Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, August 31, 2007

Catatan Part II

Entah kenapa tak ada mood pulak nak sambung catatan ni, cuma quick update; report mengenai 'kecaiaran milo' (as Diyana quoted), Abang telah buat report:

"Milo yang Ayah buat sama macam yang ibu buat"

Wednesday, August 29, 2007

Catatan Part I

Catatan 27 Ogos 2007 Jam 10.31 malam

Tengah menaip kat laptop ni ha, sambil menonton TV1. Sorang-sorang la apa lagi. Kat rumah rehat Gerik. Bayaran RM80++ semalam. Esok pagi-pagi lagi dah nak check-out. Lepas tu pergi sarapan. Lepas sarapan barulah pergi ke sekolah yang berkenaan.

Tadi pergi dinner kat satu restoran tu. Namanya restoran haji ad@m. Kami bertiga aje. Myself, kakak coordinator dan driver. Masing2 order lah nasi goreng kegemaran masing2. Lepas tu aku order satay 15 cucuk. Dah selesai makan nasi goreng, satay belum sampai lagi. Tunggu sekejap. Pastu malas dah nak tunggu, kami pun bayar nasi goreng. Masa bayar tu kami cakap la dengan adik waiter tu kata nak cancel order satay, adik waiter tu cakap kena beritahu kat pakcik satay tu sendiri. Ekeleh... lepas dapat duit baki kamipun blah aje terus, tak kuasa nak beritahu kat pakcik tu. Itu namanya tak ada rezeki makan satay.

Okaylah, nak ulangkaji sikit tengok apa nak cakap kat budak2 sekolah esok pagi.

Best nyer kalau dapat connected malam ni tapi rumah rehat mana ada wifi wei....

......catatan ni akan bersambung

Monday, August 27, 2007

Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah Surah

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 


Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah Surah


(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.


Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
>Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari
>perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-
>orang yang setempat dengannya.
>
>(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
>Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
>Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
>rezeki yang murah.
>
>(20) SURAH MARYAM (Maryam)
>Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan
>di akhirat.
>
>(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya
>ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
>Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-
>tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
>akalnya akan sempurna.
>
>(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
>Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan
>mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
>
>(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
>Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
>Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya
>lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya
>akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari
>kecurian dan serangan musuh.
>
>(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi
>yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari
>Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang
>ramai.
>
>(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
>Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu
>air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
>dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
>
>(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
>Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
>senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
>berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
>
>(28) SURAH AN-NAML (Semut)
>Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal
>kepadanya.
>
>(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
>Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka
>tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51
>hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
>sempurna dan budi pekertinya akan halus.
>
>(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
>Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
>membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
>
>(31) SURAH AR-RUM (Rum)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang
>hendak menzaliminya.
>
>(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
>penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
>ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
>
>(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
>kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-
>gala penyakit ruhani dan jasmani.
>
>(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya
>ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa
>membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
>membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(35) SURAH SABA' (Saba')
>Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
>terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
>
>(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan
>memberkati perniagaannya.
>
>(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
>Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
>dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
>akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
>hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
>surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
>maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
>itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku
>ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
>Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
>hajat dan cita-citanya.
>Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
>berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
>bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
>Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
>nescaya akan maju perniagaannya itu.
>Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
>pada malam itu, mesti ia mati syahid.
>Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
>nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
>seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
>mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
>ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
>surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
>tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
>
>(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
>Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada
>gangguan jin.
>
>(39) SURAH SHAAD (Shaad)
>Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat
>kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat
'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

Outstation lagi...

Oh yea…. cuti sekolah dah habis…so back to school ya murid-murid.

