Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 3, 2007

Air Terjun Chamang

Konvoi Kelab Peugeot
Ini adalah air terjun Chamang, terletak di Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang. Cantik tempat ini dan kawasannya agak luas.

Sungainya tu ada bahagian yang cetek dan ada bahagian yang dalam sedikit. Kalau anak2 nak main air, eloklah main kat tepi-tepi tu, agak cetek dan nampak pasirnya. Kawasan yang nampak macam gelap tu, yang agak dalam sedikit tapi tak lah dalam pun kalau untuk orang dewasa. Setakat paras paha aje (kalau anak2 kira dah dalam le tu...).

Ini makanan potluck yang dibawa. Kalau sandwich tu sampai 4-5 orang lah yang bawa. Maklumlah sandwich kan ke dah sinonim dengan berkelah.

Ada nasi lemak, nasi himpit dan nasi goreng.

Mihun pun ada dua tiga bekas. Makanan memang mewah dan tak habis sebab ada pulak dia orang buat BBQ kepak ayam, sosej dan burger.

Cucur badak tu dah nak habis. Makanan omputih pulak yang tak laku kat sini ye...

Aktiviti kali ini adalah aktiviti kelab tapi tak berapa menarik sebab semata-mata convoy, potluck dan mandi. Tak ada aktiviti sampingan seperti berselawat ke, berzikir ke, kan ke hari Maulidur Rasul. Aktiviti lain seperti games untuk anak2 pun tak ada. Apa-apa hal pun Alhamdulillah kerana selamat pergi dan selamat balik.

6 comments:

  1. sewonok tu!!! kita org pahang pun tak lepas pi situ lagi.. and the food!!!

    ReplyDelete
  2. Mulan,
    Woi... tengah2 malam main internet ke? Heheheh.... memang cantik, jom le kita pergi!

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat tu..... budak2 lepas mandi mmg attack food aje kan... mak bapak budak pun sama la tu... hehe

    ReplyDelete
  4. best best:)

    ps: bila nak tukaq layout baru plak nih??? hehhe....

    ReplyDelete
  5. Helena,
    Budak2 asyik nak mandi aje, tak ada hati nak makan pun....

    13May,
    Buat masa ni masik suka pada layout ni... so, belum nak tukar lagi...

    ReplyDelete
  6. syoknya mandi manda dan makan2... cantik la tempat tu.

    ReplyDelete