Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, September 2, 2006

Nampaknya anak-anak dapat cuti sekolah lagi sekali dengan peperiksaan UPSR diadakan minggu ini. Anak2 aku bercuti Isnin-Rabu. Kesian, 3 hari terperap lagi kat rumah babysitter. Bila difikirkan lebih baik sekolah dari cuti sekolah. Sekurang-kurangnya anak2 aku ni dapat jugak berjumpa dengan kawan-kawan dia orang. Sebab itulah walaupun aku selalu kesempitan wang tapi kalau cuti sekolah mesti aku nak ajak adik2 aku datang ke rumah. Kalau dah adik2 aku ada kat rumah, barulah seronok sikit anak2 aku, boleh jumpa dgn pak dan mak menakan depa. Tapi, bila depa datang ke rumah, kos perbelanjaan meningkat. Al maklumlah makan-minum dia orang terpaksalah aku sponsor, termasuklah makan-minum anak2 aku. Kebiasaannya anak2 makan kat rumah babysitter dan kos tu dah masuk dalam bayaran bulanan pada babysitter.

Bercerita pasal cuti sebab peperiksaan UPSR ni, patutlah ramai ibu bapa yang bercuti panjang. Mula dari 31 Ogos hinggalah 6 September. Cuti ni ada 2 jenis, pertamanya cuti sebab anak dia periksa UPSR dan lagi satu cuti nak pergi melancong sebab anak2 cuti panjang. Aku? Tak boleh cutilah, kat office tengah busy giler. Pening kepala aku dibuatnya. Nak stayback tak boleh sebab cukup masanya aku kena pergi jemput anak2 dari rumah babysitter. Kesianlah dekat babysitter kalau aku ambik anak lewat sebab dia terpaksa menjaga seramai 8 orang semuanya! Asalnya hanya 4 orang iaitu anak aku 2 orang dan cucu jiran sebelah seramai 2 orang. Anak2 akupun bukannya full time kat situ sebab dah bersekolah. Anak yang sulong cuma transit tengahari dan anak yang kedua tu pulak lepas tadika baru pergi rumah dia, lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi.

Yang cucu jiran sebelah tu aje yang full time sebab belum sekolah. Yang boleh jadi sampai 8 orang tu sebab baru2 ini kawan hubby dalam kesusahan sebab maid berhenti (betul ke maid berhenti? entah2 maid lari!). Dia orang pun mintaklah jasa baik makcik babysitter ni untuk jaga anak dia orang yang seramai 4 orang tu, "sementara aje" katanya. Tengok gayanya tak adalah 'sementara' lagi sebab dia dah register pun anak dia kat sekolah depan rumah babysitter tu (sama dengan sekolah anak aku), tahun depan anak dia yang sulung masuk darjah satu.

Masalah dengan anak2 kawan hubby ni ialah dia orang lambat balik. Selalu dalam pukul 7-8 mlm baru diambik oleh mak dia orang. Mak nya pulak kerja kat KL. Memang tak dapat nak sampai awal lagilah sebab jauh dan jalan pulak jem. Anak2 kawan hubby tu yang sulong tu baru 6 tahun, jadi adik2nya tu mungkin berumur 5, 3 dan 1 tahun lebih!!! Makcik babysitter cakap "Ambik lambat tu tak kisah lah kalau seorang saja tapi ini 4 orang!!! Pening kepala makcik... makcik ni dah la ada darah tinggi..."

Adoi, makcik, nampaknya aku lah yang kena sacrifice ambik anak cepat supaya makcik tak pening kepala. Biasanya aku ambik pukul 6 petang, sebaik sahaja anak aku yang sulong balik dari sekolah.

*Update: Aku memang tak nak tukar babysitter lain sebab babysitter aku memang OK, betul lah macam komen Joe Penang. Makcik tu memang sangat prihatin dan penyayang orangnya. Rugi aku tukar babysitter lain. Aku rasa dia jaga anak lagi baik dari aku jaga anak aku.

7 comments:

  1. sabarlah ye Ah Ni.Hang dah tolong org. Kalu depa x tlg balik, Allah pasti tlg hang, insya Allah.yg pastinya niatkan lillahi taala. jgn mengungkit balik kat depa
    rasanya hang ni kira ok la.org lain selalu gak baby sitter problem nih. beruntung la hang

    ReplyDelete
  2. mak cik tu ambil berapa ratus seorang??? sian juga babysitter ni neee... tapi sian juga ibu bapa bekerja... lagi sian anak2 la... ahhh semuanya kesian le... ganbatei ahni neee :)

    ReplyDelete
  3. Sian jugak kat Makcik tu kan. Tapi mesti dia dah abis pikir dah masa dia ambil keputusan untuk jaga anak orang kan?

    ReplyDelete
  4. Cik Ki,, wow penuh dengan bendera...meriah..

    Tu lah kan..pasal baby sitter ni macam2.

    Nice song from James B.

    ReplyDelete
  5. meh kita jadi baby sitter nak? rasanya tak sampai sekarat hari,somer pakat lari lintang pukang..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Joe;
    Memang akak Jah tu Ok, dia memang ambik berat budak2 dan penyayang orangnya. Anak2 dia semuanya OK - semua masuk berjaya.

    Izhal;
    Makcik tu ambik anak saya 2 orang RM250 sahaja. Saya memang puas hati dengan perkhidmatan dia.

    AM,
    Patriotik sikit la sempena merdeka...

    Onde;
    Aku tak sanggup Onde, anak aku pun sendiri pun naik semput aku jaga...
    Wan;
    masalahnya tu kan kawan saya ni cakap nak mitak tolong sementara, makcik tu pun sanggup le seba kesian, lagipun niat nya nak tolong orang dlm kesusahan

    ReplyDelete
  7. Babysitter yang baik sukar dicari. Dua anak2 saya yang terdahulu pernah dijaga oleh sorang makcik yang sangat perihatin dan tak pernah berkira walau kadang2 kami terpaksa ambil anak lambat sebab kerja/jem. Sampai sekarang lfamily kami macam bersaudara walaupun wife dah full time kat rumah.

    ReplyDelete