Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, June 19, 2009

News update - berita harian online

Polis disaman berhubung penahanan salah dalam pembunuhan Nurin


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dan adik iparnya yang ditahan dua tahun lalu berhubung pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap polis yang didakwa menangkap dan menahan mereka secara salah.

Mohamad Zamri Ibrahim, 35, seorang pemilik kedai pakaian, dan bekas jurutera Mohd Suhaimi Yusoff, 30, masing-masing memfailkan writ saman berasingan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil melalui firma guaman Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli.

Mereka menamakan Asisten Komisioner Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.



Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan, ganti rugi hukuman, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutan mereka.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.

Bedah siasat mendapati Nurin mati akibat didera secara seksual.

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis.

Mereka berkata, mereka kemudiannya disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan.

Mohamad Zambri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata, akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zambri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap polis ketika beliau berada dalam kedai milik Mohamad Zambri.

Mohamad Zambri yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini bersama-sama isterinya Norhanizah Yusof, 35, memberitahu pemberita bahawa mereka mahu membersihkan nama mereka dan meminta supaya maruah mereka dikembalikan kepada mereka.

Mohd Suhaimi bagaimanapun tidak hadir. - Bernama

2 comments:

  1. Semoga keadilan dapat dikembalikan...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, begitulah yg kita doakan.... kita tunggu dan lihat je...

    ReplyDelete