Ada yang berjalan sakan tapi kami tak pergi ke mana-mana pun. Itu yang boring tahap gaban tu. Setakat dok berulang-alik pergi Alam Sentral, SACC, Kompleks PKNS. Boringnya. Ayah dia pulak hari Sabtu pergi opis, hari Ahad pergi tolong kawan yang berpindah rumah. Bila ayah dia tak ada, pendek lah sikit kaki kami, pergi yang dekat2 aje lah…. Ada hikmahnya jugak, hari sabtu & ahad aku berkemas rumah sakan, cuci sawang, cuci kipas, sapu lotion kat perabut (jati), pindah sofa ke sana, pindah meja ke sini…. biasalah, hobi orang perempuan.

Hari ni aku nak kena outstation lagi. Tidur kat Gerik. Program tu esok pagi. Petang esok dah balik ke Shah Alam dah. Aku terkenangkan trip aku ke JB baru-baru ni. Masa tu kenalah minta bantuan hubby untuk siapkan anak2 ke sekolah. Balik dari JB, aku pun interview lah dia orang, macam mana? Ok ka ayah?

Yang kelakar nya tu Adik cerita Ayah buat milo (untuk sarapan sebelum ke sekolah) CAIR…. Adik kata dia nangis (bukan melalak pun, cuma meleleh air mata, sikit aje tu). Hai budak2 ni, ayah buat milo cair pun dah sedih. Masa tu baru teringat kat milo yang ibu buat ya….

Nanti nak kena pesan kat hubby sukatan untuk buat milo dia orang esok pagi….. heheheh

Thursday, August 23, 2007

Cuti Sekolah

Boringnya aku ni cuti sekolah tak cuti/jalan-jalan pulak.

Sebenarnya last week aku dok plan sabtu pagi tu nak pergi tengok kawan yang nak fly ke Bahrain dengan hubby dia. Duduk sana 2 tahun sebab hubby dia dapat kerja kat sana. Lepas tu nak pergi ke melaka nak tengok mak saudara yang sakit dan baru kematian anak (sepupu aku la tu). Arwah sepupu aku tu sebaya dengan aku. Lepas tu nak pergi lepak kat PD satu malam. Boleh lah mandi-manda bagai. Esoknya tu hari Ahad on the way nak balik ke shah alam kami nak singgah senawang untuk makan kenduri.

Tapi.... semua tu hanya angan2 belaka sebab



sabtu pagi tu masa aku dok sibuk kemas2 baju, siapkan apa yang patut, hubby buat lambat2 pulak. Tak nak bangun awal. Lepas tu cakap kata pergi lewat sikitlah sebab dia letih (buat apa?) dan nak rehat. Aku masa tu dah la tengah bulan mengambang. Rasa bengang dah multiple by 3. Terus je aku cakap kat anak2 suruh tukar pakaian dari pakaian jalan2 kepada pakaian basahan. Aku cakap tak jadi nak ke mana-mana. Baju yang dah kemas dalam beg tu pun aku keluarkan.

Lepas tu puas jugaklah hubby pujuk macam-macam. Aku cakap aku dah buat keputusan tak nak pergi, so tak nak pergilah.

So, bye bye to my friends yang nak fly tu. Ada rezeki jumpalah lagi kita. Makcik, ada rezeki nanti saya pi jengok ya.





Jangan sekali-kali kacau orang pompuan yang tengah bulan mengambang..................................

Wednesday, August 22, 2007

Outstation

Kalau korang nak tahu, dari awal tahun ini, baru bulan ogos ni aku kena pergi outstation (kerja). Sebelum ni, paling jauh pun aku pergi setakat PJ aje. Last week aku kena pergi JB untuk menghadiri konvensyen ini:




Pergi 16hb. pagi dan balik 17hb. tengahari. Itu yang tido semalam kat sini (dah cerita kat entry sebelum ni):


Tempat kerja aku hantar 3 kumpulan ke konvensyen kali ini. Ahli kumpulan tak stay for dinner pada 16hb. malam sebab 17hb. pagi ada function pulak kat HQ, yang ada pun cuma wakil kumpulan dan wakil dari cawangan. Dengan tak disangka-sangka salah satu kumpulan telah mendapat tempat ke-2 dalam konvensyen tu! Alamak! Wakil kumpulan tu cuma 2 orang sahaja, macam mana ni? Kesudahannya kami kena lah menyamar… heheheh… kena naik pentas, salam dengan menteri. Kalau kumpulan lain semua pakai uniform @ baju sedondon,, kumpulan penyamaran kami ni macam2 warna dan rupa ada. Tak kisahlah… belasah je.....


