Memang betul tak rugi menulis blog... dah ramai bloggers yang kongsi rahsia (bukan rahsia lagi kalau dah kongsi di blog... hu hu hu) mengenai kejayaan meraih pendapatan melalui blog. Walau bagai mana pun... saya bukan nak cerita pasal pendapatan melalui blog tetapi faedah menulis untuk diri saya sendiri.... iaitu, mengabadikan kenangan dalam bentuk tulisan dan yang paling penting dalam bentuk gambar foto!!!
Betul ni... dah beberapa kali gambar2 yang kini dirakam secara digital hilang dari simpanan, ada yang hilang sebab kena virus (corrupted), ada yang hilang sebab terdelete dan ada jugak yang hilang sebab pen-drive hilang! Syukur Alhamdulillah, dengan ada nya sekeping dua gambar yang diabadikan di blog ini, maka boleh juga saya ambil semula.
Lagi satu kan, disebabkan keghairahan nak menulis blog, secara spontan kita akan jadi suka mengambil gambar. Buat apa pun nak ambil gambar. Sikit-sikit ambil gambar, sekejap-kejap nak posing.... walau pun tak semuanya akan kita blog kan, sekurang-kurangnya ada lah gambar sebagai kenangan.
Bila dah jadi blogger tidor (tak aktif menulis) makanya perangai suka mengambil gambar pun dah tak ada. Kadang2 bila terserempak dengan kawan lama atau pun sedara mara yang dah lama tak jumpa, langsung tak teringat nak ambil gambar... sayang sekali.... masa balik berhari raya baru2 ini, saya terserempak dengan beberapa kenalan semasa pegi shopping raya, masa pegi beraya dan masa lepas balik dari raya... sayang seribu sayang... bila dah bersurai baru terfikir untuk mengambil gambar dengan dia orang... apa nak buat, dah terlepas sudah.... entah bila lagi nak dapat bersua muka tu....
DAN, kalau terlupa bila kita buat apa, jumpa siapa atau pergi ke mana, blog jugaklah yang boleh dirujuk. Memang dah jadi diari maya. Kalau dah tak dibuat catatan tu semua, lama kelamaan kita pun akan lupa. Kalau tulis dalam diari pun, nanti buku diari tu hilang lesap entah ke mana....
Dengan sebab itu, saya pun bersemangat lah nak menulis blog semula. Harap masih ada yang sudi menjengok di sini ya....
Bergambar kenangan di 1 Syawal 1434
***kalau dah malas nak update blog, tak payah bagi pelbagai alasan konon2 nak aktif blogging balik... hu hu hu...
Alhamdulillah... akhirnya kembali semua ye CikNi.
ReplyDeleteTak apa tak ada N3 setiap hari tapi bila ada masa terluang boleh juga dijengah sesekali. Ukhuwah terasa dekat bila selalu berkunjung ni.
Selamat Hari Raya & maaf zahir batind ari kakak:)
Betul lah Kak Zakie. Bila aktif menulis blog, rasa ramai kawan2 dan dapat byk info. Terima kasih kerana masih sudi menjengah blog saya ni... jadi pengomen pertama setelah sekian lama blog ni tido...
DeleteSelamat kembali berblog Kakni.
ReplyDeleteSekarang kakcik dah jarang sangat guna kamera sejak guna NoteII. :)
Memang pun kakcik. guna hp lagi senang. tp senang pun sy selalu tak ingat nak snap.
DeleteBg saya...dunia blog ni meluaskan fikiran. Sbb saya ni dok rumah, mmg terhad bab kawan. Pendek kata, sayang nak tinggal.
ReplyDeleteSaya setuju Kak Ujie!
Deleteselamat aktif balik kak....seronok bace tulisan akak...teruskan menulis dan share kisah2 dgn kami yeak kak....
ReplyDeleteInsyaAllah saya cuba merajinkan diri untuk update blog. TQ for your support.
Deleteas-salam kak
ReplyDeletesama la. saya dah blurr ni kak sebabnya lappy hilang hari tu
pastu segala pic ada dlm tu. mood nk berblog pon dah ke laut.huhu
nak ambik gambar mmg bercinta ler
Waalaikumsalam. Adoi.... sakit jiwa tu laptop hilang, bukan murah beb.
Delete