Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, September 1, 2007

Pertunjukan Bunga Api Malam Merdeka

Masa duduk kat Ipoh dulu, malam merdeka tu biasa aje la, macam malam-malam yang lain, bila ngantuk masuk tidur le. Masa mula2 dok Shah Alam (Seksyen 17) kami terkejut di tengah malam mendengar bunyi dentuman yang sayup. Ada pertunjukan bunga api rupanya.

Masa duduk kat Sekyen 10 pulak, dentuman di tengah malam bukan main kuat lagi. Rupanya tempat cucuh bunga api tu hanya jarak berjalan kaki dari rumah aku. Tahun depan nya tu, malam merdeka ada dua tiga orang kawan hubby datang bawa family lepak kat rumah aku;

"Nak tumpang tengok bunga api"

Seronok jugak tengok bunga api ramai2.

Tahun lepas pulak, kawan hubby ajak pergi ke kawasan berbukit kat Putra Height untuk tengok bunga api. Best jugaklah dok situ, walaupun bunga api nampak dari jauh aje tapi boleh nampak dari banyak arah. Sebelah utra, selatan, timur dan barat. Putrajaya, KL, Subang dan mana lagi entah.

Malam merdeka tahun ni merupakan pengalaman baru bagi aku. Lebih kurang jam 11.15 malam, kami sekeluarga keluar dari rumah. Adik dah tidur tapi aku kejutkan dia. Alhamdulillah tak ada masalah nak bangun. Suasana di Shah Alam agak sibuk. Kereta lebih banyak dari masa nak pergi kerja pagi-pagi. Motor memang nampak banyak sungguh. Mat-mat rempit bersikap patriotik, menunggang sambil membawa bendera dan membunyikan hon. Adik-adik yang berbasikal pun ramai sekali. Ikat bendera pada basikal dan berbasikal sambil membunyikan loceng kring kring kring Meriah. Seronok pulak rasanya. For once aku rasa ada kat Malaysia sebab sebelum ni baik hari minggu mahupun hari pasar malam, yang berselisih bahu tu ramai lagi pekerja asing dari orang malaysia.


Kami memilih satu port baik, betul2 di bawah fly over SUK, berhadapan dengan Masjid Shah Alam. Kereta semakin banyak menjelang tengah malam. Trafik masih terkawal. Bunyi hon motor diselangseli dengan bunyi loceng basikal.

Tepat pukul 12 malam, kedengaran berdentum-dentam. Bukan bunyi bunga api. Bunyi mercun. Lebih kurang 10 minit berlalu masih belum ada apa-apa. Hampir kecewa bila akhirnya kedengaran dentaman yang pertama dan percikan bunga api menghiasi langit.

Semasa pertunjukan kereta-kereta yang sedang di jalan raya hampir tidak bergerak kerana ramai pemandu memberhentikan kereta/memperlahankan kereta untuk turut menyaksikan pertunjukan di langit.


Video bunga api
*maaf handphone murah jer, gambar x de kualiti



Selesai pertunjukan bunga api, jalan raya menjadi sungguh sesak. Kita datang pada masa yang berlainan tapi bersurai pada masa yang sama. Aku yakin tidak semua yang balik terus ke rumah. Kami juga singgah di kedai mamak untuk secawan teh tarik........

No comments:

Post a Comment