Minggu depan kena outstation lagi. Kali ni kena pergi Gerik pulak. Ada tak kawan-kawan blogger dari area sana?

Monday, August 20, 2007

Lang

Last 2 weeks pergi ke Langkawi. Syukur Alhamdulillah program kali ini menyeronokan walaupun ada jugak perkara-perkara yang spoil kan mood kami.


Anak takut nak bagi makan kat rusa. Suruh berdiri sebelah pun susah. Bukan nak buat apapun, cuma nak ambil gambar aje. Rusa tu pun cekik darah, kalau makanan ada kat tangan baru dia datang dekat kita.



Beli tiket feri. Besar dah area beli tiket ni. Dolu-dolu masa aku kecit lagi tak ada la macam ni pun, macam pekan koboi aje. Masa kecik aku datang lepak rumah kawan parent kat pulau ni. Masa tu apa yang ada kat sini? Tak femes pun.


Shopping sakan (apa yang sakan nya tu, tengok kat kaunter bayar tu, baru 3-4 set sudu dan sudip). Eh eh budak kecit tu, perasan artis ke apa....



Sini kat taman burung tapi nape gambar ikan koi pulak ek... betul ke taman yang kami masuk ni?


Inipun kan taman burung jugak tapi nampak kancil lah pulak, eh kena tukar namalah taman ni.

Mmmm.... ni baru nampak burung kan......

Tempat istirehat kami selama 2 malam.

Saturday, August 18, 2007

Konvensyen ICC Kebangsaan

Telah menghadiri konvensyen ini (sebagai penyelaras kumpulan) pada 14-16 Ogos 2007.
Ada satu kumpulan dari tempat kerja yang masuk bertanding.



Dari HQ pun ada satu kumpulan. Tak sangka pulak kumpulan tu dapat no. 2.
So, aku menumpang sekaki bergambar dengan menteri.



Semasa di johor, kami menginap di Mutiara Johor Bahru yang terletak bersebelahan Holiday Plaza. Ni gambar bilik yang KakNi duduk. Memang luas dan selesa sangat lah dan harga pun berpatutan sebab corporate rate. 





Melawat Busu di JB

Bila dah sampai ke JB (cerita di sini), mestilah nak ambil kesempatan untuk berjumpa dengan family Busu Azis dan Busu Timah.


Bersama Busu Timah dan anak Kak Nor.




Bergambar di depan Johor Convention Center di JB bersama Busu Azis dan Busu Timah.



Busu ni maksudnya sama dengan Paksu atau Maksu. Busu Timah @ nama sebenarnya Fatimah Mat Dom adalah adik bapa yang bongsu. Dulu Busu sekeluarga menetap di Singapore tapi sekarang dah menetap di JB. Anak2 Busu (sepupu saya) pula bekerja dan menetap di Singapore. Dulu masa saya belajar di UTM Skudai memang selalu berkunjung ke rumah Busu di Woodland. Terlepas rindu nak jumpa Busu! Walaupun sekejap tapi berbaloi!

Friday, August 17, 2007

I am here Thursday-Friday





Sayangnya bilik yang besar, selesa dan cantik ini hanya dihuni oleh aku seorang.

(kalau manusia aku seorang ajelah, kalau makhluk di alam ghaib tu Wallahualam, depa ada di mana-mana kan... heheheh... aku tak kisah....)

Bestnya kalau boleh bawa family bersama.

Sengaja............

Memang sengaja aku tak highlight nama mak (nama penuh lagi) dalam keratan akhbar previous entry aku ni.... heheheh....

Wednesday, August 15, 2007

Baru Ada Masuk Paper 1

4th August 2007



Saudara baru bukti kemampuan




Johan Tilawah Saudara Kita ingatkan belajar al-Quran mesti berguru

MAJLIS Tilawah al-Quran bukan tempat untuk bertanding menunjuk kehebatan, sebaliknya sebagai medan menguji kemampuan qari serta qariah menyampaikan bacaan ayat suci al-Quran dengan tajwid yang betul dan secara berlagu.

Johan Tilawah al-Quran Saudara Kita kategori terbuka, Amran Abdullah, 44, berkata menyertai tilawah juga dikira sebagai ibadat dan cara berdakwah untuk menggalakkan orang ramai supaya belajar ilmu membaca al-Quran dengan betul.

“Jangan lihat pada hadiah ditawarkan tetapi peluang yang disediakan kerana kita mungkin boleh membaca tetapi sejauh mana ilmu yang kita ada. Majlis tilawah adalah antara medan untuk kita menguji kemahiran serta ilmu yang dimiliki.

“Selain memberi peluang kepada saudara baru, Majlis Tilawah Saudara Kita 2007 juga adalah cabaran kepada orang lama dan orang baru sama ada yang baru memeluk Islam atau dilahirkan Islam untuk menilai diri mereka,” katanya.

Katanya, walaupun sudah banyak menyertai tilawah al-Quran sama ada pada peringkat agensi, daerah dan wilayah, beliau masih mahu terus belajar dengan mereka yang pakar dalam bidang pembacaan al-Quran untuk meningkatkan mutu bacaan.

Amran yang bertugas sebagai Inspektor Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, berkata ini adalah pembabitan kali kedua beliau pada Majlis Tilawah Saudara Kita 2007 dan tidak menyangka akan menjadi johan.

Sambil melahirkan kesyukuran, beliau berkata, tuah yang menyebelahinya kali ini adalah berkat kesungguhannya sentiasa berlatih dan hasil pembabitan dalam majlis tilawah peringkat daerah yang diadakan baru-baru ini.

Beliau yang mewakili daerah Seremban mendapat tempat ketiga pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Negeri Sembilan yang diadakan bagi mencari wakil qari dan qariah negeri pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini.

Amran yang mendapat tunjuk ajar daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Seremban (MAIS), Samsuddin Abdullah yang juga bekas qari dan hakim lagu dari Negeri Sembilan berkata, belajar al-Quran perlu berguru.

Beliau berkata, mereka yang ingin belajar al-Quran juga perlu bijak memilih guru yang benar-benar layak kerana membaca al-Quran dengan betul akan mendapat ganjaran pahala dan jika tersalah baca boleh mendatangkan dosa.

“Cadangan saya kepada saudara baru atau mereka yang ingin belajar al-Quran supaya belajar dengan guru yang layak. Membaca al-Quran mempunyai tertib tertentu, bukan main baca atau baca ala kadar saja,” katanya.

Sementara itu, peserta dari Perak, Leha Itam, 16, yang diumumkan sebagai johan qariah kategori terbuka melahirkan kesyukuran kerana dapat menyampaikan bacaan dengan baik dalam percubaan kali pertama menyertai Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007.

Murid Tingkatan Empat Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah Kampung Kenang, Sungai Siput, Perak itu berterima kasih di atas sokongan dan bimbingan yang diberikan guru sekolah serta keluarga.

Beliau yang mempelajari al-Quran sejak kecil berharap pembabitan dalam tilawah al-Quran akan menarik minat remaja saudara baru untuk mendalami ilmu al-Quran dan meramaikan lagi jumlah qariah yang mampu menyampaikan bacaan dengan baik.

“Selain minat, saya juga kagum dengan dua rakan iaitu Yusni dan Atirah yang boleh membaca al-Quran secara berlagu dengan bagus sekali. Saya ingin setanding mereka dan untuk itu saya akan belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi pendakwah.

Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007 anjuran Nusantara Gems Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Johan qari dan qariah kategori terbuka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah dan piala pusingan Sultan Ahmad Shah serta piala pusingan Sultanah Kalsom. Hadiah disampaikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid,

Naib johan dan tempat ketiga qari kategori terbuka disandang peserta dari Kelantan, Mohd Shahrul Nizam Jerry dan Ahmad Rizal Fauzi. Naib johan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000.

Johan qariah kategori terbuka menjadi milik peserta dari Perak, Leha Itam; naib johan, Rabiatul Adawiyah dan tempat ketiga, Salemi @ Lim Eng Mui Abdullah.

Johan qari kategori millenium ialah peserta dari Pahang, Joha Achoi; naib johan, Mohd Assamarkandhi Lee Abdullah dan tempat ketiga, Ahmad Rizal Fauzi.

Johan qariah kategori millenium disandang peserta dari Indonesia, Nurida Labora, naib johan menjadi milik Nur Athirah Elsic Jian dan tempat ketiga, Nur Jannah Fatro.

Johan qari dan qariah kategori millenium masing-masing menerima hadiah piala pusingan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, wang tunai RM5,000 dan tiket umrah. Naib johan menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga, RM1,000.

Bagi kategori orang kurang upaya (OKU), johan tahun lalu, Muhammad Lee Abdullah mengekalkan kejuaraan buat kali kedua. Beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan piala pusingan.

Buat kali pertama, penganjur memperkenalkan anugerah Tokoh Saudara Baru bagi menghargai sumbangan mereka yang banyak berkorban menyebarkan syiar Islam di kalangan saudara yang baru memeluk Islam.



Hadiah Tokoh Saudara Baru diberi kepada Perunding Latihan, Muhammad Fitri Abdullah, 44, dan sukarelawan, Ani Kim Abdullah, 51.






©The New Straits Times Press (M) Berhad

Monday, August 13, 2007

Family Day Pulau Langkawi (Day 1)


Family Day Antah 10-11/8/2007
Pulau Langkawi


Tahun ni Antah Heath Lambert buat family day kat Pulau Langkawi. Kalau nak tahu Hajizi tak pernah lagi pergi Langkawi! Myself pulak last trip to Langkawi somewhere in the late 80's.Syukur Alhamdulillah program kali ini menyeronokan walaupun ada jugak perkara-perkara yang spoil kan mood kami.



Foggy at the Langkawi International Airport.
It was the first time for the kids to board a plane and they simply love it!





Hariz di Airport Kuah.




Ni entrance  Oriental Village, di mana terletaknya base station untuk untuk naik cable car. 




Dah naik cable car tu singgah menikmati pemandangan indah di station tengah.
Berdebar-debar kami naik cable car tu.
Ni gambar Hariz dalam cabel car, berlatar belakang laut. Cantik ka pemandangan di luar tu?




Kami naik cable car sekali dengan pelancong dari middle east ni tapi hilang pulak contact number dia org.
Pengantin baru tu, dtg honeymoon kat malaysia.





My family....




Ini masa dah sampai kat Puncak Gunung Mat Cincang. Hentian terakhir cable car.



Dari stop cable car tu, turun bukit sikit dan pergi ke Curved Suspension Bridge, 125 meter menghubungkan antara 2 puncak.




Kat belakang kami tu, couple from Algeria, Sarah dan Narim, naik cable car sekali dengan kami.




687 meter above sea level. Kat bawah tu jurang weh....
Anda berani?




Di Oriental Village ni ada taman kecik untuk arnab dan rusa.



 Anak takut nak bagi makan kat rusa. Suruh berdiri sebelah pun susah. 
Bukan nak buat apapun, cuma nak ambil gambar aje. 
Rusa tu pun memilih sangat, kalau makanan ada kat tangan baru dia datang dekat kita.




