Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan.
Dah dapat tunggakan kenaikan selama 10 bulan ni jangan lah ingat aku nak enjoy pulak. Kan ekonomi aku sangat meleset sejak tahun lepas... so aku terpaksa lah korek dengan mak, adik2 dan guna kredit card sampai maximum. Dengan ada nya duit tunggakan ni dapatlah aku settle-kan sedikit sebanyak hutang aku tu, tapi tetap tak dapat nak langsaikan semua. Mungkin pada yang tak urgent nak guna duit tu, aku bayarlah separuh dulu, lepas tu sambung bulan2. Tengok lah macam mana, yang pentingnya hati aku pun dah terasa lega (walaupun duit belum masuk) dan jiwapun rasa lebih tenteram.
Syukur Alhamdulillah.
Kenaikan gaji aku kali ni pun rendah sebenarnya sebab peratusan kenaikan tu bergantung kepada markah interview dan exam kenaikan pangkat. Dari 12%, aku dapat 8%+ compared to a few of my friends yang dapat 10% (kebanyakkan staff dapat 10% lah). Mula2 tu aku sedih jugak. Aku tahu memang masa interview tu aku kantoi sikit. Markah exam pulak aku cukup2 makan aje tapi yang paling pentingnya - aku sedar itulah rezeki yang selayaknya aku terima! Bukan apa, aku dapat pencalonan untuk kenaikan pangkat pun aku terkejut sebenarnya. Ingat tak dulu aku selalu cerita yang aku tension kerja kat office ni, tak suka buat kerja safety, boss pulak begitu begini - so for the past 3 years aku memang agak 'demotivated', buat kerja pun ala kadar je. Tak sangka pulak selama yang aku dok 'lembap-lembap kura-kura' tu - selama 3 tahun tu jugak, boss recognized my works dan tiap2 tahun dia bagi aku prestasi A.
Jadi aku rasa sangat-sangat lah padan dan sangat-sangat berterima kasih - SYUKUR ALHAMDULILLAH.
BLACK & WHITE PHOTOPAGES CHALLENGE
Kalau nak vote untuk saya, sila pergi ke laman ini:
http://www.scrapbookflair.com/challengescrapbooks.aspx?GroupID=2570
tapi tak berapa sure kalau yg bkn member boleh access atau vote.
Gallery scrapbooks saya ialah:
http://www.scrapbookflair.com/akuni
Ahni, Tahniah. Seronok naik pangkat. Teringin juga tapi bila ya?
ReplyDeleteALhamdulillah atas rezeki...moga berlimpah2 lagi hendaknya...Amin...
ReplyDeleteseronok kan dpt naik gaji...
ReplyDeletedpt durian runtuh lah mcm ni ek?
Tahniah :) rezeki jgn ditolak... insyaAllah bleh naik motivasi lepas ni insyaAllah
ReplyDeleteTiba tiba rasa nak makan ayam NaNdO's kat SaCC tu ...
ReplyDeletejummmmm
rezeki tu ahni.. alhamdulillah.. elok lah niat nak settle hutang tu. ada orang, tak ingat hutang tapi terus enjoy sakan. lepas tu buat hutang lagi..
ReplyDeletesemoga rezeki ahni lebih bertambah.. Insyaallah..
tak paham lah maksud bukan member nak vote tu.. kena jadi member dulu ke?
ehem ehem
ReplyDeleteuntuk mentor scrapbook ni takde ape2 ker kak?
huhuhuhuhuu
syukur dapat kenaikan gaji.... rezeki tu, walaupun lambat....
ReplyDeleteEh dapat back dated kan.... wow, meletup! hehe
Tahniahhhhh...
ReplyDeletegood for you! you deserve the promotion pun tapi biasa la gomen..
ReplyDelete10 tahun baru boleh dpt promotion..
tak kisah la kalau salary increment sikit, at least better than nothing..
welcome to higher income tax bracket..tax byk giler..gua tak puas hati :(