Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, October 26, 2005

Pemergian Sahabat

AL FATIHAH

Kelmarin perginya seorang teman, rakan karib, adik angkat kepada hubby. Arwah Iskandar telah mengalami kemalangan jalan raya pada jam 1 pagi di Federal Highway (berhadapan Carrefour) pada 25 Oktober 2005. Berita mengenai kemalangan tersebut tersiar di berita NTV7 jam 7.30 mlm semalam dan di Harian Metro hari ini. Hubby pun ada tulis kenangannya dengan arwah di blog aggmuqry.

Perginya arwah meninggalkan seorang balu dan anak berusia 1 tahun 7 bulan.

Perginya arwah meninggalkan seribu satu kenangan kepada mereka yang masih hidup, isteri, anak, rakan sekerja, teman, sahabat handai dan taulan.

Semalam dan hari ini aku tidak bersemangat untuk bekerja kerana mengenangkan banyak perkara- pemergian arwah dan kisah yang tersingkap di sebalik pemergian beliau.

Aku merasai kesedihan yang ditanggung oleh hubby. Kesedihan kerana kehilangan seroang sahabat karib. Seorang yang menganggap hubby sebagai abang kerana arwah tiada abang. Seorang yang sering bersama hubby, tatkala kereta breakdown, tatkala pomen-memomen kereta, for technical advises, tatkala bersuka ria dan tatkala kesunyian. Arwah sama tempat kerja dengan hubby, kereta sama model dengan hubby dan sama satu kelab 
Mypeugeot.Net.

Aku merasa simpati kepada isteri arwah yang kini menjadi janda. Arwah dan isterinya dulu tinggal berasingan kerana isteri ditugaskan di Terengganu sejak lebih kurang 6 bulan yang lalu. Sebenarnya arwah sendiri pernah tidur kat rumah aku dalam 2 @ 3 kali. Bukan tidur yang dirancang tetapi bila arwah dan hubby keluar dan balik dinihari, arwah rasa malas nak balik rumah dan tidur kat rumah aku (lagipun bini kat Terengganu, balik rumah pun bukannya ada apa).

Semalaman hubby muram, sedih sangat dengan pemergian arwah secara mengejut. Aku jadi pendengar yang setia. Mendengar rintihannya. Mendengar kenangan hubby dengan arwah. Mendengar simpati hubby kepada isteri arwah (dalam hati aku fikir "nak tolong pinangkan ke, buat bini no. 2?")



Aku rasa (malahan terasa yakin) hubby ni orang yang suka berkawan, pentingkan kawan dan sayangkan kawan. Aku perhatikan seolah-olah kawan lebih penting dari adik-beradik hubby. Pada pemerhatian aku juga, kawan penting kepada hubby kerana adik-beradik hubby jauh (kat Perak), yang ada dekat dengan kami hanyalah kawan-kawan. Susah senang pada kawan-kawan ni lah tempat mengharap.

Malahan aku juga terasa yang sekiranya aku tiada nanti, mungkin hubby tak susah sebab kawan dia ramai. Kawan dia bukan setakat ramai, malah kawan yang sanggup menangis bersama pun ramai, tidak lupa juga kepada kawan yang ketawa bersamapun ramailah jugak.

Sebaliknya kalau hubby yang tiada nanti, walaupun aku boleh berdikari (sekarangpun memang berdikari, banyak benda aku yang buat, bukan hubby yang buat) tapi aku tak ramai kawan. Kawan rapat pun tiada. Kawan yang sedia ada tu tak tahulah kawan ketawa ke kawan nangis.

Begitulah kisahnya pemergian seorang kenalan ku.

No comments:

Post a Comment