Family Day Langkawi (Day 2)



Sambungan Family Day Langkawi (Day 1)

Hari ke-2 di Langkawi kami pergi melawat Makam Mahsuri.
Paling benci sebab dekat makam tu ada pulak 'persembahan' macam pulut dengan ayam, pisang dan air mineral.




Kemudian kami pergi ke Jeti Kuah untuk shopping dan jalan-jalan di Dataran Lang.

Masa ni dekat kedai hj. ismail. Beli sudu jer pun.
Kat sana sudu cantik dan murah (sayang nyer berkarat bila dah pakai... hampeh).
Eh eh budak kecit tu, perasan artis ke apa....




Dataran Lang.





Dari jeti kuah, kami pergi ke Bird Paradise Park.
Sini kata taman burung tapi nape gambar ikan koi pulak ek... 
Betul ke taman yang kami masuk ni?



Betul lah Taman Burung Langkawi di Kampung Belanga Pecah, Langkawi.




Sarah di pintu masuk taman burung.



Banyak jenis parrot ada kat sini. 
Diam aje pun, tak adalah reti bercakap macam tunjuk kat TV tu.



Dekat Bird Paradise bukan setakat burung aje, ada ikan, monyet, ular.
Burung unta ni lapar sungguh, 
tak cukup diberi makan kot,
tapi kalau burung2 lain diberikan makanan pun tak heran langsung....




Macam mini zoo jugak lah. Ni kancil.




Hajizi the eagle tamer!



Hadiah yang Hariz dan Sarah dapat masak dinner.
Hariz monyok sebab family day tahun lepas dia dapat hadiah yang sama.



Hariz dan Sarah bersama anak-anak staff AIBSB.



Ni pulak tempat beradu kami selama 2 malam di Langkawi.
Aseania Resort Langkawi
Ok lah selesa, no complaint on room tapi food dia maybe boleh up kan lagi lah. 
Kat sini ada pool yang besar, anak2 memang enjoy.
Sorry gambar mandi pool x de

Wednesday, August 8, 2007

Cerita yang boring minggu ini

Tak best la macam ni kalau seminggu sekali aje dapat update….

Last Saturday dekat KL sentral tu sesak kan? Aku pun samalah jadi mangsa. Hari Jumaat petang kakak ipar (2 org) dan anak sedara hubby (2 org) datang ke rumah. Sorang kakak ipar akan fly ke Labuan untuk menemani anak sedara yang duduk sana. Yang lain2 tu escort je. Sabtu pagi hubby hantar dia orang ke LCCT. Yang aku pulak kena hantar dan teman anak2 kat sekolah, ada carnival PIBG lah pulak. Dah habih ronda, dah breakfast, dah habiskan kupon, kami pun pergi ke komuter. Kami nak pergi Jln Masjid India tu. Hubby, kakak ipar & anak sedara akan pergi ke sana jugak selepas ngantor orang yang nak fly tu. Dah janji nak jumpa kat sana.

Masa kat KL Sentral tu memang heran tengok manusia ramai tapi beratur jugaklah. Buat tak kisah aje. Buat apa nak tension2.

Lepas dah shopping kat sana. Kami bawa deme tu balik ke Shah Alam. Singgah pulak kat Plaza Shah Alam. Lepas lunch dan pusing2 dan beli2 sikit, kami pergi ke SACC pulak. Amboi berjalan sakan nampaknya kan. Tapi aku tak enjoy pun jalan dengan deme. Tak payah la cakap pasal apa. Aku anggap ni tanggungjawab tuan rumah, bawa tetamu pergi ke tempat yang deme nak pergi. Buat tak kisah aje. Buat apa nak tension2.

Semalam aku outstation tapi dekat aje, dekat perak. Pergi awal pagi, pukul 2 dah balik ke opis dah. Seronok tempat yang aku pergi tu. SMKASR (go figure).

This weekend ada 2 event tapi terpaksa join satu aje sebab outstation jugak. Nanti aku story lagi ek.

