Assalamualaikum.
Masih lagi cerita pasal pasar ramadhan..........
Nampak tak?
Nampak tak?!
Mestilah tak nampak kan....
Kalau nak jadi photographer, tak boleh takut-takut.
Sebetulnya, ini lah yang saya nak tunjukkan.
Gambar ni pun diambil di hadapan pagar rumah saya.
Masa tu duduk atas motor, konon2 nak sms tapi sebenarnya nak amik gambar polis... hahahah...
Di pasar ramadhan seksyen 17, shah alam, setiap petang ada polis yang bertugas. Kadang-kadang saya nampak 5-6 orang. Masa saya snap gambar ni, yang lagi 2-3 orang tu pegi meronda (beli kueh-mueh dan lauk-pauk) di pasar ramadhan. Meja polis ni bertukar stesen setiap hari. Satu hari di sini, esok nya pulak duduk depan Dewan MBSA (the other side of pasar ramadhan). Lusa pulak akan duduk balik dekat pencawang TNB ni.
Saya pun tak tahu apa tugas sebenar dia orang di pasar ramadhan ni tapi nak dijadikan cerita, hari sabtu lepas, masa saya berjalan dekat2 dengan area tapak pasar ramadhan (masa tu tengahari, belum ada gerai lagi), actually tempat tu opposite kedudukan polis ni lah (dan of course, masa tu polis belum datang lagi, dia orang datang pukul 5 ptg). Di situlah saya terjumpa satu dompet warna kuning. Bila saya bukak dompet tu tak de duitpun. Yang ada mykad, lesen (ke road tax motor? dah lupa ar. dah tuo makcik ni) dan kunci motor + pelbagai kunci lain. Ini mesti dompet yang dah kena ragut nih. Duit dah dirembat, so dompet ni dicampak jer lah tepi jalan tu. Kesian. Nama di mykad tu Suriana Abdullah, alamat terengganu. Nombor handphone ke, nombor apa pun tak de dalam tu. Jadi, bila dah petang, bila meja polis dah dibuka, saya pun pergi lah melaporkan kes dan serahkan dompet tu sekali. Lepas tu siap bagi bubur lambuk yang anak ambik kat surau bagi kat polis tu... hahahah....
Ok, ni ada lagi satu cerita pasal ramadhan jugak.
Di depan stesen bas mini shah alam, di seksyen 17 ni lah (bersebelahan dengan tapak pasar mlm/ramadhan), ada banyak gerai makanan. Ada yang beroperasi di sebelah pagi dan ada yang beroperasi di sebelah petang. Ada satu gerai jual goreng pisang dan air, dikendalikan oleh orang kelate, Awe. Masa hari biasa Awe and the gang jual goreng pisang, keropok lekor, kueh-mueh dan jugak pelbagai jenis air manis termasuk air tebu. Bulan puasa pulak, Awe jual sup tulang, pelbagai jenis ayam dan ikan percik (yang warna putih dan warna merah), kueh akok, laksa dan 2-3 jenis kueh kelate yang saya tak tahu nama nyer. Tahun lepas Awe ada jual sotong sumbat tapi tahun ni tak de pulak. Setiap petang bila lalu depan gerai Awe, mesti saya tanya "sotong sumbat ade?" Tiap2 kali juga Awe mesti jawab "tak dok, sotong tak elok, kak". Satu hari tu saya berbual dengan wife Awe, yang juga membantu Awe meniaga setiap hari. Wife Awe kecek anok2 dia pun dok suruh buat sotong sumbat, nantilah dia buat.
Semalam, macam biasa, saya lalu lagi depan gerai Awe dengan dialog tak boleh belah saya; sotong sumbat ada? Tiba2 Awe dan wife dia cakap; esok ada kak, sotong dah beli dah hari ni tapi santan pulak tak cukup. Yabedabedu!!! Okay lah esok saya datang lagi tau...
Petang tadi bila saya pegi ke gerai Awe, saya agak kecewa sebab saya tak nampak kelibat sotong pun tapi saya tetap keluar jugak dialog tak boleh belah saya "sotong sumbat ada?"
