Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, March 12, 2009

Cinta Si Penggali Kubur

Entertainment

Nasir lupa judul drama
5 Mar 2009

Ramlah Zainal

MUNGKIN tidak banyak publisiti membabitkan pelakon Nasir Bilal Khan sama ada di akhbar mahupun majalah. Namun, Nasir, 46, tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan untuk beraksi dalam drama mereka dari dulu sampai sekarang.

Malah, sudah ratusan drama termasuk beberapa filem dilakonkan sepanjang pembabitannya lebih 25 tahun dalam bidang lakonan.

Nasir popular menerusi filem Perempuan, Isteri dan... bersama Sofia Jane, mengakui sudah lupa judul drama yang dilakonkan sebelum ini kerana banyak sangat.

"Antara drama terbaru, bersama pelakon Vanidah Imran arahan pengarah Rashid Sibir untuk TV3. Itupun saya sudah lupa judulnya," katanya.

Dalam pertemuan dengannya di lokasi penggambaran drama bersiri Kejar arahan Bade Azmi di Seri Kembangan baru-baru ini, Nasir sudi berkongsi rahsianya mampu bertahan sebagai anak seni sampai sekarang.

"Sebenarnya, berlakon adalah satu tanggungjawab kepada masyarakat kerana bagi saya, drama adalah santapan rohani kepada masyarakat. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik masyarakat menerusi lakonan.

"Ada orang berlakon untuk suka-suka sebaliknya saya berlakon dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Apa yang penting, hasil kerja saya itu diterima dengan baik oleh masyarakat.

"Saya berlakon kerana minat dan berlakon juga profesion yang sangat menarik kerana saya berpeluang menjadi pelbagai karakter yang orang biasa tidak dapat lakukan.

"Watak ditawarkan pada saya juga pelik-pelik kerana pengarah fikir hanya saya boleh bawa watak sedemikian," katanya.

Antara drama yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah Pinggiran arahan Ismail Yaakob dan Cinta Si Penggali Kubur bergandingan dengan pelakon Sheila Rusly.

"Dalam Pinggiran, saya berganding dengan Ida Nerina. Saya bawa watak orang buta dan Ida pula bawa watak gadis pekak. Banyak mesej mendalam tersirat dalam drama ini yang boleh memberi pengajaran berguna kepada masyarakat.

"Selain itu, watak sebagai penggali kubur dalam Cinta Si Penggali Kubur antara satu lagi karakter menarik yang meninggalkan kesan dalam diri saya," katanya.

Bersandarkan pengalaman yang ada, Nasir berkata, dia juga bertuah kerana mendapat semua watak yang didamkan sebagai pelakon.

Katanya, dia dan pengarah saling memahami kemahuan masin-masing.

"Setakat ini, watak yang ditawarkan juga menepati kehendak saya. Selagi tidak dapat skrip yang bagus, saya tidak akan terbabit dalam sesebuah projek drama, filem mahupun teater.

"Terus terang, saya jarang jumpa skrip yang bagus ketika ini dan kalau jumpa yang bagus pun, keadaan pula tidak mengizinkan saya merealisasikan projek itu," katanya.

Sekalipun banyak berlakon drama, Nasir yang seangkatan dengan Sidi Oraza dan Shaharudin Thamby berkata, beraksi di pentas teater lebih memberi kepuasan padanya sebagai anak seni.

"Penggambaran drama perlu disiapkan dalam waktu yang cepat kerana mengejar waktu siaran di televisyen. Idea memang menarik tapi ia tidak dapat direalisasikan seperti dikehendaki pelakon. Malah, saya banyak buat drama kerana ingin menolong kawan-kawan.

"Skrip teater pula lebih menepati kehendak saya dan saya lebih puas berkarya. Sebab itu, saya berasa lebih puas beraksi di pentas teater berbanding drama. Malah, saya pernah terfikir ingin bersara kerana berasa perjuangan saya sebagai anak seni seolah-olah tidak dihargai," katanya.

Mengenai rumah tangganya, selepas bercerai dengan pelakon Azizah Mahzan, Nasir berkahwin buat kali kedua dengan Umi Kalsom Majid.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga anak yang semakin membesar, Mohd Naqib Nasirudin, 14; Mohd Akhalil Aizudin, 12 dan Nur Alia Maisara, 10 tahun.

Bagaimanapun, tambah Nasir, tiga anaknya itu lebih cenderung memilih bidang keagamaan berbanding lakonan.

"Saya juga menghantar mereka ke sekolah agama (pondok) dan impian saya untuk melihat mereka menjadi ulama bila dewasa nanti," katanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya yang aku nak cerita kan di sini ialah pasal cerita Cinta Si Penggali Kubur.

Korang tahu tak (mestilah tak tahu kan..) aku memang tak boleh lah nak ingat cerita ni. Kalau aku terkenang je, mesti mata ni dah berair. Kalau kenang lebih sikit je, mulalah hujan. Ni nak tulis entry ni pun, sedih bukan kepalang lagi, sayu betul!

Bayangkanlah cinta si penggali kubur, sayangnya dia pada isterinya tu.
Sayangnya dia pada arwah anak dia.
Sayang sangat.
Sayang sangat-sangat.
Terharu aku.
Walau pun cerita tu dah lama, kesannya memang terasa macam baru nengok tadi.
Ni air mata dah nak mengalir ni...

Kalau korang nak tengok cerita Cinta Si Penggali Kubur ni, korang pergilah link di bawah ni - ada part 1 sampai part 9, terima kasih kepada hazel2k yang upload. Tangkap leleh wei... hu hu hu.... tak tahan....

Cinta Si Penggali Kubur Part 1
Cinta Si Penggali Kubur Part 2
Cinta Si Penggali Kubur Part 3
dan sampai Part 9 kesemuanya...


Ni aku nak kongsi sikit snapshot cite tu... macam mana boleh tak sedih tengok ni.....?


24 comments:

  1. huhuhuhuhuhu.....memang sedih cita ni.....

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhuhu.....memang sedih cita ni.....

    ReplyDelete
  3. salam... mmg best cita tu.. banyak pengajaran.. tpi sedih sikit la...

    ReplyDelete
  4. macam tak pernah tengok je

    jadi tak paham

    nape dia nangis depan kipas angin tu?

    eja tu bini dia ke?

    dia pukul sapa tu?

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. nangis pulak pagi2 buta ni heheh..
    memang sedih.
    Tapi.. budak tu bukan anak betul dia kan akuni..

    ReplyDelete
  6. laki aku pun nangis bila nengok citer ni..
    tak usah la katakan aku..macam pili bocor..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Lek Fuhrer
    Muka dia macam muka koko dak?



    Faridmw
    Bukan sedih sikit.... sedih banyakkkkk....



    Wan
    Nengok le cite nyer, kang awak pun hujan gak...





    Neeza
    A'ah Neeza, tu anak pompuan tu tp pompuan tu tipu kata anak penggali kubur... sian, dia kan innocent...





    Atiza
    Meh kita sama-sama nangis...

    ReplyDelete
  8. Adeh, dah tengok dah.. tapi tak nangis pun.

    Macam hati kering jek daku kan akak. Hehehe


    Tapi tak paham la.. last2 tu kenapa dia hilang ingatan? Dia terima ke bini dia tu? Dia kawin ke dgn si Kiah tu?

    Wa.. cemana ni.. citer melayu tak paham. :p

    ReplyDelete
  9. lama tak singgah sini..

    Ubi pun dah tengok citer ni dulu... haish.. kalo bab cerekarama sedih2 ni, memang kena ready tisu!

    ReplyDelete
  10. Shafarina
    May be sebab tak tengok secara live kat TV tu yang tak paham.... sebab tak paham mmg tak nangis punyer...




    Ubisetela
    Saya jarang nengok cite cerekarama ni, entah macam mana suka betul tengok cite ni...

    ReplyDelete
  11. Memang sedih owh cerita ni.. siapa2 yg tgk pun boleh mengalirkan air mata walaupun dh beberapa tgk

    ReplyDelete
  12. Salam...ada sesiapa dintara kawan2 kita yg masih menyimpan telemovie ini. Tolong share sbb link diatas sudah tidak dapat diakses...PLEASE2

    ReplyDelete
  13. ada sambungan kan cerita ni.. tpa pew tajuk dia ek

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. tajuk kelanjutan drama ini yang saya dengar ialah SAYANG SALINA,sampai sekarang masih mencari file ini ...tolong upload kat youtube..

    ReplyDelete