Saturday, August 4, 2007

Liputan Berita Tilawah Al Quran


Petikan dari Utusan Malaysia 4/8/2007




Oleh Hasliza Hassan




Johan Tilawah Saudara Kita ingatkan belajar al-Quran mesti berguru


MAJLIS Tilawah al-Quran bukan tempat untuk bertanding menunjuk kehebatan, sebaliknya sebagai medan menguji kemampuan qari serta qariah menyampaikan bacaan ayat suci al-Quran dengan tajwid yang betul dan secara berlagu.


Johan Tilawah al-Quran Saudara Kita kategori terbuka, Amran Abdullah, 44, berkata menyertai tilawah juga dikira sebagai ibadat dan cara berdakwah untuk menggalakkan orang ramai supaya belajar ilmu membaca al-Quran dengan betul.


“Jangan lihat pada hadiah ditawarkan tetapi peluang yang disediakan kerana kita mungkin boleh membaca tetapi sejauh mana ilmu yang kita ada. Majlis tilawah adalah antara medan untuk kita menguji kemahiran serta ilmu yang dimiliki.


“Selain memberi peluang kepada saudara baru, Majlis Tilawah Saudara Kita 2007 juga adalah cabaran kepada orang lama dan orang baru sama ada yang baru memeluk Islam atau dilahirkan Islam untuk menilai diri mereka,” katanya.


Katanya, walaupun sudah banyak menyertai tilawah al-Quran sama ada pada peringkat agensi, daerah dan wilayah, beliau masih mahu terus belajar dengan mereka yang pakar dalam bidang pembacaan al-Quran untuk meningkatkan mutu bacaan.


Amran yang bertugas sebagai Inspektor Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, berkata ini adalah pembabitan kali kedua beliau pada Majlis Tilawah Saudara Kita 2007 dan tidak menyangka akan menjadi johan.


Sambil melahirkan kesyukuran, beliau berkata, tuah yang menyebelahinya kali ini adalah berkat kesungguhannya sentiasa berlatih dan hasil pembabitan dalam majlis tilawah peringkat daerah yang diadakan baru-baru ini.


Beliau yang mewakili daerah Seremban mendapat tempat ketiga pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Negeri Sembilan yang diadakan bagi mencari wakil qari dan qariah negeri pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini.


Amran yang mendapat tunjuk ajar daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Seremban (MAIS), Samsuddin Abdullah yang juga bekas qari dan hakim lagu dari Negeri Sembilan berkata, belajar al-Quran perlu berguru.


Beliau berkata, mereka yang ingin belajar al-Quran juga perlu bijak memilih guru yang benar-benar layak kerana membaca al-Quran dengan betul akan mendapat ganjaran pahala dan jika tersalah baca boleh mendatangkan dosa.


“Cadangan saya kepada saudara baru atau mereka yang ingin belajar al-Quran supaya belajar dengan guru yang layak. Membaca al-Quran mempunyai tertib tertentu, bukan main baca atau baca ala kadar saja,” katanya.


Sementara itu, peserta dari Perak, Leha Itam, 16, yang diumumkan sebagai johan qariah kategori terbuka melahirkan kesyukuran kerana dapat menyampaikan bacaan dengan baik dalam percubaan kali pertama menyertai Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007.


Murid Tingkatan Empat Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah Kampung Kenang, Sungai Siput, Perak itu berterima kasih di atas sokongan dan bimbingan yang diberikan guru sekolah serta keluarga.


Beliau yang mempelajari al-Quran sejak kecil berharap pembabitan dalam tilawah al-Quran akan menarik minat remaja saudara baru untuk mendalami ilmu al-Quran dan meramaikan lagi jumlah qariah yang mampu menyampaikan bacaan dengan baik.


“Selain minat, saya juga kagum dengan dua rakan iaitu Yusni dan Atirah yang boleh membaca al-Quran secara berlagu dengan bagus sekali. Saya ingin setanding mereka dan untuk itu saya akan belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi pendakwah.


