Pagi tadi on the way ke office, dengar channel Era. Topik pagi tadi adalah berkenaan 'sesuatu mengenai ibu mertuaku'. So ramailah menantu yang dok talipon dan cite pasal mak mertua mereka. Ada yang puji melambung-lambung. Ada yang cerita sebaliknya.
Hati aku ni agak kepanasan jugaklah bila ada yang cerita hubungan dengan mak mertua tak ok dan sebagainya. No, aku bukan menantu yang baik, yang perfect, yang paling disayangi etc etc.
Aku cuma seorang menantu. Dan suami aku adalah anak kepada mak mertua aku. Itu dah cukup menyedarkan aku di mana kedudukan aku.
Hatta jika seorang itu seorang yang alim, solat 5 waktu tak pernah tinggal, solat sunat tak lupa, berpuasa, berzakat, dan segala yang baik lah, dan dia juga seorang yang hartawan, dermawan, dan apa-apa -wan lagilah, tetapi sekiranya dia derhaka kepada ibu dia-- maka berdoasa besarlah dia, tak cium bau syurgalah dia. Dan ibu dia tulah, mak mertua kita- itu yang paling penting mesti menantu-menantu nak kena ingat.
Hatta seroang ibu itu betapa jahat dan kejam pun dia, tetaplah dia ibu pada anaknya. Derhaka pada dia maka berdosa besarlah anaknya itu. Dan ibu pada suami itulah, ibu mertua kita - itu yang paling penting mesti menantu-menantu nak kena ingat.
Aku ni bukan menantu yang baik, yang pandai mengipas pun tidak. Aku ni macam aku ni lah, nak bermanis -manis mulut tak pandai, cakap pun kurang berlapik. Mungkin sebab dah training oleh family aku - cakap tu lurus bendul je, tak ada kona-kona lagi dah. Tapi aku selalu ambil jalan yang paling mudah, aku berkecuali dalam segala hal yang ada kaitan dengan family husband. Aku tak nak terlibat dengan pergaduhan dengan ipar-duai. Bila jumpa mak mertua, aku dengar je lah what ever yang dia nak cerita pasal anak menantu dia. Dengar je, tok sah menyampuk atau nak menambah-nambah. Make sure every month balik kampung dan jumpa mak mertua. Kalau ada rezeki mungkin balik 2 kali. Kalau ada duit lebih lagi, belikan baju.
Bila mak mertua aku buat hal, aku diam je lah. Takkan nak merungut-rungut kat hubby. Itu kan mak dia. Macam mana aku tak nak dia mengata mak aku, aku jugak takkan mengata mak dia. Respect tetap respect. Alhamdulillah hubby pun okay, bila mak dia buat hal, dia akan menyabarkan diri dia dengan mengatakan 'Baik ke buruk ke, mak tetap mak saya, kena sabar jelah'
Pada menantu yang tak hormat kan mak mertua tu, cuma perlu beringat bahawa satu hari nanti si menantu akan ada anak dan bila anak tu besar, si menantu tu akan jadi mak mertua juga bila anak dia kahwin. So, kalau tak nak menantu melayan buruk, janganlah pulak berazam nak control menantu tu nanti sebaliknya berbuat baiklah pada mertua - buatlah se-ka-rang kerana Allah itu Maha Adil dan Dia tak akan menganiaya sesiapa.
Dan bila aku dengar ada seorang caller tu kata dia melawat mak mertua nya sekali dalam 3 bulan walaupun jarak rumah dia cuma jauh 5 minutes driving ke rumah mak mertua dia, aku terfikir - nanti bila dia dah tua nanti mungkin dia dapat menantu yang langsung tak jejak kaki kat rumah dia, dan anak2 cucu2 dia pun akan tak pedulikan dia. Biarlah luncai.... hidup ini seperti putaran roda..........
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment