Bila terbaca kat blog chek ngah pasal demam campak, cik rasa nak berkongsi sesuatu yang cik rasa sangat bermanfaat untuk semua orang. Info yang baik perlu dikongsi, tak gitu?
Tapi info ini adalah dari seorang lay-man yg tak dak knowledge on medical/pharmaceutical. So, pleaseeeeee consult your pediatric or doctor before you take this medicine.
Apabila anak terkena campak- within 24 hours from the first bintik campak tu muncul kat kulit dia or immediately bila keluar je bintik tu- jumpalah doktor dan minta ubat ACYCLOVIR.
My own experience:
Bila Hariz kena demam campak, kami pun bawak dia pi klinik dan doktor tu confirmed yang dia demam dan bintik2 merah tu adalah chicken pox. Doktor nasihatkan kami kasi dia minum air kelapa supaya campak dia cepat keluar dan keluar biar habis semua.
Somehow, one of the bintik campak kena infection. Kami bawak Hariz jumpa doktor- doktor kasi ubat tp kami tengok tak ada perubahan pun. Kamipun kemudiannya bawak Hariz pi jumpa pediatric favourite keluarga kami, Dr. A.
Dr. A bagi krim sapu dan alhamdulillah infection tu sembuh. Tapi Dr. A tak berapa puas hati dan nasihatkan kami- next time if the Adik also kena chicken pox, cepat2 datang ke klinik dia sebab dia ada ubat yang boleh avoid masalah2 yang tidak diingini seperti infection tadi tu, gatal2 badan dan bintik2 merah yang memang norm jika terkena chicken pox.
Selang beberapa hari kemudian sebijik bintik merah muncul dekat dgn bontot Adik. Kamipun pi la bawa dia jumpa Dr. A. Adik diberikan Acyclovir - harganya mahal betul- RM150 kot sebotol dan mesti diminum setiap 5 jam! Tak kira la tengah malam ke, subuh ke, dinihari ke, kena minum tepat pada masanya. Alhamdulillah, selepas adik minum ubat Acyclovir tu bintik chicken pox yang timbul kat badan dia kurang dari 10 bintik. Dan yang paling best nyer, Adik tak suffer gatal2 badan, infection dan demam. Dia macam budak yang sihat dan tak kena chicken pox. May be ada la sikit kot nampak dia macam tak bermaya, maklumlah kuman2 tu tgh dok fight dgn Acyclovir yang dia minum tu.
Lagi satu kebaikannya ialah (ini long term punya benefit)- bila tak banyak keluar bintik, parut pun tak ada.
Kesian Hariz- sebab kami tak kasi dia ubat tu- sebab kamipun tak tau- dan sebab doktor pun tak kasi tau. Anak ke-2 selalu untung sebab parent dia dah belajar dari anak pertama. So, thank you Hariz sebab bagi ibu banyak pengalaman dan pengajaran dan tak lupa jugak- keinsafan.
For more info on ubat ni, boleh baca kat url berikut:
http://www.hukm.ukm.my/pharmacy/C12.htm
Lagi satu kan, untuk yang dah terkena chicken pox dan tak sempat minum Acyclovir, ada satu petua dari arwah bapa mertua yang memang bagus dan lebih efektif dari ubat Calamine Lotion yang doktor biasa bagi untuk masalah demam campak (campek kecik ke besar ke, kedua-dua boleh apply)- petuanya ialah:
ambik daun pucuk manis @ daun asin-asin dan tumbuk halus, then gaulkan dengan bedak sejuk- lepas tu sapu kat badan
Try lah
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment