Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, June 9, 2005

Secebit Kisah

Aku dah lama sangat dah tak update blog Ni.

Sebabnya aku terasa segan bila membaca rakan blog aku yang ditulis dalam bahasa inggeris, dah la english dia baguih, ayat-ayat nya sedap dibaca pulak tu. Aku ni memang lemah bahasa omputih, dalam tak reti aku ni rasanya akutakreticakapomputih tu lagi terror english dia.

Lagipun macam aku dah pernah tulis dalam blog sebelum ni, kat opis aku mmg tak dak time nak tulis. Terpaksa tulis kat rumah tapi la ni kat rumah tak dak tenet. Walaupun Hatif dah bagi tips macam mana nak connect dgn broadband tapi aku dok lagu tu jugak la, nanti-nanti lah kot.

Lagi satu lagipun, la ni boss aku tak dak pi umrah. Aku ni la kena jawab semua enquiry ka, surat ka, apa-apa lagilah yang memang memeninkan kepala aku ni.

Dalam aku sibuk yang amat tu, esok aku terpaksa cuti- sebabnya babysitter aku nak cuti. Dah dia cuti takkanlah aku nak angkut anak-anak aku mai opis. Nanti kalau CEO tengok dia tanya aku pulak 
'sini taska ke?' tak naya hang....

Dalam aku sibuk yang amat tu jugak, aku curi-curi jugak baca blog orang, dan tulis komen sepatah dua. Bila aku perasan ramai orang cerita pasal bapa depa lagilah aku rasa 'down'. Aku nak tulih apa pun tak tau pasal dia. Rasanya aku boleh cerita pasal bapa mertua aku lagi banyak dari aku boleh cerita pasal bapa aku sendiri.

Aku tak tahu cerita dia masa dia muda-muda dulu. Dia tak pernah cerita. Akupun tak dan (sempat) nak tanya dia. Bapak aku ni bila dia balik dari kerja (masa dia belum pencen dulu), dia balik saja terus dia masuk bilik dia, mandi, tukar baju, whatsoever lah dan lepas tu samada dia tengok TV atau baca paper. Cukup time dia pi tidog. Dia tak sembang pun dengan kami anak-anak dia. Dia pun tak sembang dengan mak aku. Bapak aku ni, dia satu hari ada kat rumah aku dan satu hari ada kat rumah bini tua dia. Kiranya dia punya jadual tu selang-seli lah.

Sekarang dia dah pencen. Dia punya routine ada tukag sikit saja. Bila dia balik mai rumah dari rumah bini tua dia, samada dia pi siram pokok bunga atau tolong mak aku kutip baju dari ampaian. Lepas tu dia masuk dalam bilik dia dan keluag dari bilik tu untuk pi tandas atau ambik kopi atau ambik nasi. Lepas tu dia masuk balik dalam bilik dia. La ni TV ada dalam bilik dia, so dia lepak kat situ jelah. Kalau dia tengok sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, dia akan tolong basuh kan. Kalau baju banyak bertimbun-timbun pun dia akan tolong basuhkan.

Aku rasa bapak aku ni orang yang hebat. Kalau tidak tak le dia dapat sampai 3 pingat. PJK, PJB dan satu lagi pingat aku tak tau pingat apa (pasal dia tak habak kat aku, yang lagi dua aku perasan sebab dulu kat cop jawatan dia ada tulis). Kalau dia tak hebat dan tak berjasa pada Negeri Perlis ni takkan la Raja Perlis nak bagi dia pingat-pingat tu. Lagipun kalau bapak aku tak hebat tak lah dia kawin 2. Dengag-dengag cerita dia nak kawin lagi satu hari tu tapi tak jadi.

Kadang2 mak dan adik2 aku asyik cerita perkara yang 'tak baik' aje pasal dia kat aku. Yang peliknya bila aku balik kampung, perkara yang 'tak baik' tu tak lah pulak berlaku. Lepas tu entah dari mana aku dapat tahu yang ada beberapa orang ahli keluarga aku ni, mungkin pasal depa 'sayang' atau 'hormat' kat aku, bila aku balik kampung, depa jadi 'baik'. Jadi whatever cerita yang 'tak baik' tu seolah-olah 'rekaan' semata-mata. Kalau betul macam tu aku rasa teramatlah terharunya kerana aku mampu membuat kan orang jadi 'baik'. InsyaAllah aku akan dapat pahala.

Tak kisahlah macam mana pun aku tetap sayang kat depa semua. Kadang-kadang aku rasa sedih kerana tak dapat sentiasa bersama mak, bapa dan adik-adik aku. Selalu masa nak tidur malam lah masa aku paling teringat kat depa semua. Sayu je rasa hati aku ni. Masa aku kat rumah tu sikit sangat, tingkatan 3 aku dah pi dok asrama, lepas spm dah pi U, lepaih tu dapat kerja terus dok kat Selangor ni. Apa nak buat. Kalau lah ada rezeki memang aku nak kerja kat Perlis.

So, till then, macam ni lah kat aku, rindu-rinduan pada ibu, bapa dan adik-adik tercinta.

Maafkanlah diriku, anak yang tak dapat berbakti kepada mu wahai ibu dan ayah.
Maafkanlah kakak yang hanya sekali-sekala menjengokkan muka di kampung dan tidak dapat membimbingmu wahai adik-adik. Hanya kasih sayang dan doa yang mampu ku berikan.
(Duit pun aku bagi jugak no...)

No comments:

Post a Comment