Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, June 21, 2007

Email from Hubby: Teknik Menghairahkan Suami

----- Original Message -----
From: Hubby
To: Me
Sent: Wednesday, June 20, 2007 4:00PM
Subject: TIPS : Teknik Menghairahkan Suami

yeeeeeeehhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaa..............


----- Original Message -----
From: Pak Kadri
To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, June 19, 2007 10:23 PM
Subject: TIPS : Teknik Menghairahkan Suami

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah SensasiIsteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon RasaKulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih ‘macho’ perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan GeramPerbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas KilatBila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.

Selamat Menggoda Suami Anda !!



Pak Kadri





Hmmmm... patutlah semalam hubby balik rumah dok tersengih-sengih, dia ingat bini dia nak praktik le tip2 dalam email ni, rupa-rupanya hari ini baru bini dia baca, so yang sengih2 semalam tu kan, kira syok sendiri la... sorry my dear.

10 comments:

  1. whoaoarrrrrr...baca jer tips tu pun boleh ghairah...adussss
    *wink*

    idham <---menggigit bibir!

    ReplyDelete
  2. wakakaka!
    tapi pokcik kadri tu cam muka pak imam masjid jerk.. erkk!! potong stim!

    ReplyDelete
  3. Ahni ...

    mana aci kalau dia yang emailkan ...

    ahni kena cari cara dia pulak nak naikkan mood kita ....

    depa tu , kalau kita tak buat gitu , pun sentiasa NAKKKK aja ...

    Betul tak??

    ReplyDelete
  4. patutnye, dia print out siap2 dgn kertas yg kaler lawa2, pastu letak elok2 kat atas meja solek.so, idak le k.ahni terlewat baca tip2 ni. ahaks!!

    ReplyDelete
  5. salam,

    heheh..sian plak kat Pak Kadri, penat aje dia tersengih2 semacam..tak pe, ari ni boleh praktik hihi

    ReplyDelete
  6. HaHaHa.. menyengih je la idham & 13 may, yek?? Betul kata pb, apa sumbangan si suami pulak...?

    ReplyDelete
  7. Abe Idham
    Kalau macam tu cepat-cepat lah email atau kopipes entry untuk isteri tercinta, jangan lah gigit bibir sorang2.


    Diyana
    Please ignore le gambar dia tu.. tapi kena letak jugak gambar dia, konon2 tu tribute lah sebab tips tu dari dia.


    PB
    Ada, InsyaAllah saya akan letak.. heheheh... bila kena pada masa dan tarikh yang sesuai.....


    Umeboshi
    Itu la kesian, melepas jua.... har har har

    ReplyDelete
  8. 13May
    ;-)

    p/s kenyit-kenyit kang marah pulak orang sebelah


    KakLong
    Yang sengoh-sengih tu bukan Pak Kadri tapi hubby kitalah... email tu dari Pak Kadri ke e-group, pastu diforward kepada hubby.


    D
    Kita pun kena email jugak pada dia orang kan?

    ReplyDelete
  9. hah kalau kau dah praktikan pasti dapat feeling di pagi hari. apa lagi

    ReplyDelete