Tilawah al-Quran Saudara Kita 2007 anjuran Nusantara Gems Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).


Johan qari dan qariah kategori terbuka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah dan piala pusingan Sultan Ahmad Shah serta piala pusingan Sultanah Kalsom. Hadiah disampaikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid,


Naib johan dan tempat ketiga qari kategori terbuka disandang peserta dari Kelantan, Mohd Shahrul Nizam Jerry dan Ahmad Rizal Fauzi. Naib johan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000.


Johan qariah kategori terbuka menjadi milik peserta dari Perak, Leha Itam; naib johan, Rabiatul Adawiyah dan tempat ketiga, Salemi @ Lim Eng Mui Abdullah.


Johan qari kategori millenium ialah peserta dari Pahang, Joha Achoi; naib johan, Mohd Assamarkandhi Lee Abdullah dan tempat ketiga, Ahmad Rizal Fauzi.


Johan qariah kategori millenium disandang peserta dari Indonesia, Nurida Labora, naib johan menjadi milik Nur Athirah Elsic Jian dan tempat ketiga, Nur Jannah Fatro.


Johan qari dan qariah kategori millenium masing-masing menerima hadiah piala pusingan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, wang tunai RM5,000 dan tiket umrah. Naib johan menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga, RM1,000.


Bagi kategori orang kurang upaya (OKU), johan tahun lalu, Muhammad Lee Abdullah mengekalkan kejuaraan buat kali kedua. Beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan piala pusingan.


Buat kali pertama, penganjur memperkenalkan anugerah Tokoh Saudara Baru bagi menghargai sumbangan mereka yang banyak berkorban menyebarkan syiar Islam di kalangan saudara yang baru memeluk Islam.






Hadiah Tokoh Saudara Baru diberi kepada Perunding Latihan, Muhammad Fitri Abdullah, 44, dan sukarelawan, Ani Kim Abdullah, 51.














©The New Straits Times Press (M) Berhad

Thursday, August 2, 2007

Cerita Hari Ahad

Semalam mengantuk sangat sampai tertidur depan lap top, ingat kan nak update blog.

Aku nak cerita pasal aktiviti aku pada hari Ahad yang lepas.

Pagi tu kami sekeluarga telah pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Di situ ada Tilawah Al-Quran Saudara Kita. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok dewan serbaguna tu hampir lengang. Orang yang hadir tu kebanyakkannya peserta tilawah dan orang yang mengiringi mereka, samada ustaz/ustazah atau ahli keluarga.

Memang jelas tiada publisiti meluaspun mengenai tilawah ini. Pemandu teksi yang bawa aku dari Masjid tu ke KL Sentral pun cakap tak tahu menahu pasal event tu. Biasanya pemandu2 teksi peka pada event sekitar KL ni, maklumlah boleh lah target area yang ada event tu.

Aku lupa nak bawa kamera. Kesudahannya aku hanya mampu merakam bacaan ibu dalam handphone. Bila mendengar alunan suara ibu menyampaikan bacaan al-quran, aku rasa sungguh terharu, rasa tak percaya pun ada sebab suara yang aku dengar tu berlainan sama sekali.

Keputusan tilawah bukan pada hari yang sama tetapi keesokkan harinya 30/7/07 di Plenary Hall, KL Convention Center. Aku tak pergi masa tu. Susah sikit sebab hari Isnin aku kerja dan tak nak travel ke KL masa trafik sesak tu. Lagipun mak datang dengan rombongan jabatan agama islam negeri. Tak pe rasa nya dia dengan 'geng' dia.

Keputusan nya – ibu dapat nombor-3 kategori qariah terbuka (memeluk islam sebelum 2002). Alhamdulillah dan tahniah untuk ibu.

Nota: Aku dah surf internet nak cari pasal upacara penyampaian hadiah tu, at least nak le copy gambar ke, baca keputusan penuh ke tapi hampeh. Sedih betul.