Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, November 25, 2007

Larangan Cuti Sekolah

Abang dan adik hanya dibenarkan main game masa cuti. PC games boleh main masa cuti hujung minggu dan PS games boleh main masa cuti sekolah. Masa lain tak boleh sebab memang aku control dua orang ni. Tak nak ralit sangat main game sampai tak peduli pada pelajaran.

Tahun lepas prestasi Abang pada tahap paling baik. Dia dapat tempat kedua. Hubby pun dah janji nak hadiahkan basikal kalau dapat nombor 1-10. Seronoknya dia dapat naik basikal tu. Pergi-balik sekolah agama dia tak naik kereta pengasuh lagi tahun ni, dia naik basikal. Dah 2 kali dia 'eksiden' tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.

Tahun ni aku tak berapa strict sangat dengan Abang. Aku tak nak kongkong dia sangat. After all dia dah naik darjah 4 dan dari darjah 1 hingga darjah 4 pelajaran dia baik.

Sayangnya tahun ni pelajaran dia merosot dengan teruk. Bila aku suruh dia belajar, memang dia duduk kat meja belajar dia tapi bukan dia belajar/mengulangkaji pelajaran tapi dok lukis transformer la, lukis dinosour, lukis macam-macam lagi. Dia over-confident. Akhirnya tahun ni dia terkeluar terus dari senarai 1-10.

Sebenarnya aku tak kisah sangat. Walaupun merosot tapi result dia ok lagi lah. Cuma aku nak dia 'belajar'. Aku tak nak dia fikir, pelajaran bagus dan pelajaran tak bagus tu tak ada bezanya. So, aku 'mendenda' dia orang, Abang dan Adik, kedua-duanya tidak dibenarkan main game, samada PC atau PS sepanjang cuti sekolah ni (tengok jugak lah kalau dia orang behave, may be next month boleh bagi main balik)

Selama ni pun aku bukan paksa dia orang study siang malam. Aku bagi kelonggaran, bukan tiap2 malam pun dia orang kena ulangkaji. Biasanya sebelah malam tu aku akan tanya "Ada kerja sekolah tak?" Kalau ada homework, aku suruh dia orang buat, kalau tak ada, boleh relax, tengok TV. Make sure buku dah susun untuk jadual waktu esok hari. Itu saja. Bukannya aku demand sangat.

Sekarang ni biarlah dia orang 'belajar' dari pengalaman tahun ini. Aku nak dia orang tahu, kena usaha baru ada ganjaran. Kejayaan tak datang dengan begitu mudah. Kita tengok macam mana dia orang tahun hadapan. Aku harap dia orang sedar, kena belajar dengan tekun, baru boleh dapat hasil. Jangan over-confident. Jangan perasan kata pandai sangat.

9 comments:

  1. Hi ahni.... rupanya sama cabaran kita tahun ni... Anak terkeluar dari top 10, gara2 melukis time belajar.

    Takpala, hopefully both our children learnt from it positively... (altho i still have prob suruh anak buat homework dia.... sighh...)

    ReplyDelete
  2. It's a challenge to balance between trying not to put unnecessary burden/pressure on the kids and at the same time wants them to excel in their studies while letting them enjoy their childhood days. I think education system has been putting so much emphasis on exam results - makes me worry that one day my kids may become robots.

    ReplyDelete
  3. HukHukHuk

    Saya tak boleh la akak, saya strict pun Papa diorang manjakan bebudak tu.

    Tak taulah nak buat macam mana lagi.

    ReplyDelete
  4. begitulah betapa susahnya nak mendidik anak2..kite sebagai ibu kena sabar..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Semoga doa dan usaha ahni utk membesarkan anak2 sehingga berjaya dikemudian hari dimakbulkan olehNya. Amin.

    ReplyDelete
  7. Helena
    Itulah, bukan saya demand sangat tapi nak dia orang tunjuk effort dalam belajar.


    Ordinary Superhero
    Saya tak kisah kalau dia orang tak dapat nombor yang baik dalam kelas, dengan syarat mereka telah pun berusaha dengan tekun. Yang saya terkilan sebab dia orang banyak main, walaupun masa exam, dah over-confident tengok exam yang lepas2 tu result bagus.


    Wan
    'Manja' pun ada hadnya kan... yang saya nak pentingkan tu adalah kena kuat berusaha. Jangan malas dan asyik rasa selesa aje.



    Mama Ranggie
    Cabaran yang kita kena lalui dengan penuh kegembiraan sebenarnya... kerana kita ada anak, kurniaan Allah yang tidak ternilai...


    Jubeiz
    Ya... saya tunggu cerita awak dan anak2 awak pulak....

    ReplyDelete
  8. Diyana
    Kongkong sangat pun tak boleh, lepaskan sangat pun tak boleh, kena ikut keadaan semasa la kot...

    ReplyDelete