Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, March 30, 2006

Gambar yang dilukis oleh anak perempuan ku yang berumur 6 tahun.

~~~~~Bila dok baca cerita pasal kari kepala ikan tu kan, rasa macam laparlah pulak, teringinlah pulak nak pi makan kari kepala ikan. Aku ni tak biasa la makan kari kepala ikan. Orang dok cerita kat stadium merdeka tu bukan main sedap lagi kari kepala ikan dia. Takkan hangpa tak tau kata aku ni kan peghak, lagipun aku tak mampu. Yang aku pernah makan kari kepala ikan tu kat warung adalah, yang harga dia dalam 3-4 ringgit (tak ingat dah, lamaaaa dah tak beli), itupun standard harga kat Tanjung Rambutan. Kalau kat Shah Alam ni tak pernah lagi lah aku beli. Kesian kat aku no….

Dua tiga hari ni awat aku kuat makan ntah… Gemuk lah aku nanti. Aku ni kan kalau stress memang ingat nak mencekik (makan) aje, sampai macam nak jadi ikan buntal. Hari ni pulak tak berapa busy sebab boss tak dak, officemate pun tak dak pi kursus. Bila duduk sorang-sorang tu lagilah rasa nak makannnnn saja.

Hangpa nak tau ka berat aku berapa? Berat aku sekarang ni 68kg. Siapa blogger yang boleh lawan aku? Hari tu (2-3 bulan yang lepas) aku dapat reduced sampai 65kg, syok wo… tapi bila aku tahu betapa senangnya nak turunkan berat badan, aku pun start la dok melantak makan banyak balik. Bila la nak start diet balik pun tak taulah. Perut ni dah 2-3 hari dah dok kembung, makan banyak sangat kot? Hai… insaflah ni gonchaq woi, umuq tu makin tua, sat ni dapat penyakit darah tinggi, kencing manis susahlah pulak….

~~~~~Aku baru masuk Reve11. Adik yang ajak masuk. Aku lama dah dok beli barang Reve11 ni tapi malas nak jadi ahli, kena bayaq 50 ringgit, tak payahlah… Aku belipun bukan banyak, nak cover 50 ringgit tu lambat sangat. Adik dah kata nak sponsor, baguihlah. Aku ni kan apa jenis direct selling yang aku tak masuk tapi semuanya aku tak minatpun nak pi menaja orang ka, jual barang ka… malas aku! Beli barang untuk sendiri sudahlah. Sat lagi dok pi sana sini dok menaja orang & jual barang, anak2 aku ni sapa nak jaga? Dah le hubby tu aktif memanjang dok pi sukan lah, meeting kelab kereta lah, jumpa kawan lah… kalau dah dua-dua laki bini sibuk, anak2 le yang kesian, betoi dak?

~~~~~Hari Sabtu lepas aku ada la sound kat hubby “Seronok jadi orang laki ni no, boleh dok pi sana sini, main futsal lah, jumpa kawanlah, meetinglah, saya ni jugak la yang dok terperap kat rumah, kena buat kerja pulak tu!”

Hari Ahad pagi sebelum hubby keluaq pi jumpa kawan, dia pun start la dok vacuum carpet, sapu sampah dan lap kipas siling. Dah siap barulah dia keluaq. Legalah aku ni, boleh dok rehat tengok TV :-) :-) :-)

11 comments:

  1. sekali sekala kena 'ceramah' gak tu baru jalan..kalau dak depa jarang nak faham atau buat2 tak faham....

    ReplyDelete
  2. hehehe

    hubby keluar kena bersyarat. samada aku keluar sekali, atau aku dijanjikan barangan material. huhu

    ReplyDelete
  3. Hi AhNiG.
    selamat berkenalan..
    i been browwing ur previous post..r u with Dosh? or working in the same line of safety..?

    ReplyDelete
  4. senyum lebark nampak

    ReplyDelete
  5. onde: ceramah sekali sekala ok kan... kalau selalu kategori 'berleter'

    wan: kalau dia keluar maleh nak ikut sebab asyik dok pi tengok enjin kereta, pergi kedai potong, pergi workshop....

    traveler: thanks for visiting. not working with dosh but in a private company as safety officer.

    atiz: a-ah senyum sakan... muahahahah

    ReplyDelete
  6. waaaa posting maut ni siap declare weight, hang tok sah risau Ni, compare dgn aku ni hang masih lagi ringan macam kapas ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  7. Ni...

    Hang sure tokleh lawan aku nyerr.

    86 kg !! camna hang nak menang

    :-))

    Keh keh..

    ReplyDelete
  8. atenah- hang gelak ha ha ha ha tu aku pun melayang-layang dah hah

    TJ- hang tu tulangpun dah berat

    ReplyDelete
  9. nasib ummi baik. makan banyak pun badan menten (cuma mengah2 sbb tak bersenam).
    cantik lukisan tu!

    ReplyDelete
  10. Tenkiu Ummi! Kalau beli crayon sekotak memang cepat sangat habis asyik dilukis dek anak kita tu..

    ReplyDelete
  11. ni dapat A ni kalau kelas lukisan pasal satu kertas tu dia kaler habis...

    anak saya conteng dinding pandailah, tapi dia muda lagi...

    ReplyDelete