Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dan Tips Blogging

Assalamualaikum. Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa, Selamat Berterawih dan Selamat Bersahur kepada semua pengunjung blog KakNi. Semoga ibadah dan apa jua perbuatan kita di bulan yang mulia ini diredhai dan diberkati Allah. 

~ ~ ~ Salam Ramadhan ~ ~ ~

Saya juga nak ucapkan terima kasih kerana masih sudi melawat blog Sejenak Di Hari Ini yang tak seberapa ini..... Macam gempak jer kan tajuk 'tips blogging'. Chewah... kemain lagi, macam lah saya ni pakar sangat lah dalam menulis blog ni... Hahahah... 

Sebenarnya begini.... dalam post saya yang sebelum ini, saya dah cerita pasal saya ada banyak blog. Sekarang ni saya dah selesai 'memindahkan' posts saya dari blog2 ini masuk ke dalam satu blog sahaja iaitu blog Sejenak Di Hari Ini (Versi 2),  yang anda semua tengah baca ni lah. Saya pun dah cerita yang saya perasan kebanyakkan post saya tu serba kekurangan, tak de link, tak de tulis nama tempat yang saya pergi, bila tarikh nyer saya pergi dan ada jugak post yang cuma bercerita sahaja pergi ke sana sini tapi tak de langsung gambar. Satu perkara lagi yang rugi bila pindahkan post ni ialah..... jeng jeng jeng..... hilang lah segala komen-ngomen dari kawan2 blog yang dolu2 tu, sy sgt menghargai komen2 mu itewww...... *next entry nak tulis pasal blog comment, check it out ya


Ni snapshot blog family, hubby yg soh saya buat dan jaga.
Post dlm blog ni pun telah sy pindahkan ke sini.


Lagi satu yang saya perasan dari post2 lama ni ialah cara atau gaya penulisan saya. Menulis blog ni kan umpama seperti kita bercerita kepada orang, jadi, saya ni seolah-olah bercerita sambil berlari atau bercerita seolah-olah saya hanya ada masa 10 saat jer untuk nak habiskan cerita saya tu... ha... bila baca cerita2 tu saya terasa macam termengah-mengah... alahai... kenapa lah saya macam tu...

Jadi, itu lah tip yang saya maksudkan. Sejak akhir-akhir ni, saya pun selalu menjengok blog2 yang femes-femes untuk cuba nak belajar cara2 nak menulis blog dengan lebih baik. Memang saya perasan gaya tulisan dia orang tu santai, mudah dan seronok dibaca. Huruf2 pun biarlah saiz dan font yang sedap mata memandang. Ditambah pula dengan gambar2 yang cantik, memang macam tambah ajinomoto dalam masakan ler...

Ok, dah 2 tips lah kiranya pasal blogging nih. Satu, perlu ada maklumat dan keterangan yang berpatutan seperti bila, di mana dan rumusan seperti tempat tu kita rekomen orang pergi ke atau jangan pergi. Lagi contohnya, kalau cerita pasal makanan, ceritalah sedap ke tak sedap ke, service bagus ke atau tak bagus.... Yang kedua pulak, gaya penulisan kena lah tenang dan menarik... jangan kelam-kabut macam saya ni tau... Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang baik..... Ok, cukuplah tips berkarat dari saya nih, kalau nak tips dari mereka yang pro, cuba check website ini: ProBlogger. Dalam website tu ada banyak ilmu yang dikongsikan, antaranya; Tips for Writing Content for Blogs, Blog Design Tips dan Tips on Making Money from Blogs.

Yang akhir sekali, saya nak share satu gambar yang saya dapat dari email... ha... ada tak korang terpikir nak buat macam ni? Bagus ni re-cycle bekas pringles, jimat duit tak yah beli tapewer mahal2 ek... ho ho ho.....




10 comments:

  1. Assalamualaikum Akak :)

    Rupa-rupanya dia buat transformasi blog gitu ye. Bagus semua tips ni. Saya pun still perbaiki gaya penulisan dalam blog. Dah tak nak buat perkataan merepek yang yang singkat-singat macam dulu-dulu. Hehehe... Sebab nak simpan blog ni sampai hari tua untuk anak-anak :)

    ReplyDelete
  2. hai kak,

    salam ramadhan. ooo import dan export blog ye :)

    ReplyDelete
  3. Reena, terima kasih datang berkunjung ke sini. Memang betul, rasa malu pun ada bila tulisan tu macam entah pape... lps tu bayangkan lah nak tunjukkan hubby ke, mak kita ke... alamak...


    Ila Razali, terima kasih sudi menjengok kita di sini. Betul tu export dan import blog... heheheh...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dari saya ,semoga dapat berkongsi ilmu bersama InsyaAllah .

    ReplyDelete
  5. rajin akak buat kaji selidik nie...n yg paling best akak share ngan kiteorg....so dpt jugak laa timba ilmu sikit sebanyak.....

    ReplyDelete
  6. Silversarina, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ni. InsyaAllah berkongsi ilmu tak rugi apa2 pun.



    Lieya Latif, saya ni kalau buat sesuatu bersungguh-sungguh, jgn hangat2 chicken shit dah ler... jom lah kita sama2 kongsi ilmu kan, berkat!

    ReplyDelete
  7. Saya menunggu post-post cik Ni yang hebat lepas ni. :D

    ReplyDelete
  8. Lollies, auw! saya pun mengharapkan saya dapat menulis blog yang hebat2... *malu ai

    ReplyDelete
  9. :)
    eh.....tips yang letak spageti tu adalah sangat terbaik la kak..!
    tak sangka ngam yek..
    hehehe..
    mmg dayah buat la lepas nih..

    (akak ada blog lain rupanya..dayah cuma tahu blog yang ini je la...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah, saya pun suka sgt idea letak spageti dlm bekas pringles tu. Sebelum ni main ikat dgn getah jer plastik spageti tu... hahahah...

      Delete