Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, March 8, 2008

Tidak sihat

8 MAC 2008 - SELAMAT MENGUNDI

7 MAC 2008 - 16 MAC 2008 - SELAMAT BERCUTI SEKOLAH


Semalam (Jumaat), aku terpaksa ambil emergency leave sebab Adik demam. Sebenarnya dalam minggu ni dia on and off demam, tapi sebab malam khamis dah ada dialog ni, terpaksalah aku ambik emergency leave bila bangun pagi jumaat tu tengok badan Adik panas lagi:

Adik: "Ibu, kalau esok saya demam, boleh tak ibu cuti?"

Ibu: "Nape? Ibu ada kerja la esok. Kalau demam duduk la rumah nenek."

Adik: "Rumah nenek bising lah"

Rumah nenek tu sebenarnya rumah babysitter. Memang betul pun, kalau dah cuti sekolah, lagi lah riuh rendah sebab semua yang babysitter jaga ada kat umah dia. Kalau dah bising, tak boleh lah adik nak berehat selepas makan ubat demam.

Sebenarnya bila aku dah cuti emergency ni kan, pagi ada meeting, petang ada briefing terpaksa aku batalkan/postponed. Nasib baik lah tak urgent sangat meeting dan briefing tu.

Sebelah petang, Adik merengek-rengek, katanya perut sakit. Badan dia memang panas. Puas jugak aku dok jelom kepala dia dengan air.

Sebelah malam, aku pulak yang terasa macam nak demam dan menjelang tengah malam aku pulak yang sakit perut. Bukan sakit perut memulas tapi macam sakit kat dalam perut tu. Sepanjang malam tak dapat nak tidur. Baru terlelap sekejap dah perut tu sakit balik. Sakit tu macam on and off gitu.

Hari ni aku tak dapat ikut hubby balik kampung untuk mengundi. Dia balik dengan Abang aje. Aku dan Adik ada kat rumah ni. Pagi tadi lepas makan panadol aku tido sampai tengahari. Tahu lah kan kalau dah tak dapat tido malam, memang kepala sakit yang amat sangat.

OK, harap dapat sembuh cepat. Ni kat rumah ni memang boleh rehat habis....

3 comments: