Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, June 29, 2009

One day trip!

Sabtu malam yang lepas dapat sms from my mum, kata my dad ada kat hospital.
Terus call to check apa ke hal nya.
Rupa-rupanya my dad kena mild stroke.

Masa tu dah almost 9 pm, kita orang kat giant beli groceries.
Roomate kata jom balik lepas midnight.
I hesitated, bukan sebab nak balik tengok my dad tu tapi sebab timing nak balik tu.
Sebenarnya masa kita orang semua tengah letih yang amat sangat.
Letih sebab masa siang tu kita orang ada buat projek membetulkan rumah.
Terutamaya selepas kerja-kerja dah siap, the whole rumah berhabuk dengan debu2 simen dan ketulan konkrit kecil bersepah-sepah.

So, kita orang balik ahad pagi.
Sampai sana dalam jam 4 petang...
Lambat sangat kan?
Apa tak lambatnya, semasa dalam perjalanan balik tu dah kemalangan pulak.
Alhamdulillah tak serius langsung kemalangan tu, cuma bumper kereta aje yang terkopak.
Selepas roomate ketuk, bumper tu eloklah balik tapi tak berapa lama driving kat highway, nampak macam ia terkopak balik. Berhenti dan betul kan.
Lepas tu jadi balik.
Last-last kita orang berhenti kat taiping dan minta tolong kawan roomate untuk kemaskan balik bumper tu.

Alhamdulillah dapat sampai ke kampung dengan selamat.

Rupa-rupanya my dad dah ada tanda2 stroke, tangan dia kebas dan dia tak dapat bercakap dengan betul.
Bila my mum tanya, nape, sakit lidah ke? My dad cakap tak.
Lepas tu my dad said something like "nak mati" tapi sebab butiran cakap nya tu tak jelas, my mum pun tak perasan apa dia cakap sebenarnya.
Bila my dad balik rumah yang lagi satu (the other wife), kebetulan yang sana tu pernah kena stroke, so terus je dia orang boleh teka my dad kena stroke dan immediately they rushed him to the hospital.
BP very high masa tu.
Alhamdulillah, my dad warded sebelah petang, sebelah malam nya BP dah turun drastically.
Sebelah malam my mum overnight kat wad untuk teman dia.

So, bila kita orang sampai ahad petang tu, my dad dah nampak ok.
BP nya dah rendah tapi perlu direndahkan lagi...
Tangan pun dah tak kebas, bila dicubit dah terasa.
Cuma percakapan nya tu masih ada sikit2 yang kurang jelas.

Then, after midnight kita orang bertolak balik ke shah alam.
Kiranya pergi dan balik ke kampung tu within 24 hours lah...
Penat bangat.

Sekarang ni my dad still dalam wad, tunggu result segala jenis testing and scanning yang hospital buat.

My dad kata tak payah tunggu sebab dia bukan bed-ridden.
Kalau boleh memang aku nak stay sana.
Kalau boleh memang aku nak take turn teman dia kat wad.

Sayangnya, esok (selasa) my boy ada trial upsr and my roomate memang tengah 'peak week' sekarang sebab ada plant baru nak bukak.

So, terpaksalah kita orang balik.

InsyaAllah aku akan balik lagi dalam masa terdekat ni.

3 comments: