Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, April 5, 2007

Mak dan anak sakit perut

Hari Isnin yang baru lepas kan ke si abang dah kena cirit-birit, hari selasa giliran aku lah pulak. So, dah MC satu hari. Kebetulan semalam dan siang tadi ada busy sikit, tak dapatlah nak update. Kat opis tu macam tak terurus sikitlah sebab aku asyik cuti aje. Mejapun berterabur tak sempat nak kemas. Hopefully lepas ni sihat le, takmo cuti2 lagi....

Hari Selasa dan Rabu sebenarnya anak2 ada periksa kat sekolah. Akupun interview le si adik tu, almaklumlah nak tahu jugak pengalaman budak darjah 1 ambik periksa...

"Adik, periksa tadi boleh jawab tak?"

"Tak jawab pun"

"Hah!? Tak jawab?! Macam mana periksa kalau tak jawab?"

"Tadi buat kerja aje" (read= tadi buat latihan aje)

La... sampai kertas periksa tu pun hang ingat kata buat latihan no... macam tu la, bukannya dia paham pun... harap2 dia boleh la jawab dengan baik. Aku tengok si adik ni kan, most of the time macam tak tahu apa-apa. Bila ditanya belajar apa ke, buat apa ke.. semua nya dia tak boleh jawab. Asyik jawab 'tak tahu' aje...

Hari ni ada 2 kertas periksa dia bawa balik. BM:98, Science:80. Boleh tahan no....

5 comments:

  1. bleh tahan? Cemerlang la tu. Mewarisi kepro-wan mam & ayah dia la tu.
    Paling penting moga zuriat kita menjadi penyejuk mata & hati kita. Amin

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang dia malas nak jawab. letih kot. tapi bagus nampaknya dia

    ReplyDelete
  3. Joe;
    Harapan saya, anak2 semua jadi solihin dan solehah. Zaman sekarang terlalu mencabar.

    13May;
    Alhamdulillah, tak sangka saya.

    Keng;
    Ataupun "diam-diam ubi, berisi"

    Lollies;
    Cikgu pra-sekolah dulu cakap, bila time dia kena jawap soalan ke, kena pergi tulis kat depan ke - anak aku ni memang freak-out. Aku rasa dia ni macam tak pandai nak express kan feeling dia dengan perkataan/kata-kata.

    ReplyDelete