Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 1, 2007

3-in-1

Hari ni ada 3 entry (termasuk yang ini), jadi jangan lupa scroll down dan sudi-sudilah membaca kesemuanya.

Selamat Hari Buruh dan Selamat Bercuti kepada semua bloggers. Hari Khamis ni mesti rasa berat aje kaki tu nak melangkah ke office... Adik macam biasa mesti cakap sakit perutlah, demamlah (sambil ambil tangan aku dan letak kat dahi dia, konon2 panas badan). Sebenarnya bukan Adik sorang aje yang macam tu, mak dia pun kalau boleh nak ngelat juga... tapi apa nak buat, dah tanggungjawab kita, kenalah jugak pergi kerja.

Pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah agama anak tapi bila sampai ke sekolah Adik tu buat nangis2 pulak tak nak pergi. Dah elok2 pakai baju kurung dan tudung, buat hal lah pulak budak ni. Geram betul. Kesudahannya Abang seorang ajelah yang pergi. Majlis tu habis dalam pukul 12.30 t/hari. Abang balik bawa bekal kurma daging lagi. Abang cakap rugi Adik tak pergi sebab dapat gula-gula tapi aku rasa Adik tak heran lah dengan gula-gula, yang pentingnya dia dapat ngelat tak pergi sekolah. Hai, anak dara aku ni sorang.....

5 comments:

  1. Anak dara kita pun lagu tu juga.

    ReplyDelete
  2. kak teh ingat kopi saja yang ada 3 in 1! Hope you had a good break. Sini next week end baru ada cuti panjang.

    ReplyDelete
  3. hahha....3-1....

    btw, hepi anniversary:)

    ReplyDelete
  4. hehe..nice 3 in 1...keep on writing.. :)

    ReplyDelete
  5. Wan;
    Kecik2 ni depa dah pandai auta kan...

    Kak Teh;
    Ini 3-in-1 version saya ...heheheh

    13May;
    Tenkiu

    Diyanazman;
    Welcome to my blog. Thanks.

    ReplyDelete