Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, October 16, 2012

Cuti = jalan-jalan, tunggu-tunggu, makan-makan (Bahagian Ke-2)





.............sambungan dari post Cuti = jalan-jalan, tunggu-tunggu, makan-makan (Bhg. 1)

Selesai mengisi perut di Coffee Planet, saya dan Sarah pun pergi berurusan di bank yang terletak di deret bangunan yang sama. Tujuan berurusan ialah untuk menutup akaun di situ. Tentu lah saya nak tutup akaun Hariz dan Sarah dari bank tu sebab lebih kurang dalam rm40++ jugak dah duit dia org kena potong sebab 'inactive'. Sebenarnya saya buka akaun kat situ sebab nak masukkan duit raya anak2. Duit raya pun dapat setahun sekali, so setahun sekali lah saya masuk kan duit. Everytime nak masuk kan duit mesti status akaun dah jadi 'inactive'. Lepas tu kena charged sebab ke-tidak-aktifan akaun tu. Kesian budak berdua tu, duit raya orang dah bagi, kena potong pulak dengan bank. Kalau dah macam tu, baik tutup jer akaun tu dan semua duit raya masuk dalam akaun tabung haji. Dolu2 kena pergi kaunter tabung haji baru boleh masuk duit raya, tu pasal saya buka akaun 'duit raya' kat tempat lain, supaya boleh bank-in dengan deposit machine tapi sebab asyik inactive aje kan, every time pun kena pergi jugak kaunter, tak berbaloi pulak rasanya.

Lepas ni, duit simpanan dan duit raya duduk dalam satu akaun. Tabung haji pun takkan sewenang-wenang nak charged (potong) duit dari akaun kita. Sekarang ni pun dah tak susah nak bank-in duit ke dalam akaun tabung haji sebab boleh buat melalui maybank2u. Duit simpanan memang tak payah pergi bank sebab buat potongan gaji.

Settle dah tutup akaun, kami berdua pergi celcom pulak (pun di deret bangunan yang sama dengan coffee planet dan bank itu), mula2 rasa seronok sebab orang tak ramai, rupa2 nya sebab system down.... apa ni? pagi tadi pergi bank yang lagi satu tu (dah cerita dalam post sebelum ini) pun system down... adakah hari ini hari system down sedunia? hmm.... Dalam tempat celcom ni atau lebih dikenali sebagai blue cube, rupanya tak macam celcom yang dulu2 sy pernah pergi, kat sini rupanya macam kedai handphone!



Sambil menunggu system up (entah berapa lama kena tunggu ni),
kami cuba semua gadgets yang ada kat sini....




Ada dua display tables dalam tempat ni. 
Lengang jer tak de customer.




Tunggu punya tunggu.... last2 saya dan sarah give-up. Kebetulan di luar langit dah mendung sangat, so better balik lar, nanti tersangkut dalam hujan pun susah jugak kan... on the way nak balik tu, tiba2 teringat nak beli red velvet cake untuk hariz pulak. So saya pun singgah lah ke tempat ni:


Anis Food
No. 8, Jalan Renang 13/26,
Tadisma Business Centre Seksyen 13,
40100 Shah Alam

(website ni tak update kot sebab senarai produk cuma kueh tat nenas dan kek coklat, padahal kalau kat kedai, bermacam-macam biskut dan kek ada)


Gambar-gambar di bawah ini ialah bahagian dalam kedai 'Anis Food'.
Ni kaunter bayaran. 
Geram kan tengok gambar choc moist cake kat belakang tu kan...




Ni antara gambar biskut2 yang dijual di sini.
Best sellers rasanya kueh tat nenas.




Ni pulak chocolate moist cake yang dijual dalam bekas bentuk hati.




Ni lah red velvet cake yang saya beli. 
Harga kek untuk bekas sebesar ini ialah RM12.




Saiz kecik pun ada, RM5. Sesuailah untuk sorang makan.
Kalau anak ramai, boleh belikan seorang sebekas, senang, tak berebut....
Ni bekas kecik, rasanya berat kek 200 gm kot.



Banyak lagi kek yang dijual di sini dan bukan setakat harga yang murah, sedap pulak tu!!! Bekas kecil pun baru RM5, boleh lah beli pelbagai kek untuk cuba rasa dahulu. Kek lain yang ada (sorry tak de gambar, saya malu pulak nak snap banyak2 sebab ada pekerja kedai tu asyik lah tengok saya, pelik agaknya nape saya asyik snap sana snap sini) - kek rainbow, blueberry, tiramisu dan truffle. 








Okaylah. Sekian cerita saya cuti sehari ni.
Jalan-jalan cari makan bersama Sarah.
Poyo sangat kan? 
Cuti 1 hari pun boleh buat sampai 2 posts..... hua hua hua....



28 comments:

  1. Keknya memang nampak sedap sangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa yang dah mencuba mesti komen "sedap nyer"

      Delete
  2. banyak kali dah tengok kek letak dalam plastic container ni. Camana diorang letak? kerat2 dulu then fit kan ke? Ke kukus? takkan lah kan.. tapi pandainya dia ukur size tu kan... yang container bulat la.. empat segi la.. ni bentuk hati pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun macam tertanya-tanya jugak... hmm...

      Delete
  3. Letih/jenuh menanti mesti frutst CikNi. Nasib baik ada cake boleh jadi pengubatnya. Tertarik kakak dgn cake dia dah siap-siap macam tu senang kalau nak bagi-bagi pada budak-budak. Tempat kakak tak adalah CikNi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak zakie jangan buat ayat sedih tau... harga kek velvet tu mmg murah sgt kalau nak banding kat bakery lain

      Delete
  4. assalammualaikum

    salam perkenalan..

    kek cantik-cantik pasti menambat selera kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. terima kasih datang ke blog saya.

      Delete
  5. E'eh kak ni...lieya tergode tgk kek yg kak ni beli tu...berbaloi2 la ngan harga tu sbb lieya tgk cream cheese die byk..setengah org letak cream cheese tu skit jek...tak best nak mkn....

    ReplyDelete
  6. salam singgah & blogwalking sini,

    follow ur blog


    wah nampak sedap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan. terima kasih sudi jengok sini.

      Delete
  7. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

    (dah la tu..mesti akak phm eeeeeeeee tu utk apa)

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ai pun geram sangat ni!!! mahu pulun satu bekas besar tu sorang2

      Delete
  8. kasihan kat anak-anak,masuk duit raya bank pula yang sapu..
    entah la.kadang-kadang pk macam-macam pula.
    rasanya kene cari bank yang tak potong macam bank ni akak kan.
    kene tanya-tanya sebelum buka akaun.
    harap-harap tak jadi macim ni lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah saya setia dengan tabung haji jer lah kak. frust betul lah dengan bank. kesian budak2 tu, 40 ringgit berapa biji umah gi beraya baru dapat tu...

      Delete
  9. salam CikNi.
    Seronok baca pengalaman bercuti tu..apa pun sis. Sebuah keluarga yg bahagia.

    Terima kasih sudi singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih juga sudi dtg sini dan doa kan keluarga bahagia, insyaAllah semoga makbul.

      Delete
  10. ok..cuti memang best..tp best lagi kalo dapat makan red velvet cake tu..sedap nampak ^^

    ReplyDelete
  11. assalam KN..bznya dia..ehem mama pun selalu beli dr anis food..mama suka colat moist dan raya aritu beli tart nenas dia..sgt sedap !!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya belum pernah try choc moist, maybe nest trip.

      Delete
  12. chocolate moist tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  13. okla tukn..hri cuti yg penuh ngan mcm2 urusan :)boleh selesaikn mcm2 plak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun x selesai lagi byk urusan, sambung hari lain pulak

      Delete