1 Mei 2005 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9.
Alhamdulillah, syukur kerana perkahwinan kami bertahan + rukun damai selama ini. Syukur juga kerana setelah 9 tahun, kami telah dikurniakan 2 orang anak yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya. Kami juga telah ada pekerjaan tetap dengan gaji yang berpatutan, rumah milik sendiri, kereta – yang walaupun selalu rosak tapi tetap berjasa.
Sepanjang perkahwinan kami, seperti juga pasangan suami isteri yang lain, kami juga ada masa-masa getir dan pahit yang terpaksa dilalui. CikG selalu cakap masalah komunikasi adalah asas kepada banyak masalah dalam dunia ni termasuklah keretakan rumah tangga. Masalah komunikasi juga boleh memecah-belahkan keluarga samada antara suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak-anak, adik-beradik, ipar-duai dan yang sewaktu dengannya.
Cik akui yang cik bukanlah pandai sangat berkomunikasi dengan hubby dan anak-anak. Instead of menegur anak dengan penuh kasih sayang, biasanya cik akan menjerit-jerit macam orang gila. Agaknya sebab itulah anak sulong cikpun suka menjerit-jerit kat adik dia sebab ibu dia dah tunjukkan contoh yang sedemikian. Sebenarnya cik sedar yang cik ada banyak pilihan bagaimana nak menegur anak tapi tak tahulah kat masa silapnya cik mesti akan guna teguran yang keras.
Setiap hari cik akan berdoa semoga cik akan jadi ibu yang sabar dan penyayang. Seorang ibu yang sentiasa membimbing anaknya ke arah kebaikan. Cik tak nak marah kat anak-anak. Cik nak tegur mereka dengan cara yang baik.
Namun setiap hari azam cik cuma tinggal azam. Setiap hari cik tetap marahkan anak-anak. Dan setiap hari juga cik akan menyesal dengan perbuatan cik.
Cik tetap akan berdoa agar cik dapat jadi ibu dan isteri yang baik. Semoga Allah makbulkan doa cik.
Pasal komunikasi suami-isteri tu pulak, ada satu artikel ni yang cik rasa bagus untuk berkongsi bersama. Dalam artikel tu ada cerita pasal jenis ayat yang lebih sesuai digunakan iaitu I message. Contohnya seperti berikut:
Blaming message:
You're always late coming home from work! You're just irresponsible! You don't love me any more!
I message:
It frustrates me when you are late from work. I don't know where you are, and it worries me. I can't plan dinner when I don't know what's happening.
Mungkin lepas ini kita boleh mula praktis cakap 'I message' bila cakap dengan hubby, tengok berkesan ke tidak.....
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment