Assalamualaikum.
Dah lebih kurang 5 bulan saya gunakan sabun beras dhia ardini. Mak saya lah yang rekomen. Kalau nak tahu, banyak produk yang saya guna, dari tuala wanita hingga lah ke sabun, tukang rekomen nyer mak saya lah.
Mula2 masa mak bgtau pasal sabun ni, byk lah pulak soalan saya. Ada kelulusan KKM ke? Ada cop SIRIM ke? Drastik ke kesan nyer? Kalau drastik mesti ada drug. Boleh caya ke ni? .........dan seribu satu soalan lagi lah..... tapi sebab mak dah tinggalkan 2 ketul untuk saya, maka saya pun mencuba lah....
Inilah rupanya sabun beras dhia ardini, tapi kalau beli,
x dapat lah beras tu, cuma kotak dgn sabun jer
Oh la la la... rupa2 nya, sabun beras dhia ardini memang mabeles! Kesan ketara yang saya alami dan juga yang mak saya alami ialah...... tiada lagi bau badan yang mushuk itu... dan tanpa memakai deodoron!!! Yay! Betul ni... saya ni memang jenis kuat berpeluh, al maklum lah keje saya bukan asyik duduk dlm opis tapi kena merayau satu komplek tmpt keje saya tu, jalan sana jalan sini, kan dah mushuk... Kat umah pulak tak payah nak cite lah.. kalau hari keje, balik umah jer terus saya terperap dlm bilik yg ber-air-cond, abih tu hari sabtu dan ahad pun takkan nak duduk dalam bilik? Byk keje rumah nak kena buat... adoi... kdg2 2-3 kali tukar baju sbb peluh... Syukur Alhamdulillah, mak saya rekomen sabun ni pada saya. Terima kasih Mak! Bermula dengan 2 ketul, sekrg ni dah ada byk stok kat rumah saya... kalau tak simpan stok susah lah saya, tak kan lah sebab sabun habis pun kena balik Perlis! Masa balik raya hari tu, saya hangkut 40 ketul... hahahah...
Saya tak berani nak rekomen sabun ni kat org lain sbb saya tahu kesan kosmetik terhadap setiap org adalah berlainan. Kalau saya pakai mungkin ok, kalau orang lain pakai mungkin mudarat. Mak saya cerita ada ramai makcik2 yang sebaya dia dah guna sabun ni dan jeragat terus hilang, kulit pun jadi berseri-seri, sampai ada seorang makcik bujang (orang utara kata janda tu bujang) tak nak dah pakai sabun tu sebab ramai orang ngusik dia kata dah lar bujang tua yang gatal... (boleh caya ke cerita mak ni?!!!)
Kebetulan pula saya tiada jeragat dan tiada masalah kulit muka yang serius, so bila saya pakai sabun ni saya rasa ok jer. Saya guna sabun ni untuk seluruh badan termasuk muka. Cuma ada satu lar yang tak seronok sikit guna sabun ni, sebab muka saya memang jenis kering, bila guna sabun ni kulit jadi lagi kering. So kena guna moisturiser yang super moist untuk cover balik kulit yang kering. Kalau kulit muka kering, kesan penuaan lagi cepat tau.. no no no... tepek moisturiser byk2....
Yang guna sepenuhnya sabun ni, saya dan Hariz. My hubby tak nak guna (biasa lar org laki, deme tak minat....) Sarah pulak, bila muka naik jerawat, dia guna, bila jerawat hilang, dia pun lupa nak guna... haisshh...
Info ni saya dapat dari website http://www.jannahtrillionmas.com.my/products
Sabun Susu Beras Dhia Ardini berkesan untuk:-
1. Menaikkan seri wajah secara semula jadi.
2. Menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan.
3. Menanggalkan kotoron, minyak, sel kulit mati, paraut jerawat dan jeragat.
4. Menanggalkan make-up pada kulit wajah.
5. Menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, di celah paha dan siku.
6. Menghilangkan masalah kulit dan resdung.
7. Memberikan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh.
8. Mengatasi masalah bau badan.
Selain dari Sabun Susu Beras Dhia Ardini, saya juga dah cuba semua produk Dhia Ardhini yang lain tapi yang melekat cuma sabun susu beras ni jer lar. Lagi satu yang saya suka tapi agak mahal dan kdg2 problem dgn packaging (bukan problem dengan produk) ialah Foundation Extra Gebu. Thanks to foundation ni, muka saya gebu lagi mulus... muahahah... *perasan*
Ni lah rupa foundation tu.
Selalu nya bila foundation dah tinggal separuh botol,
picit punya picit, sungguh payah nak keluar... geram!
Istimewa nya foundation ni, ia tak melekit sebab bukan dalam bentuk cecair, jadi bila dah sapu kat muka tak lah bercapuk-capuk. Bila picit, ia keluar dalam bentuk busa yang kering dan texture yang sangat halus. Bila sapu kat muka terus rasa macam meresap di kulit, hilang terus, x de capuk2, atau ketul2. Best tau!
Blog untuk Dhia Ardini ada di sini tapi saya tak faham kenapa dalam blog tu tak cerita banyak pasal produk, yang banyak tu testimoni sahaja. Kalau boleh kita nak tahu pasal produk tu, kegunaan nya, kandungan nya dan keberkesanan nya, harap pihak Dhia Ardini dapat improve blog mereka. Tapi, kalau nak juga tahu pasal produk dhia ardini, boleh visit website http://www.jannahtrillionmas.com.my/products untuk baca dengan lebih lanjut.
Dari 40 ketul tu 2 dah sampai JB dan tangan kakaklah tu. Terima kasih CikNi. Tapi satu dah kena sambar anak dara kakak bawa balik asrama semalam sebab kebetulan sampai dia pulak cuti apa lagi peluanglah utk dia...
ReplyDeletekak zakie, harap2 serasi lah dgn dia. selamat mencuba!
DeleteAssalamualaikum Cik Ni..
ReplyDeleteSebagai wanita Dari semua peringkat umur, memang sepatutnya menjaga kesihatan Dan kebersihan diri setiap masa. Pelbagai jenama kita dapati di pasaran untuk tujuan ini.. Terimakasih berkongsi info.. :)
Waalaikumsalam kak DO. sama-sama kak. saya ni guan yang murah jer kak. yg mahal pun pernah cuba tapi tak serasi, muka lagi kering + merah
Deleteassalam cikni..memang berkesan sungguh tu 40 ketui sekali beli..nanti nak cari jugak la cuba bagi bujang pakai/guna..
ReplyDeleteWaalaikumsalam acik erna. kena lah simpan stok sebab cepat beno abis nya.
Deletekak..mana nak dapat sabun ni? nak try jugak la.bleh guna untuk muka juga kan..
ReplyDeleteoo, org perlis..bleh geng la...tp saya org kedah..^_^
cikgu ma, saya amik dengan mak. supplier mmg dari perlis tu. nnt sy tengok kat mana lagi ada jual.
Deleteakak a'ah, mana nak dapat? hehe
ReplyDeletenanti saya tolong cari kan pengedar nyer ye
Deletemana nak dapat nie?
ReplyDeletejom dating!
DeleteMacam menarik je.. saya sendiri ada masalah mcm tu hehe
ReplyDeleteE&E cuba lah, mana tau serasi...
Deletenak try satu bolehhh? huhuhu
ReplyDeleteboleh sgt!
Delete