Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, September 17, 2006

Pertama sekali, blog template yang cantik ini bukanlah hasil tangan aku. Ini adalah hasil kreativiti Caz. Pada mereka yang berminat nak tukar template/background tu bolehlah browse website Caz. Senang aje, cuma muat turun template yang berkenan dan lepas tu copy code nya ke dalam template blog dan siap. Di website Caz terdapat pelbagai template yang cantik dan termasuklah template 18SX. Kalau nak pergi ke sana tu atas tanggungjawab sendiri tau. (BTW, 18SX bukan XXX)

Banyak yang berlaku minggu lepas, yang paling ketara adalah kesibukan yang melanda. Hampir setiap hari seludup balik laptop boss ke rumah untuk buat kerja. Company aku ni dah hantar submission untuk participate dalam satu award tu dan nanti kena pergi buat presentation untuk panel. So, boss yg prepare slide untuk presentation dan tunjuk kepada Jawatankuasa. Lepas tu apa2 yang kena komen tu aku pulak yang repair. Hari Jumaat presented lagi sekali dan ada lagi komen, banyak jugaklah nak kena repair. Kenalah aku buat during weekends sebab final presentation akan dibuat hari Isnin pukul 9.00 pagi.

Masalahnya bila aku duduk depan PC during weekend, bukanlah aku dok buat kerja tu pun, lagi banyak aku dok blogging dari buat kerja.Kalau ikut peratusan la, dalam 90%-10% begitulah kalau nak compare blogging dan kerja.

Harapan aku, lepas hari Selasa (lepas present pada panel) nanti legalah sikit. Bukan apa bila dok buat kerja untuk award ni, kerja2 aku yang rutin tu dah tertinggal. Banyak nak kena cover balik wei..... Alahai letihlah camni...

6 comments:

  1. wah...tukar cat lagi..
    bery d bery nice..
    suka kaler ni

    ttg lagu kat blog PB tu , PB masuk website http://song2play.com lepas tu pilih mana lagu yg berkenan dan copypaste masukkan dlm blog.
    tapi yg tak besh tu, sumer lagu omputih, tarak lagu melayu.

    ReplyDelete
  2. wah, cantik menarik tertarik ngan wajah baru kat sini.

    ReplyDelete
  3. tahniah sebab berjaya menukar wajah blog ini dengan jayanya. simple, cantik, dan kemas. pandai u pilih design.

    ReplyDelete
  4. PB;
    kalau gitu nanti kalau saya ada masa saya akan email kat pb pasal cara2 nak letak lagu yg lebih detail, buat masa sekarang ni saya teramatlah bz

    Ordinary Superhero;
    Kalau tertarik, tukarlah jugak wajah kat sana tu... copy paste aje, senang aje

    ReplyDelete
  5. nyamannnnnnn la template ni.... awat tak ambik yang 18SX sekali??? heheh... soalan mengaarut je ni...

    ReplyDelete
  6. Jubeiz;
    Nyaman macam pergi jalan-jalan kat taman heheheh

    Izhal;
    18SX? Nanti orang tak mai sini lagi dah. Dah tengok ke website tu?

    ReplyDelete