Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, September 1, 2007

Malam-malam Merdeka

Masa duduk kat Ipoh dulu, malam merdeka tu biasa aje la, macam malam-malam yang lain, bila ngantuk masuk tidur le.

Masa mula2 dok Shah Alam (Seksyen 17) kami terkejut di tengah malam mendengar bunyi dentuman yang sayup. Ada pertunjukan bunga api rupanya.

Masa duduk kat Sekyen 10 pulak, dentumandi tengah malam bukan main kuat lagi. Rupanya tempat cucuh bunga api tu hanya jarak berjalan kaki dari rumah aku. Tahun depan nya tu, malam merdeka ada dua tiga orang kawan hubby datang bawa family lepak kat rumah aku;

"Nak tumpang tengok bunga api"

Seronok jugak tengok bunga api ramai.

Tahun lepas pulak, kawan hubby ajak pergi ke kawasan berbukit kat Putra Height untuk tengok bunga api. Best jugaklah dok situ, walaupun bunga api nampak dari jauh aje tapi boleh nampak dari banyak arah. Sebelah utra, selatan, timur dan barat. Putrajaya, KL, Subang dan mana lagi entah.

Malam merdeka tahun ni merupakan pengalaman baru bagi aku. Lebih kurang jam 11.15 malam, kami sekeluarga keluar dari rumah. Adik dah tidur tapi aku kejutkan dia. Alhamdulillah tak ada masalah nak bangun. Suasana di Shah Alam agak sibuk. Kereta lebih banyak dari masa nak pergi kerja pagi-pagi. Motor memang nampak banyak sungguh. Mat-mat rempit bersikap patriotik, menunggang sambil membawa bendera dan membunyikan hon. Adik-adik yang berbasikal pun ramai sekali. Ikat bendera pada basikal dan berbasikal sambil membunyikan loceng kring kring kring Meriah. Seronok pulak rasanya. For once aku rasa ada kat Malaysia sebab sebelum ni baik hari minggu mahupun hari pasar malam, yang berselisih bahu tu ramai lagi pekerja asing dari orang malaysia.


Kami memilih satu port baik, betul2 di bawah fly over SUK, berhadapan dengan Masjid Shah Alam. Kereta semakin banyak menjelang tengah malam. Trafik masih terkawal. Bunyi hon motor diselangseli dengan bunyi loceng basikal.

Tepat pukul 12 malam, kedengaran berdentum-dentam. Bukan bunyi bunga api. Bunyi mercun. Lebih kurang 10 minit berlalu masih belum ada apa-apa. Hampir kecewa bila akhirnya kedengaran dentaman yang pertama dan percikan bunga api menghiasi langit.

Semasa pertunjukan kereta-kereta yang sedang di jalan raya hampir tidak bergerak kerana ramai pemandu memberhentikan kereta/memperlahankan kereta untuk turut menyaksikan pertunjukan di langit.



Selesai pertunjukan bunga api, jalan raya menjadi sungguh sesak. Kita datang pada masa yang berlainan tapi bersurai pada masa yang sama. Aku yakin tidak semua yang balik terus ke rumah. Kami juga singgah di kedai mamak untuk secawan teh tarik........

10 comments:

  1. eeiiyy...tak dapat bayangkan trafik jam kat sana tu..esp tang2 sambutan merdeka. tapi mesti syok kan..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. boleh tumpang tgk bunga api jugak!!

    salam merdeka Ahni!

    ReplyDelete
  3. Waa.. seb baik akak upload vid bunga api, merasalah jugak tengok.

    Kita kat sini dengar bunyi jek. Kengkadang dari UKM, selalunya entah dari mana. Sebulan plg kurang sekali ada bunga api. :)

    ReplyDelete
  4. Sana sini ada bunga api kan? meriahnya satu.... erkkk tak membazirke?

    ReplyDelete
  5. wah,syoknye...thn ni k.ahni dpt gak tgk percikan bunga api ek. tak tau pun sana sini org dok pasang bunga api tuh. yg ume tau, kat putrajaya jek. so..mlm merdeka sbb maleh nak bersesak, ume just dok umah je. ehehe.. woh,kat bukit putra heights tu pun bleh nampak bunga api ek? ume kena try tengok la pada thn2 dpn ni.

    ReplyDelete
  6. Mulan
    Nasib baik kat shah alam ni, jem pun jem manja, tak macam kat KL nu, jem sungguh-sungguh!



    Ubisetela
    Nampak ka video tu? Pasal apa la saya sendiri tak nampak, setting IE ni kot.... Salam Merdeka Ubi!



    Wan
    Terkejutkan bila dengar bunyi dentum2, kalau tengah tidur lagi la terkejut. Anak saya dulu siap nangis-nangis lagi



    Helena
    Memangpun membazir, kalau derma kat anak yatim tu lagi bagus.


    Umeboshi
    Betul, memang nampak dari beberapa arah. Try la next year.....

    ReplyDelete
  7. Thanx sebab masukkan video clip tu.
    At least pB boleh la tengok..

    Tak pie pun malam tu.
    Asyik dok tanya nak g ker, nak g ker..
    last last lepak depan tibi jer

    B4 puasa, jom lepak makan makan.
    Kat seksyen 18 ni, OLE OLE dah nak bukak ...

    ReplyDelete
  8. Lollies
    Ala... chian nyer die...... bukan hang dok kat mesia ka la ni....


    PB
    Nampak gaya nyer tak dapat kot nak JJCM sebelum puasa sebab saya ada 'dateline' a.k.a banyak hari lagi posa tak cover lagi wei....

    ReplyDelete
  9. bunga api kat shah alam tu aku boleh nampak dari rumah aku...

    ReplyDelete