Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, July 9, 2009

Lagi-lagi cari masalah... hmmm...

Suatu masa dulu dlm blog ini pernah cerita pasal feline. Antaranya post ini dan 2-3 post lagi di bawah label 'Feline'.

Baru-baru ni, aku mengambil seekor kitten yang comel gitu untuk dibela. Memandangkan pengalaman aku yang agak cetek dalam menjaga kitten ni, aku berharap kawan2 blogger boleh bagi nasihat sikit lah.

Masalahnya begini, kitten ni berumur lebih kurang 1 bulan (lahir bulan Jun).

Dekat rumah tuan dulu, ia bebas, tidak dikurung dan sudah semestinya duduk dengan mak dan adik-beradik dia.

Bila aku bela, mestilah aku letak dalam sangkar, pertamanya sebab aku keje dan tiada orang di rumah. Keduanya sbb kitten tu pun x tahu lagi selok belok umah aku tu kan, nanti lepas hilang lah pulak dia... hmm... camne tu? Kalau tak hilang pun, takut jugak nanti dia 'melepas' merata-rata...

Bila dikurung kitten ni ngamuk bagai nak rak, habis digigitnya sangkar2...
Dah letih ngamuk, ia tido....
Bila sedar balik, ia ngamuk lagi... hmmm...
Aku kurung dalam sangkar dan letak kat ruang tamu.
Biasanya masa mengurung ni di sebelah malam, masa kita tido dan masa aku gi kerja di siang hari.
Setakat ni baru 5 hari aku bela dan dia tetap ngamuk setiap kali aku kurung dia.
Tak tahu lah sampai bila dia nak ngamuk ni...
Sangkar pun nak rabak dah....

So, nak tanya pendapat ni:
A. Kurung dalam sangkar di dalam rumah lagi buat sementara waktu ni sampai dia dah biasa dan tak ngamuk lagi.
B. Kurung dalam sangkar tapi dekat luar rumah (alamak ni bila dia ngamuk, bingit, marah lak jiran2)
C. Kurung dalam rumah (tak masuk sangkar) - boleh harap ke dia x melepas merata-rata
D. Lepas je kat luar. Lantak dia lah. - ni yg aku risau makanan dia kena 'share' pulak dgn kucing2 liar lain...

Harap2 kwn2 dpt berikan sedikit pandangan dan nasihat... terima kasih.

*Gambar kitten ni boleh ditengok di sini: http://www.flickr.com/photos/19646052@N00/sets/72157620898918461/ atau di sebelah kiri blog ini (bwh my profile - flickr badge)..

1 comment: