Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 29, 2008

Orang yang tak disukai, masuk kolej dan ipar duai

Ni apa hal lak tak update lama nih?
Terima kasih di atas komen dan ucapan tahniah untuk entry sebelum ni.

1) Soalan:

Apa yang patut aku buat kepada 'orang yang aku tak berminat nak keep in touch' or 'orang yang aku try to avoid' tu?

a) Jangan jawab call/sms/email dia - just totally ignore him/her

b) Jawab call/sms/email - berterus-terang yang aku tak nak berkomunikasi dengan dia or what else should I say? Any idea?

2) Update:

Jumaat
Kalau ambik duit dari ATM, max RM1K je sehari. So, 25hb yg lepas (hari gaji + tunggakan gaji + merit) aku dan hubby ambik cuti. Kita orang pergi MBSA, office pemaju, pergi dentist, pergi mana lagi ek... tapi kesudahannya by the end of the day - aku dah buat cash payment (rm1k) + payment online sebanyak RM2250. Tupun sebab setakat tu aje online payment yang boleh aku buat, yang lain2 kena bayar cash/over the counter dan setakat tu je leh ambik dari ATM, so setakat tu je lah aktiviti membayar hutang untuk 25hb. Yg aku bayar tu pun tunggakan cukai pintu, tunggakan cukai taksiran, tunggakan fire insurance, tunggakan loan study mara, tunggakan apa lagi ek... tapi tunggak-tunggak aje lah... Eh, mana cukup duit nak bayar hutang kat mak, adik dan hubby? Lagi, duit keta bulan ni + tunggakan 1 bln pun belum bayar...

Nampaknya washing machine yang rosak tak leh full spin tu really has to wait. Begitu jugak dengan benda-benda lain yg tak berapa nak function dah tapi boleh digunakan lagi, kena gunalah sampai betul2 dan lingkup... so, ini bukanlah masa untuk nak enjoy, shopping sakan atau campak-campak duit...

Sabtu
Lain kali kan kalau you all ada anak sedara ke adik ke yang nak daftar masuk u ke kolej ke, toksah lah pergi mengantar sampai 4-5 bijik keta. Yg boleh masuk dalam dewan untuk mendaftar tu pun - dia sorang aje, tuan punya badan yang nak enroll tu. Yg 'pengiring-pengiring' ni bukan setakat meramaikan tempat pendaftaran, malah masalah tak de parking, jalan jem dan sebagainya.

Apa-apa pun, anak sedara hubby dah settle dah register kolej, bayar yuran semua, lepas tu hantar barang2 semua ke hostel dia, yang 3-4 bijik kereta pengiring tu pun datang lah menyinggah kat rumah aku.

Inilah unik nya family hubby. Suka meramai-ramaikan, aku pun dah biasa sejak dari kahwin lagi dan aku tak kisah kalau dia orang beramai-ramai datang lepak kat rumah aku untuk berehat dan makan. Kalau nak tumpang tidur pun aku welcome.

Lagi satu yang unik dengan dia orang ni, kalau nak ke mana-mana suka bawa bekal. Bukan setakat jalan jauh, kalau dekat2 pun macam tu jugak. Dulu masa aku dok kat ipoh, bila MIL&FIL datang makan kat rumah aku, kejap lagi sampai lah lagi 2-3 bijik kereta SIL or BIL ke rumah aku, sebabnya dia orang nak pergi rumah MIL&FIL tp sbb both of them lepak kat rumah aku, so yg lain-lain pun akan ikut lah datang ke rumah. Kalau dah datang tu, aku tak payah pun risau pasal makanan sebab biasanya dia orang pun akan bawak bekalan. So, makanan dari rumah aku + makanan yg MIL&FIL, SIL dan BIL bawa - akan jadi banyak lah.... baru best makan.

Samalah jugak kali ni untuk trip hantar anak sedara masuk kolej, biras aku ni (mak pada budak tu le) dah siap masak nasi dan lauk-pauk semua, siap bawak pinggan dan sudu, gelas etc (mungkin cadangan asal nak piknik kat luar tapi lepas tu tukar ke piknik kat rumah aku). Aku sebagai tuan rumah cuma buat air minum je. Aku tak berapa perasan berapa jenis lauk yang dia bawak sebab aku makan lambat - banyak weh air kena buat, entah berapa jug, yg panas, yg sejuk - tetamu 4 bijik kereta (satu drp nya kereta unser) tapi yang aku perasan ada lauk sotong sambal, ikan baung masak apa entah dan rendang tok (daging). Lepas tu ada SIL yg lain pulak top-up ikan sadin masak tomato, asam pedas ikan kembung dan rendang kerang. Lauk2 yg lebih semuanya ditinggalkan kat rumah aku - boleh buat makan hari ahad pulak tu! Alhamdulillah, rezeki tu!

OK, panjang sangat dah update ni. Bertemu di lain masa. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

p/s Sekarang ni suka dok dengar lagu ni - Don't Come Knocking nyanyian U2 Bono dan Andrea Corr.

Nak dengar klik kat sini.

9 comments:

  1. seronok kan, k.ahni..macam tu. masak asing2, bawak bekal ramai2 dan mkn ramai2. ehhe.. puas hati.

    ReplyDelete
  2. bagus bagus... tu la sama saling faham memahami antara keluarga.. saling menolong..

    lagi best kan sbb ada macam2 lauk pauk..

    ReplyDelete
  3. best tau family gitu...

    kalo makan ramai2 sure memang seronok..

    ReplyDelete
  4. takpe ahni.. settle hutang dulu.. enjoy kemudian kira..

    bab hantar anak ni, memang problem besar masa neeza kerja kat kolej dulu. Bab berapa kereta hantar tu neeza tak tahu sangat sebab asyik duduk dalam dewan aje kan. Tapi kes yang mak ayah nak sesama beratur dengan anak diorang.. adussss.. letih sangat sebab dewan tu dah la sekangkang kera aje.. bila ramai sangat masuk, jadi havoc lah pulak. Yang patutnya boleh settle cepat, jadi lah lambat... sebab nak melayang seribu 1 macam soalan.. Padahal, boleh aje tanya soalan tu masa sesi soal jawab... entahlah..

    ReplyDelete
  5. :) ok le tu siap bwk bekal.... senang hati tuan rumah...

    ReplyDelete
  6. family aku pun macam tuh..kalau balik kampung, mak aku (kalau bole) nak bawak satu rumah..siap susu la, nescafe la, teh la, ubat nyamuk la..berbagai..

    aku pun sebab dah kena train macamtu, bawak le balik lauk pauk ke rumah MIL..anak2 aku kan ramai..dah lain pulak jadinya..dia kata aku tak sudi makan masakan dia..

    ReplyDelete
  7. saya pilih a!!!!!!!!!


    oh, saya bukan jenis bawa bekal. nak bangun masak, space dlm kereta utk bekal, pinggan kotor.. leceh!

    ReplyDelete
  8. kalau naik bas, nak ngantar pun ramai ramai...hehhe

    ReplyDelete
  9. soalan 1 tu.... jawapan shud be (a) kut....

    biar settle segala hutang... tenang fikiran kita nanti....

    hubby punya side pun suka berbekal2camtu.... best tumpang semangkuk.... hehe.... if up to me, gi makan kedai jer...

    ReplyDelete