponsored makan dan tambang aje.

PB pulak aku dapat jumpa dia sebab office dia dekat dengan office aku. Tapi malu gak la nak cakap. Office aje dekat, janji punya janji punyalah lama tapi asyik tak jadi aje. Atiza yang dok kat KL tu pulak yang aku dapat jumpa dulu. Yelah, belum ada jodoh kata orang.

So hari tu aku ambik PB kat office dia dan lepas tu kami pergi lunch kat satu restoran beriani. Tak tahulah sebab tekak aku ke atau makanan tu sendiri yang tak sedap tapi aku rasa dulu2 makanan kat restoran tu lagi sedap. Dulu-dulu tu macam dalam 3-4 tahun yang lepas lah. Agaknya bertukar tukang masak kot. Rasa tak puas jumpa PB sebab sekejap sangat. Pada perasaan aje yang sekejap tapi pada hakikatnya lama jugak kami berjumpa. Seronok berbual tak sedar masa berlalu.

Dulu masa Lollies balik ke Mesia, ada jugak buat hajat nak jumpa dia tapi tak kesampaian. Lollies cakap tunggulah lagi lain tahun. InsyaAllah ada rezeki jumpalah kita ya Lollies.

Blogger yang lain macam mana? Aku memang teringin nak jumpa. Kalau ada nak turun ke Shah Alam ni email lah in advance kepada aku ya, bolehlah kita buat date.

5 comments:

  1. itulah dia tak ada rezeki. I naik KL pun sekejap aje masa tu..dengan nak jumpa sedara lah itulah. Sorang pulak tu nak jaga bebudak lagi segala. Next year Insya Allah summer I balik. Bulan 7 gitulah. Kalau dapat spend KL lama sikit. bolehlah jumpa okeh?

    ReplyDelete
  2. kalau jumpak semua dalam link tu syok tu ahni... eh, apsalm link saya tu tak dak perkataan updated??? hari2 kecuali sabtu dan ahad ja tak update heheh...

    ReplyDelete
  3. lollies;
    bukan tak dak rezeki tapi belum lagi ada rezeki... heheheh
    boleh, boleh, looking forward nak jumpa lollies nih

    izhal;
    blogrolling tu pun update status link setiap 24 jam, so kalau Izhal dah update, bukan le dia automatic @ on the spot akan letak perkataan 'updated' tu

    ReplyDelete