Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, December 3, 2007

Cerita selepas balik kpg

Hari ni adalah first day my hubby kerja kat tempat baru. Selain dari debaran bertemu rakan sekerja baru, juga debaran sebab kena travel jauh.

Pada kebiasaannya bila balik kampung, kami mesti mengunjungi pasar malam Bercham Jaya pada hari sabtu petang. Dah 2-3 kali terserempak dengan Wahid Senario kat situ. Rumah dia kira area tu la.

Pada kebiasaannya juga, bila balik kampung, sebelum kami balik tu, kami akan settle kan kerja kami terlebih dahulu, contohnya pergi bayar bil ke, jumpa orang ke dan sebagainya. Lepas tu biasanya kami akan makan dahulu, samada breakfast atau lunch (kalau masa nak balik tu atau masa nak sampai tu dah kena time lunch) sebelum balik ke rumah mak mertua. Kemudiannya sebelah petang tu barulah kami pergi ke pasar malam. Kiranya macam satu kemestianlah kami pergi ke pasar malam setiap kali balik kampung.

Trip balik kampung yang terbaru ni, berlainan sedikit. Bila dah sampai kat perak tu my hubby pergi meronda-ronda dekat bandaraya ipoh dulu. Lepas lunch kat satu gerai mee kari special, kami pergi ke jaya jusco pulak. Dah penat meronda kat situ, kami pergi ke pasar malam. Masa kami sampai kat pasar malam tu dalam pukul 5.15 petang. Kebanyakkan gerai baru nak pasang meja… berbeza dengan kat shah alam, pasar malam dibukak awal, biasanya kalau masa kita balik kerja tu semua gerai dah bukak dah.

So, kami pun tak beli apa-apa lah kat pasar malam tu. Kami pergi beli dinner kat kedai mamak di tg rambutan sebelum balik ke rumah mak mertua.

Disebabkan kami sampai lewat, mak mertua pun dah nak ‘lari’ dah dari rumah dia. Kami jumpa dia dok menunggu kat depan rumah jiran. Dia tunggu kat luar rumah sebab jiran tu tak ada kat rumah. Tak tahu lah apa intention mak mertua. Tak tahulah apa perasaan hubby bila tengok mak dia kat rumah jiran tu. Aku pulak tak nak fikir apa-apa. Yang pentingnya aku nak masuk ke dalam rumah dan siapkan anak2 mandi, dinner etc.

Hari ahad, lepas breakfast aje, hubby dah suruh berkemas nak balik. Mak mertua tanya kenapa nak cepat balik? Aku cakap tak tahu, may be hubby ada kerja kot.

Dah siap semua, kami pun keluar dari rumah selepas bersalaman dengan mak mertua. Lepas tu kami singgah kat pekan tg rambutan. Samalah macam pasar malam bercham raya tu, dah jadi satu kemestian untuk kami singgah di pekan tg rambutan setiap kali kami balik ke kampung. Kadang2 tu tak beli apapun, cuma seronok berjalan-jalan.

Kemudiannya tu kami singgah pulak kat Tesco Extra kat Bercham sebab hubby nak jumpa kawan yang nak ke mekah. Oh, rupa-rupanya dia nak keluar cepat tu sebab nak jumpa kawan tu lah.

Dipendekkan cerita, kami lunch kat tesco extra tu dan pukul 4 lebih baru kami sampai shah alam.

5 comments:

  1. salam,

    err..kat rmh mak mertua tu tak de org lain ka?

    saya doakan ahni dpt balik perlis nanti. amin :D

    ReplyDelete
  2. helena pun ada perancangan utk bulan disember ni.... harap2 both our plans menjadik....

    ReplyDelete
  3. mintak2 dptlah cuti hujung bulan ni ye n selamat bercuti...

    ReplyDelete
  4. Kak Long
    Tak ada la... selalu siang dia duduk sorang2, lps tu sebelah malam pergi tido rumah anak (ikut mood dia la nak tido rumah anak mana), kdg2 dia tido rumah sebelah (jiran- yang duduk sorang2 jugak)



    Helena
    Cuti-cuti malaysia ya.... semoga tercapai hasrat kita tu.



    Mama Ranggie
    InsyaAllah dapat bercuti.

    ReplyDelete
  5. wow ahni!

    mee kari special kat Ipoh, teringat juga. Ahhhh teringat mee kari apa nak buat,kat sini buat mee pakai sphagetty, murah.Visit my profile

    ReplyDelete