Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, April 12, 2007

Cerita Panjang

Layout rumah aku ni as such telephone port kat satu hujung dan PC pulak di hujung rumah yang lain kerana perlu dekat dengan power point (dan takkanlah nak letak PC kat ruang tamu (sebab nak dekat dengan tel port), betul2 depan entrance masuk ke rumah?). Jadi tiap2 kali nak berintenet aku kena pasang le cable dari tel port tu ke PC, dgn merentang kabel tu tengah2 rumah. Silap2 haribulan anak2 aku tersadung kabel tu dan terjatuh pulak. Setakat ni ada gak tersadung tapi setakat tercabut ajelah kabel (terputuslah internet kejap).

Guna dial-up connection pun slow, nak download apa2 pun susah (bukan tak boleh). Kalau nak download lagu tu kadang2 sampai 1 jam.

Atas sebab2 inilah agaknya aku jarang berintenet kat rumah, sampaikan bil tel + bil tenet tak melebihi rm80 sebulan. Jadi tak berbaloilah nak pasang streamyx kan?

Lepas tu aku mula berfikir-fikir, dan akhirnya akupun mengambil keputusan untuk register untuk streamyx (kebetulan ada promosi modem percuma) dan sekaligus beli wireless router dan usb wireless. Semuanya ini aku buat dengan anggapan bahawa setelah ada streamyx aku boleh lah meng-optimum kan penggunaan internet sebab connection lagi laju dan boleh download pelbagai benda dan dengan adanya wireless - tak payahlah nak merentang kabel lagi. Dengan adanya router tu jugak, aku dan hubby tak payah lah berebut-rebut lagi, hubby boleh masuk tenet guna laptop dan aku guna PC.

Bila nak pasang router dan modem kena ada power point, so aku pun pasang lah hujung rumah. Kabel tel pulak masih aku kena rentangkan tapi kedudukan nya tu strategik, boleh sorok bawah carpet (macam segitiga lah, PC dekat satu bucu, modem + router dekat satu buju dan tel port dekat bucu lagi satu).

Maka dengan happy-nya aku menganggap dunia ini serba indah sehinggalah..... kuang kuang kuang...

Laptop hubby so far memang ok bila guna wireless. Signal nya either Good or Excellence. Masalahnya PC aku ni - yang menggunakan usb wireless untuk connect pada wireless router tu - bayangkanlah (ini aku dah buat xperimen), dalam jarak 1 meter, signal nya hanya sekadar 'Low', inikan pula kalau router tu ada kat corner sana nun! Signalnya 'very low' dengan speed 1.0 mbps. Kdg2 aku rasa macam pakai dial-up pun better than this. Most probably usb wireless aku ni hampeh atau usb port kat PC aku ni dah outdated.

Itulah pasal aku tanya macam mana nak increase signal strength dalam entry sebelum ini. Kalau macam ni, my hubby will benefit the most dengan adanya streamyx kat rumah dan aku masih dok 'terhegeh-hegeh' macam masa guna dial-up dulu. Sedangkan dia memang tak ambil 'pot' pun pasal nak masuk streamyx ke tidak. Hubby cakap- kalau aku ada duit, nak pasang, pasang lah. Tak dak duit toksah pasang (tapi kalau dah pasang dia tumpang sekaki - kan tmnet bagi 'unlimited access'). Malahan dial-up tu pun dia kata kalau aku tak dak duit, potong ajelah. Dia tak kisah pasal internet ni semua sebab dia boleh berinternet kat office. Akupun boleh berintenet kat office jugak tapi aku cubalah kurangkan aktiviti intenet kat office supaya aku dapat tumpu perhatian kepada kerja. Lagipun tak eloklah kalau di kemudian hari nanti ada pulak orang merungut ke apa, 'main internet tapi pangkat naik jugak'... lagipun sebagai orang kanan dalam office aku ni -kenalah tunjuk contoh yang baik.

Ok, berbalik pada cerita wireless tadi - kesimpulannya aku rasa tak worth lah pulak kalau begini keadaannya.

  • Kalau nak better connection speed, x payah pakai wireless - connect terus router to PC, boleh dapat speed 100 mbps - keburukannya kena rentang kabel tengah2 rumah.


  • Kalau tak nak rentang kabel, kena guna usb wireless - keburukannya poor signal (sekarang ni pun dok terkelip2 icon wireless tu sebab connection sekejap ada sekejap terputus).



Pergi tidur lagi bagus.....

6 comments:

  1. Kena try & errorr la. Try guna(pau sat yg office punya dulu ke. Kalu LAN guna wireless la)yg lain plak.
    Kalu ada member jual tu senang ckit. Mintak dia pinjamkan dulu test dia punya signal. Kalu x elok pulangkan balik.
    Modem yg Kak Ni dapat free tu ok ke?
    Kebanyakan modem yg TMNet bagi selalu problem. Lebih baik beli sendiri(branded punya tau).

    ReplyDelete
  2. Joe;
    So far modem tu ok.

    Rupa-rupanya modem bukannya mahal sangat kan... adik yang datang buat pemasangan modem hari tu pun cakap, yg tmnet punya barang cepat rosak.

    ReplyDelete
  3. Oh, dah berwireless gak nih.

    Saya kan Kak Ni, awal2 dah tambah plug point kat tempat2 strategik spy tak payah nak berebut plug. So far so good.

    Wireless memang lembap. Tapi ada sesetengah nya dah 1Ghz tapi mahal.

    ReplyDelete
  4. betul kata Joe penang tu. Maklang dulu faced the same problem. Bila Cik Abang beli modem baru ni senang aje. Ganti jelah...Modem tu paling baru. Harga dia lebihkurang RM 500.

    ReplyDelete
  5. oh ya? modem saya dah 2x tukar. pantang petir, asiklah kena sambar. tp saya dpt free, unlimited replacement.

    ReplyDelete
  6. Maklang, buat masa ni belum ada fulus, lagipun baru sangat beli benda tu (belum pun sebulan) heheheh

    Ume, ini tak adil lah, mana boleh ada unlimited replacement.... heheheh

    ReplyDelete