Ada kak, kami buat special untuk akak ni.
Tu dia, amik kau, malu pun ada, gembira pun ada, terharu pun ada. Memang betul wife Awe dah masak sotong sumbat tapi dia bawak satu bekas ni jer untuk saya, 10 ekor sotong untuk RM10. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Rezeki kami hari ini. Kawan saya cakap dekat tempat dia, seekor sotong sumbat RM10!!!
Inilah sotong sumbat special dari Awe and the gang....
Awe and family, semoga murah rezeki demo sekeluarga.
Semoga bisnes demo laku dan untung pun besar.
Semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.
rezeki akak dapat gak sotong sumbat tuh.. peniaga tu pun sgt bagus berpegang pada janji...
ReplyDeleteselamat berpuasa:)
Mmg tabik spring kat awe and the geng. syukran. slmt berpuasa pd deqna jugak.
DeleteJelesnye. Baru je plan nk buat kt encek suami. Kt param cni xde plak org jual. Huhu
ReplyDeletekat param sini pun x de, tu psl kena special order.
DeleteCikNi tak perasan ye. Allah balas kebaikan CikNi cash. Bagi polis dompet yg CikNi jumpa, ganjarannya Allah bagi yg CikNi mengidam nak sotong sumbat. Nampak kecil tapi itulah rahmat Allah besar sungguh.
ReplyDeleteMoga yg memberi dan menerima terus dimurahkan rezeki.
sy mmg x prsn lah kakzakie dan x terpk pun sbb sy ikhlas jer nak tolong bdk tu. syukur alhamdulillah.
Deleteeh, hari tu saya makan sotong sumbat kuah kaler putih.
ReplyDeleteanyway selamat berbuka!
mmg pun ada yg warna putih tp yg ni golap sbb gula merah kot.
Deleteseronoknya...sumbat dgn apa ek??kelantan food ni kan?
ReplyDeleteKak Yan, sumbat dgn pulut. ada org panggil ketupat sotong.
DeleteWahh....... buat khas untuk you , memang baik mereka , murah pulak tu , Alhamdulillah .
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. dah lar special made, harga pun murah.
DeleteBuat kebaikan dibalas dengan kebaikan....
ReplyDeleteterima kasih berkunjung ke blog sy ni. insyaAllah kalau ikhlas.
Deleteadoi...
ReplyDeletebaiknya akak pi ambik dan hantar dompet tu..
(dayah sendiri belum tentu nak buat cam tu,mungkin dayah akan pikir,dah kena rompak , tak boleh buat apa..mungkinlah...)
:)
bukan semua org ada rasa tanggungjawab nih kak..
kan?
pasal sotong tu no komen la..
(tengah tengah hari puasa nih..hehe...takmau tergugat iman mcm budak kecik pulak..hehe..)
Dayah, saya sendiri pernah kena copet dolu2, masa tu kat penang. Syukur Alhamdulillah ada org jumpa dompet saya dan bagi pada polis. So, dapatlah balik kad pengenalan dan lain2 dokumen (kecuali duit je) dan dompet nyer sekali. Ni time saya pulak buat khidmat masyarakat....
Deletesalam kakni...semlam pun acik pi pasar ramadhan..pun rami jugak polis..dan polis tu asek la menyaman.kalau dah banyak kete..nak buat camana kan..dia orang main benti ikut suka je la..nak cepat
ReplyDeleteAcik Erna, waalaikumsalam. Polis kat sini dok relax, x nmpk pulak dia menyaman...
DeleteBaiknya Awe dan isteri dia. Mesti dia kesian kata akan yang setiap hari bertanyakan sotng sumbat tu. :)
ReplyDeleteElok jugak letak polis kat situ.. kalau ada yg berniat nak mencopet terbantut la sikit,
ReplyDeletekesian kat Suriana, mesti kecewa bila dompet hilang..
Makchaq tak pernah rasa ketupat sotong yg manis, pernah makan yg lemak masin saja..