Weekend demam pulak, demam biasa aje, demam batuk dan selsema.
Isnin hari tu belum sihat lagi tapi kena jugak pergi kerja sebab ada meeting besar pada hari selasa. Sibuk sibuk sibuk. Sampai kena bawa kerja balik rumah.

Ini semua gara-gara 2 kali tukar boss pada tahun ni saja. Maknanya aku dah ada 3 boss sepanjang 2007 ni. Mula-mula tu Jan-March, boss yang lama la, yang sejak dahulu kala jadi boss aku. Lepas tu dari April tukar boss baru. Seronok + leceh bila tukar boss ni sebab ambil masa jugak dia nak ambil tahu semua hal di bawah jagaan dia. Boss baru pun banyak ambil inisiatif nak belajar dan memahami tanggungjawab department kami.
Elok2 boss tu dah familiar, dah nak settle down, tup tup bulan September kena tukar boss lagi! Tu yang letih tu... apa gila ke top management company aku ni?
Bila ada meeting besar macam semalam tu, jenuh la kami nak cover untuk dia... aku la yang teruk sebab aku paling senior, aku la kena tolong tengok kan almost every report yang nak kena table to the meeting. Meeting ni pasal kualiti, kalau you all semua ingat, aku kan ke sekarang dah FULL TIME BUAT KERJA SAFETY. So, aku dah tak ada kena mengena dah pasal kerja kualiti tapi nak kena cover boss baru punya pasal, aku jugak la kena make sure semuanya in order.
Yang paling aku bengang sebab boss terbaru ni macam tak ada inisiatif nak ambil tahu. Semua nak kena spoon feed. Buat masa ni aku layan aje la, kalau dah tak tahan nanti aku nak sound je kat dia. Ala, dah tahu dah, mesti dia guna ayat lazim dia tu "You dah lama kat sini, you paling paham"
Huh, hello? Walau pun aku yang paling berilmu pengetahuan kat department tu tapi kerja tu bukan bidang aku lagi tau!
sabau cik ahni, kang tak semena2 naik darah tu kang..
ReplyDeletenama pun boss, ikut sedap depa je nak kasik keje kan.. tak tengok workload orang..
tulaa dia...sekali air bah, sekali pantai berubah..
ReplyDeletebesabau aje laa...
marah betul akak kite nih...sabar je lah...mama pon bakal dapat bos baru...hehehe,x tau lah plaks mcm ne die nanti...
ReplyDeleteBanyakkan bersabar. Buat apa yang dia suruh. Lagipun dia kan baru lagi kat department tu. Banyak benda dia nak belajar. You kena la tunjuk ajar kat dia. Bila dia dah tau macam2 nanti, mesti dia akan berterima kasih pada you. At the end, senang la you nak naik pangkat nanti. Think positive.
ReplyDeletesabo kak sabo.
ReplyDeletetukar2 bos mmg gitu ler. sy ni tahun ni dah 3 kali tukar.
macam2 peel ada. layan ajerlah.
Mulan
ReplyDeleteTengah sabau banyak-banyak le ni...
Mak Lang
Tak lama lagi maybe akan air bah lagi (tukau boss paling besar pulak).
Mama Ranggie
Kita hanya mampu harapkan yang terbaik tapi kalau tak dapat tu nak buat macam mana kan....
Jubeiz
Setakat ni memang buat sabar aje lah pun, try to think positive also... thanks.
Wan
Harap-harap dapat lah pindah....