Saya belum decide lagi nak tutup blog. Thanks for komen-komen prihatin in my previous entry.
Saya sebenarnya sedang menunggu masa line internet dan telefon saya ni dipotong. Sebabnya tak bayarlah. Dah tertunggak. Ya, tengah krisis kewangan yang teruk nih. Jadi blog ni kemungkinan besar akan ‘berehat’ sampai ekonomi pulih.
Di dalam entry saya yang lepas, saya ada menyebut mengenai rumusan yang telah saya buat mengenai blogging. Saya telah merumuskan dan telah memutuskan bahawa saya ingin menggunakan blog ini sebagai satu platform untuk meluahkan perasaan melalui catatan harian saya. Malangnya, adalah amat sukar untuk saya melakukannya i.e. sukar untuk saya nak meluahkan perasaan saya di blog ini. Saya takut jika ada yang mengatakan saya tidak bersyukur dan sebagainya. Lantas, blog ini hanyalah catatan harian saya yang tidak dapat membantu saya mencapai matlamat saya. Langsung saya terus-terusan merasa stress kerana saya tak dapat nak luahkan isi hati saya.
Jadi samada saya akan tutup blog atau sekadar nak rehat buat seketika, biarlah saya tulis di sini apa yang sangat mengganggu saya. Perkara yang membuatkan saya kerunsingan selalu. Perkara yang asyik terlintas di fikiran saya yang tak seberapa bijak ini.
Kiranya pengalaman kerja saya ni baru nak masuk tahun ke 12. Sejak grad saya telah bekerja di bidang kualiti, daripada QC ke QA ke customer service ke internal quality audit ke QCC dan macam-macam lagi tapi masih dalam ruang lingkup yang sama jugaklah iaitu bidang kualiti. Bila saya baru dapat kerja kat syarikat ni dulu, saya telah diberikan tugas 50% buat kualiti dan 50% lagi buat keselamatan pekerjaan (OSH- not
Ordinary Super Hero tapi Occupational Safety & Health). Walaupun berat untuk saya menerima bidang OSH tapi terpaksa jugaklah saya buat sebab pada masa tu saya dah menganggur lebih setahun selepas syarikat yang dulu buat retrenchment masa zaman ekonomi meleset tahun 1998.
Bayangkanlah masa saya baru terima kerja tu (tahun 2000), dengan keadaan mengandung 5 bulan, saya telah diarahkan buat safety audit di makmal-makmal. Dah le saya tak ada basic langsung dalam OSH, tengah mengandung pulak tu, macam anak gergasi je dok jalan-jalan kat makmal orang. Nak audit apa pun saya tak tahu. Kenalah buat jugak. Sampaikan task terakhir saya sebelum saya bersalin adalah latihan pengosongan bangunan (building evacuation drill). Masa tu dok kat bangunan yang ada 4 tingkat. Dengan boyot, dengan dah turun darah tu, saya gagahkan jugak selesaikan kerja saya. Hari tu kerja half day (hari sabtu, masa tu hari sabtu masih hari kerja), turun darah dari pagi lagi tapi dah dekat nak senja tu baru mula sakit nak bersalin. Alhamdulillah lepas isyak sayapun bersalin anak kedua. Alhamdulillah saya dapat selesaikan kerja saya sebelum bersalin. Walaupun dah turun darah saya gagahi jugak pergi kerja sebab dah lama buat perancangan untuk latihan pengosongan bangunan tu, nak cancel pun rasa ralat. Masa tu tawakal aje. Kalau tidak kenalah tunggu lagi 2 bulan (selepas naik dari cuti bersalin) dan nak kena plan dan buat arrangement lagi sekali, leceh jugak tu.
Tapi tak kisahlah mengandung atau pun tidak, saya tetap rasakan tanggungjawab tersebut terlalu besar. Saya, sebagai pegawai keselamatan pekerjaan di syarikat ini, besar dan berat tanggungjawab tu! Sapa yang involve dalam OSH ni tahulah macam mana burden nya kan. Kat tempat kerja ni bukan sekadar office tapi ada lebih 7 jabatan dalam pelbagai bidang yang mana setiap jabatan tu pulak ada sekurang-kurangnya 5-6 buah makmal. Contohnya ada jabatan bidang mekanikal, bidang kimia, bidang elektrikal etc. Dan tiap-tiap bidang tu ada pulak pelbagai jenis sub-bidang dengan makmal masing-masing, contohnya bidang kimia tu terbahagi pulak kimia pengguna, kimia bahan etc. Tak payah ceritalah, nanti panjang sangat entry ni.
Setiap tahun masa performance appraisal saya mesti beritahu kat boss yang saya tak nak buat OSH. Boss diam aje, and percayalah korang semua beban saya semakin berat sebab my boss tak ada latihan dalam bidang OSH, dia serah pada saya bulat-bulat aje hal-hal mengenai OSH. Patutnya sebagai boss, dialah yang jadi mentor saya. Ini tidak, sayalah yang kena dok pikir apa nak buat, semuanya kena buat sendiri. Bila tak perform saya jugak yang kena, dapat gred prestasi tak pulak cemerlang, tapi cukup-cukup makan aje... hampeh.
Kemudian ada rakan sepejabat yang pencen, saya pun sound dekat boss suruh dia recruit pengganti yang ada experience dalam OSH, biarlah saya ambil alih bahagian kualiti sepenuhnya. Tapi bila orang baru masuk, tau tak apa yang berlaku? Boss serahkan semuanya kerja-kerja bahagian kualiti, termasuk yang saya sedang handle kepada orang baru tu dan boss suruh saya full time concentrate on OSH! What? From 50% OSH and 50% Quality to 100% OSH? Ya Tuhan, saya memang frust! Frust sangat-sangat!
Selama lebih 10 tahun saya telah dilatih dalam bidang kualiti. Saya rasa saya memang ada kebolehan dalam bidang tu dan saya juga minat. Kalau diberi peluang saya ni nak jadi expert tapi nampaknya sia-sia sajalah pengalaman saya semua tu sebab sekarang kerja langsung tak related lagi. Saya kecewa. Saya marah. Siang malam pagi petang saya ingat nak cari kerja lain, dah lama dah, dah dekat setahun dah saya dok stress pasal hal ini. Campur pulak tension dengan how my department is poorly managed. Campur stress pasal tak dapat bonus. Campur stress mintak kerja tak dapat-dapat. Campur macam-macam stress lagilah, baik personal ataupun pasal kerja. Kadang-kadang tu naik buntu sampai bila nak doa lepas solat tu tak tahu nak doa apa; samada nak doa dapat bos baru ke, doa company re-structuring ke (ini ada juga dengar ura-ura), doa dapat kerja tempat baru ke, last-last berdoa supaya diberi petunjuk dan hidayah, semoga Allah tunjukkan jalan yang diredhai olehNya.
BTW, siapa yang tak ada masalah kat dalam dunia ni kan? Ya, begitulah, may be masalah kecik aje pada korang.